Tag Archives: Altantuya Shaaribu

Bocor: Anwar Ada Bukti Kukuh Kaitkan Najib Dengan Pembunuhan Altantuya


Wikileaks: Anwar punya bukti kukuh kaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya

Satu nota daripada kedutaan AS di Malaysia kepada Washington telah dibocorkan dan ia menegaskan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa pembantu peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengarahkan dua pengawal peribadi Perdana Menteri itu untuk membunuh Altanutya Shaariibuu.

Penterjemah berbangsa Mongolia itu dikatakan telah membantu dalam perjanjian Scorpenes, telah dibunuh di Malaysia pada tahun 2006 dan Anwar juga mendakwa bahawa wanita itu merupakan kekasih kedua-dua Najib dan rakan baik beliau Razak Baginda.

Nota itu juga ada menyebut bahawa Anwar memiliki maklumat “kukuh”, malah “keterangan berdokumen” bahawa Najib telah menerima sogokan daripada pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2002 dan jet pejuang Sukhoi pada tahun 2003.

Kabel AS tersebut juga mengatakan bahawa rasuah sudah menular semasa pentadbiran Abdullah Badawi dan akhirnya masuk ke era Najib sebagai Perdana Menteri. Penyalahgunaan kuasa tidak berkurangan tetapi berkembang kerana Najib tegas untuk terus berkuasa, dengan rasuah menular dengan pantas ke semua jentera kerajaan, perkhidmatan awam dan badan kehakiman.

Dan ini mungkin menjelaskan peristiwa-peristiwa misteri yang sedang berlaku apabila Malaysia semakin hampir kepada Pilihan Raya Umum ke-13, yang dijangka akan berlaku lewat tahun ini atau awal tahun depan.

Suatu petikan dari kabel AS yang bertarikh 24 Januari, 2007, berbunyi:

“Anwar menegaskan bahawa pembantu peribadi TPM Najib mengarahkan pembunuhan Altantuya dan bahawa Anwar mempunyai bukti yang kukuh mengenai perihal Sukhoi, 2003

Anwar mendakwa bahawa Najib mempunya hubungan romantik dengan wanita Mongolia itu sebelum wanita itu menjalin hubungan dengan Abdul Razak Baginda (ini yang mengukuhkan kepercayaan bahawa Najib bersubahat membunuh wanita itu), dan Altantuya mempunyai tujuan untuk mendedahkan hal ehwal Najib dan Razak Baginda. Membongkok ke hadapan dan dengan suara yang perlahan, Anwar menegaskan bahawa beliau mempunyai maklumat kukuh bahawa pembantu peribadi Najib mengarahkan dua orang anggota keselamatan Najib (yang telah pun dituduh membunuh) untuk membunuh Altantuya. “

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberitahu ketua polis semasa mesyuarat pada 18 Januari di rumah Anwar di Damansara bahawa rasuah peringkat tinggi telah mencapai tahap berbahaya dan telah merosakkan integriti negara.

Anwar memberi contoh dalam kes pembunuhan Altantuya dan sogokan dibayar kepada DPM Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pembelian kapal selam Perancis dan pembelian pesawat Sukhoi 2003. Dia berasa berani untuk membangkitkan perkara-perkara ini dalam sidang akhbar baru-baru ini (disiarkan terutamanya oleh perkhidmatan berita internet) kerana dia memiliki maklumat kukuh, termasuk keterangan dokumentar dalam hal perjanjian Sukhoi. Kebanyakan maklumat mengenai kes-kes ini datang daripada pegawai-pegawai kanan yang bertemu dengan Anwar, termasuk Ketua Pengarah dari sekurang-kurangnya satu kementerian dan seorang pegawai kanan di Bank Negara Malaysia. “

Najib tak lena tidur: Adakah Anwar tahu terlalu banyak?

Jadi, adakah Anwar tahu terlalu banyak? Perhatikan bahawa beliau bercakap dengan pegawai-pegawai AS pada tahun 2007 dan serangan terhadap beliau bermula pada tahun 2008, yang didakwa diterajui oleh Najib sendiri.

Adakah Anwar merupakan ancaman besar kepada politik UMNO; parti terbesar dan yang mentadbir negara sejak 5 dekad yang lalu? Adakah masa untuk menjatuhkan Anwar lagi, terutama selepas pilihan raya 2008 di mana beliau telah membawa kejayaan kepada pembangkang yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan hampir berjaya dalam menjadikan September 16 titik pertukaran kuasa persekutuan dari BN yang dipimpin UMNO kepada Pakatan?

Tidak syak lagi panggilan untuk mengekang kemaraan Anwar sedang memuncak dalam UMNO, di mana beliau pernah menjadi ketua mereka yang paling disayangi sehingga penahanan dan pemecatan atas kes liwat direkacipta oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Sepuluh tahun kemudian, Najib – masih Timbalan Perdana Menteri – tidak memerlukan galakan untuk melakukan tuduhan liwat untuk kali kedua untuk mempengaruhi masyarakat Melayu membenci Anwar. Bukan sahaja Najib perlu mengekalkan cengkaman beliau ke atas kerusi PM, tetapi yang lebih merunsingkan beliau sehingga tidak lena tidur kerana risau kemungkinan Anwar akan mendedahkan rahsia itu kepada dunia, justeru meninggalkan dia dalam kehinaan, kegagalan dan mungkin juga penjara.

“Dalang “

Kabel AS itu juga menyokong akuan berkanun 2008 yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang telah pun memberitahu para penyiasat Perancis bagi membantu siasatan ke atas perjanjian Scorpenes sama ada syarikat pembuat kapal DCN telah merasuah pegawai-pegawai Malaysia termasuk Najib. Bala telah mendedahkan bahawa Razak Baginda memberitahunya bahawa Altantuya adalah bekas kekasih Najib sebelum menjadi kekasihnya.

Dua pengawal peribadi, yang telah dihukum gantung atas kematian Altantuya, juga telah mengesahkan secara berasingan kepada pihak polis bahawa mereka ditanya oleh pembantu khas Najib untuk membantu beliau. Mereka memberitahu mahkamah bahawa Razak Baginda telah mengupah mereka untuk menghentikan Altantuya daripada mengganggu beliau dan keluarganya. Altantuya, dalam sepucuk surat mengaku dia memeras ugut Razak Baginda. Dilaporkan bahawa komisen Altantuya ke atas Scorpenes yang didakwa diterima oleh Razak Baginda bagi pihak Najib berjumlah AS $ 500,000.

Razak Baginda bukanlah orang yang bodoh. Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda dalam politik dan kerajaan dari Politeknik London dan mendapat ijazah sarjana dalam Pengajian Perang di King’s College London. Pada mulanya dia didakwa bersubahat dengan pembunuhan Altantuya, manakala pembantu khas Najib pula tidak pernah dibawa ke mahkamah. Tidak hairanlah badan kehakiman Malaysia mengalami krisis terburuk semasa pentadbiran Najib.

Menariknya, Razak Baginda juga memberitahu pegawai AS pelan untuk melumpuhkan Anwar di akhir 1990-an sehingga dia tidak lagi boleh berdiri lagi dalam politik. Datang dari Razak Baginda, seorang yang dipercayai Najib, jelas menunjukkan kesediaan Najib untuk mengkhianati Anwar, walaupun mereka mempunyai perjanjian bahawa beliau akan menjadi Timbalan PM kepada Anwar yang akan menjadi PM sekiranya berjaya menewaskan Mahathir dalam pemilihan UMNO.

Razak Baginda yang menyertai Maktab Pertahanan Angkatan Tentera sebagai pensyarah dan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai ketua kajian strategik, kemudiannya membentuk Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia. Beliau juga bertindak sebagai perunding bagi Najib dalam menangani isu Scorpenes. Akhirnya pada tahun 2002, di tengah-tengah tentangan dari orang awam kerana harga yang terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk kapal rondaan bagi kawasan persisiran pantai cetek di Malaysia, Najib berjaya juga mendapatkan kapal selam tersebut. Beliau pada ketika itu memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan. Adakah Razak Baginda bertindak sebagai penyambung atau dalang, seperti yang disifatkan oleh kabel AS dalam perjanjian Sukhoi?

Musuh lama: pukulan siapa akan mengena?

September seolah-olah menjadi bulan yang janggal kepada Najib. Semua perkara buruk seolah-olah tertumpu kepada beliau; seperti kes mahkamah Scorpenes, perintah mahkamah untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes liwat Anwar, dan yang terbaru laporan WikiLeaks yang bakal mendedahkan lebih banyak cerita mengejutkan semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Untuk menutup cerita buruk, akhbar Utusan milik UMNO telah mengeluarkan cerita yang menegaskan bahawa musuh-musuh Najib telah membayar WikiLeaks untuk menerbitkan laporan berunsur “fitnah” terhadap beliau.

“Ini adalah satu contoh fitnah yang sengaja dicipta dan kemudiannya disiarkan ke laman web seperti WikiLeaks dengan niat untuk mempengaruhi rakyat. Ia adalah fitnah tanpa bukti sama sekali,” Ng Lum Yong, bekas ahli PKR yang telah berpaling dan masuk BN, dipetik sebagai berkata dalam edisi hari Jumaat Utusan.

Bagaikan musuh pada zaman dahulu, Anwar dan Najib akan terus bertelagah dan menunggu saat dan ketika yang tepat untuk mengangkat senjata untuk membuat pukulan akhir. Siapakah yang akan menang atau akankah kedua-duanya jatuh?

Memandangkan Najib merupakan PM sekarang, beliau pasti akan memenjarakan Anwar jika UMNO-BN menangi PRU-13. Kadang-kadang, terlalu banyak mengetahui mengenai sesuatu, terutama di negara seperti Malaysia yang masih merupakan negara autoritarian berbanding demokrasi dan undang-undang dan perintah serta tingkah laku sivil masih berada di tempat tertinggi.

Tetapi peluru Anwar masih perlu mencari sasaran, dan sama ada Pakatan kalah atau menang GE-13, Najib hampir pasti perlu mengucapkan selamat tinggal bukan hanya kepada jawatan PM tetapi juga jawatan presiden UMNO.

Orang yang mendapat habuannya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan transformasi kuasa kini sudah mula berlaku di Malaysia.

Malaysia Chronicle

Kenapa Peguam ‘Scorpene’ ditahan di KLIA?


Contoh negara demokrasi 

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

“Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA,” kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen “menyoal Bourdon”.

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai ‘Ops Scorpene’ di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan – Sherpa – dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

NONESyarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

razak baginda acquitted 311008 12Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.

mKini

Peguam Perancis Bakal Dedah Pembunuhan Altantuya


Hangat kes Altantuya bertambah malam esok

Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran  Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.

Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.

Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.

Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian  wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.

Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.

Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.

Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.

Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.

Malam esok, Bourdon dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.

Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.

“Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini,” kata pegawai Suaram ketika dihubungi.

Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ.

Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.

Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.

“Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih,” kata Mohamad.

Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu.

“Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini,” kata wakil Suaran itu.

Hd

Edisi Londeh: Rasuah Scorpene Bakal didedah Peguam Perancis 21, 22 Julai


Ada kaitan dengan kunjungan Najib dan Rosmah ke London sekarang?

Skandal pembelian kapal selam Scorpene bakal didedahkan secara langsung kepada rakyat Malaysia oleh peguam Perancis yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (Suaram) 21 dan 22 Julai depan.

Menurut Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dalam sidang medianya hari ini, pendedahan berkenaan rasuah pembelian kapal selam berkenaan akan diberitahu sendiri oleh peguam yang dilantiknya, William Bourdon.

“Peguam Perancis, William Bourdon yang akan memberikan maklumat dan status berkenaan kes rasuah Sorpene.

“Beliau akan mendedahkan kes berkenaan dan mungkin ada melibatkan orang-orang penting negara,” kata Cynthia ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, hari ini.

Kata beliau, kehadiran peguam itu sempena Ops Scorpene yang dilancar Suaram bagi memungut dana membiayai perbicaraan skandal itu di Mahkamah Perancis.

“Majlis makan malam kempen Ops Scorpene itu akan diadakan di Pulau Pinang pada 21 Julai ini di Sunshine Square, Bayan Lepas bermula jam 8 hingga 11 malam.

“Manakala majlis makan malam kempen kedua Ops Scorpene juga akan bermula pada jam sama di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, Selangor pada 22 Julai ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu penjualan tiket untuk majlis makan malam itu boleh didapati di pejabat Suaram.

“Orang ramai boleh membeli tiket di pejabat Suaram dengan harga RM1,000 bagi semeja dan RM5,000 bagi meja VIP. Maklumat tiket boleh diperoleh dengan melayari http://www.suaram.net

“Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan cek boleh dibuat atas nama Suara Inisiatif Sdn Bhd atau Hong Leong Bank di akaun nombor 0300-0065-200,” kata beliau.

Sementara itu, antara individu yang akan menyerikan majlis makan malam itu terdiri daripada pimpinan Pakatan Rakyat seperti penasihat Dap, Lim Kit Siang, TImbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.

Kartunis politik terkenal, Zunar yang baru menerima anugerah di luar negara  juga akan hadir bagi melelong lukisannya semasa majlis tersebut, katanya.

Kd

%d bloggers like this: