Tag Archives: ally iskandar

Gambar Perkahwinan Ally Iskandar dan Farah


PERSONALITI dan pengacara TV3, Ally Iskandar, bergambar bersama isteri, Nurfarahin Romli, selepas selamat diijabkabul di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pagi tadi. – Foto Aswadi Alias

Nurfarahin terima rumah sebagai hadiah perkahwinan

KUALA TERENGGANU: Pengacara TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nurfarahin Romli, 23, dengan dua kali lafaz pada majlis akad nikah di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, di sini, jam 10.03 pagi semalam.

Ally Iskandar yang segak mengenakan persalinan baju Melayu putih dinikahkan jurunikah Kampung Atas Tol, Mohd Abu Bakar, dengan mas kahwin RM250, berwalikan bapa mentuanya, Romli Ismail, 60.

Nurfarahin yang lebih dikenali sebagai Farah Lee di kalangan rakan, mengenakan gaun rona sama tidak menerima wang hantaran, sebaliknya dihadiahkan sebuah rumah yang dibeli Ally Iskandar di Damansara, Kuala Lumpur.

Pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan, manakala pengantin perempuan menerima balasan tujuh dulang hantaran.

Majlis akad nikah dihadiri lebih 500 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan. Wakil keluarga pengantin perempuan mengenakan pakaian sedondon warna kelabu, manakala persalinan hijau bagi keluarga pengantin lelaki.

Majlis akad nikah dan gubahan hantaran diuruskan oleh perancang perkahwinan, Joosaidy Johari manakala hantaran kedua-dua belah pihak digubah mengikut elemen tradisional dan elegan, termasuk penggunaan tembaga dan rotan, yang menjadi pilihan pengantin lelaki.
Ally Iskandar berkata, dia bersyukur kerana majlisnya berjalan lancar dan berdoa supaya perkahwinan dengan Nurfarahin, yang masih menuntut dan 13 tahun lebih muda berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan Nurfarahin dan saya akan memikul tanggungjawab sebagai suami dengan sebaik mungkin. Saya terpikat dengan wajah ayu isteri dan ketegasannya yang tidak mudah goyah dengan sebarang keputusan dibuatnya. Insya-Allah, saya akan menjaganya dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang,” katanya yang akan mengadakan majlis resepsi pada 5 Februari ini di Kelab Golf Tok Jembal, di sini.

Nurfarahin yang masih menuntut di tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Incheon, Korea Selatan, berkata dia bersyukur Allah mengabulkan doanya untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang baik.

“Saya bersyukur dikurniakan suami yang menyayangi saya dan keluarga, terutama kedua ibu bapa dan boleh membimbing saya,” katanya.

Ally Iskandar Putus Tunang Dengan Aishah


dah macam musim putus tunang pulak dah..

hero bola ,hero macho dan segala macam hero ada saja cerita putus tunang…tak pa lah kalu dah jodoh tak panjang lebih baik dari lepas kawen duk bercerai berai …

Katanya bukan kerana pihak ketiga

Personaliti TV3, Ally Iskandar, 35 mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal, 25, telah putus pada 30 Julai lalu.

Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.

“Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya kepada pemberita pada rakamkan program Mentor Raya di sini, Khamis.

Ujar Ally, perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.

Katanya, mereka berdua pernah mengimpikan untuk menjadi pasangan bahagia dalam rumah tangga tetapi sayang sekali ia tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.

Keputusan memutuskan tali pertunangan itu juga membuatkan Ally berasa kecewa dan ralat kerana sangkanya, dengan usia yang semakin meningkat dan mempunyai kerjaya yang kukuh, dia dapat endirikan rumah tangga secepat mungkin

Malah ujar Ally lagi keluarganya turut bersedih dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi mereka amat gembira semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelum ini.

“Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik,” katanya.

Bagaimanapun ujar Ally, dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka.

Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu.

Sementara itu, Ally menegaskan bahawa keputusan tersebut tiada kaitan dengan dirinya yang mahu mengikut jejak langkah seperti pemain bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat yang juga memutuskan pertunangannya dengan Elia pada hari yang sama.

“Saya harap, tiada spekulasi atau pandangan buruk yang berlaku kerana saya mendapat tahu, ada orang menganggap saya sengaja mahu mengikut jejak Fahmi untuk memutuskan pertunangan ini,” tegasnya.

mStar

%d bloggers like this: