Tag Archives: Allah

Abby Abadi ‘Terkena’ Sihir Pulak ?


Benarkah Abby jadi mangsa perbuatan khianat ?

PETALING JAYA: Pelakon Abby Abadi mendakwa ada pihak cuba menutup periuk nasinya dengan menghantar sihir sehingga menyebabkan badan-badannya menjadi sakit.

Selain itu kata Abby, perutnya juga sakit sehingga tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan sakit pinggang yang teruk ketika sedang sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman single lagu barunya, Aku Tak Mahu.

“Sebelum mendapat tahu terkena buatan orang, saya telah ke hospital sebanyak dua kali pada November lalu untuk mengesan penyakit saya itu tetapi doktor berkata saya tidak mempunyai sebarang masalah.

“Kemudian, barulah saya membuat rawatan secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Memang waktu itu keadaan tubuh badan begitu teruk tetapi saya tetap gagahkan diri kerana mempunyai komitmen dengan penggambaran drama Pelangi Kasihdan Mulanya Di Sini,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Abby, semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, dia diberitahu terkena buatan orang oleh pihak-pihak yang iri hati dengannya.

Dia tidak menyangka ada orang yang berniat jahat terhadapnya sedangkan dia tidak pernah pun cuba untuk menyakiti hati orang lain.

Bagaimanapun, ibu tunggal beranak tiga ini berkata, dia bersyukur kerana penyakit misterinya itu beransur pulih dan masih lagi mengamalkan perubatan tradisional itu.

“Alhamdulillah, saya beransur pulih. Bagaimanapun, benda sihir ini akan datang balik jika kita tidak berjaga-jaga.

“Saya pun tak tahu siapa yang sanggup melakukan perkara buruk ini. Biarlah pihak yang mengenakan saya itu mendapat balasan daripada Allah di atas perbuatannya itu,” ujar Abby.

Terkilan dengan Zul

Sementara itu, mengenai hubungannya dengan bekas kekasih, Zul Ariffin, Abby mengakui mereka tidak lagi kerap berhubung seperti dahulu.

Cuma Abby sedikit terkilan apabila pelakon itu telah membuat kenyataan kepada sebuah portal pada Rabu yang dia tidak lagi memikirkan tentang dirinya. Namun Abby tidak pasti adakah Zul benar-benar bermaksud sedemikian ataupun tidak.

Ujar Abby, sukar untuk dia mengulas berkenaan dengan kenyataan pelakon lelaki yang semakin meningkat naik itu apabila terdapat dua komen yang berbeza yang dinyatakan Zul sebelum ini.

“Entahlah, saya pun tak tahu nak cakap apa sebab dia memberikan kenyataan yang berbeza. Pada mulanya, dia cakap, masih lagi sayang dan mengingati saya dan sekarang, lain pula ceritanya.

“Bagaimanapun, saya tak dapat nafikan bahawa perasaan sedikit terkilan itu ada,” tuturnya.

Dalam pada itu, Abby dan Zul masih lagi berhubung kerana terdapat urusan yang masih lagi belum selesai di antara mereka.

“Memang ada beberapa perkara yang saya tidak boleh jelaskan di sini yang masih belum selesai di antara kami.

“Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan bukan? Alhamdulillah walaupun dilanda pelbagai masalah, saya masih lagi menerima tawaran lakonan dan mengacara. Malah tahun ini saya buat ‘comeback’ dengan muncul lagu Aku Tak Mahu, ciptaan Edry Abdul Halim,” katanya.

oleh FERIDE HIKMET ATAK mStar

Nik Aziz: ‘Orang Takut Hudud Macam Takut Hantu’


Hudud lebih realistik dari hukum lain

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan hukuman gantung sampai mati yang dilaksanakan dalam sistem perundangan negara ini lebih kejam daripada undang-undang Islam atau hukum hudud.

Jelas beliau (gambar), bagi jenayah berat seperti membunuh, merompak, menjual dadah dan sebagainya penjenayah boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tetapi jika mengikut hukum hudud adalah potong tangan.

“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu… orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.

“Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun… bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?” katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Tuan Guru di dataran parkir Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam di sini malam tadi.

“Hudud tak mati… hudud adalah undang-undang Allah, benda ini hanya sekadar nak masuk dalam senarai undang-undang Kelantan dan yang laksanakan bukan saya tapi hakim.

“Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa,” katanya.

Sebelum ini, Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

Selain itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, beliau juga lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinannya berusaha untuk melaksanakan undang-undang itu sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Tambah Nik Aziz, hukuman hudud tidak semestinya dilaksanakan, namun mahu ia dimasukkan dalam undang-undang syariah Islam sedia ada.

“Dekat pilihan raya timbul balik, saya di Kelantan hanya nak masuk dalam undang-undang syariah Kelantan, lepas pada itu terserah kepada hakim (untuk laksanakan), bukan saya yang laksanakan.

“Bukan saya atau orang politik laksanakan, hakim yang tentukan,” kata Mursyidul Am PAS ini.

Dalam ceramah itu juga, Nik Aziz mengatakan ajaran Islam bukan diwujudkan oleh PAS tetapi Allah dan semua yang beragama Islam perlu mengikut perintah dan meninggalkan larangannya.

“Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Islam bukan dari PAS… dari Allah, Islam adalah cara hidup dan semuanya perlu ikut cara Islam.

“Pangkah parti yang boleh selamatkan Islam, sekarang bukan Islam sahaja, demokrasi pun tak selamat… Islam datangnya dari Allah, bumi, langit dan kita Allah yang punya,” katanya.

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

Diana Amir Pulak Bertudung Setelah Mimpi Kiamat


Mimpi kiamat menyedarkan Diana

Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.

Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.

Diana Amir, sebelum bertudung

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.

“Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,” katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.

Jelas Diana lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.

“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,” tuturnya.

Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam.

Ditanya tentang lakonan, Diana berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang.

“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini,

“Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,” katanya lagi.

:kemalia othman

Hot Today: Bersih Sudah Kena Main Dengan Puak ‘Kotor’ Pandy Kutty


Woit Bangang…Siapa yang kamu nak tembak!

Saudara kamu ,adik beradik kamu dan rakan taulan kamu sendirik ke?

Astaga..apalah punya mabok kuasa puak puak Pandy Kutty ni!

Kecelaruan yang ditimbulkan oleh puak puak Pandy Kutty sudah menampakkan kejayaan putar belit.

Polis terus menghalang sebarang perhimpunan dan terkini pentadbiran Stadium Merdeka tidak memberikan ‘green light’ untuk BERSIH.

Manakala latihan bersama diantara Polis dan Tentera di kem Sungai Besi hari ini menggambarkan cengkaman ‘kuku besi Pandy Kutty akan digunakan sepenohnya terhadap gerakan BERSIH yang walaupun perhatian diambil berat oleh Duli Yang Maha Mulia Dipertuan Agong.

Ketakutan BN semakin serius sehingga saat ini Polis masih lagi menahan aktivis dan Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat.Road block sudah menjangkau keseluruhan Malaysia Barat.

‘Drama 13 Mei’ seperti ingin diulang kembali oleh Bn.

Ini bukan kali pertama Bn menggunakan strategi ini,boleh dikatakan kepakaran untuk menipu dan membuat provokasi adalah sinonim dengan nama puak puak Pandy Kutty ini.

Lalu untuk apakah lagi seruan demokrasi dilaungkan! Kita adalah rakyat merdeka dibawah DYMM Dipertuan Agong dan Perlembagaan Malaysia.

Kamu Bn dan juak juak kamu adalah ejen pemecah belah masyarakat majmuk Malaysia.Kamu akan menghadapi bala Allah selepas ini, kamu akan akan hilang kuasa dari bumi Malaysia dengan izin Allah.

Rakyat Malaysia tidak akan melupakan saat hitam yang kamu lakukan sekarang.

Silalah kamu gunakan apa saja kuasa yang kamu ada sekarang sebelum kamu akan hancur binasa pada Pilihanraya umum akan datang,Insyaallah.

Haji Salleh

saudara abushahid TOLONG Siarkan Mesej saya.

mesej dari tetamu blog ini

Cerita Rasulullah Melihat Syurga dan Neraka Dalam Solat Gerhana Matahari


Dari Asma’ r.a katanya: “Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui ˜Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya, “Mengapakah orang banyak mengerjakan solat?”

Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, AYAT? (tanda kebesaran Allah?)

“Jawab ˜Aisyah, Ya! Tanda kebesaran Allah!” Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening).

Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku.

Kata ˜Asma selanjutnya, “Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu baginda bersabda, antara lain: “Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah ku saksikan dalam solatku sebentar tadi, syurga dan neraka.

Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,: “Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?”

Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,: “Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi.”

Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur. Katanya,: “Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak.”

Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,: “Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu ku ucapkan pula.”

Dari Sahih Muslim

Rahsia Subur dan Gebu


Maizawati menunggu kelahiran anak ke 7

KUALA LUMPUR: Kegebuan dan kemampuannya memiliki ramai anak mungkin dicemburui wanita lain, tapi semua itu tidak datang bergolek.

Sebaliknya, Maizawati Zainal, 35, yang namanya tersohor dek kontroversi dengan bekas suaminya, Akhil Hayy, mengamalkan enam petua bagi melengkapkan impiannya menjadi wanita ‘sempurna’ di mata lelaki.

Menurut Maizawati atau lebih mesra disapa Maiza, petua utama adalah berpantang selepas melahirkan anak kerana percaya proses berkenaan dapat memulihkan tenaga dan memelihara kecantikan.

“Saya cuma mengamalkan berpantang. Saya yakin dengan kebaikan amalan tradisional itu selepas mendengarnya daripada ibu saudara. Proses berpantang membuang darah kotor dan wanita yang melahirkan anak beruntung kerana susah hendak diserang penyakit kronik.

“Ketika berpantang, saya memakan makanan yang boleh memanaskan badan dan makan jamu serbuk kerana percaya kesan pemulihan lepas bersalin lebih cepat. Sepanjang berpantang, saya banyakkan minum air akar kayu walaupun ia pahit. Saya berpantang selama setahun tidak minum ais dan minuman berkarbonat,” katanya.

Dia yang kini menjalankan perniagaan Madu Herba Maiza — produk kesihatan dengan campuran habbatussauda — turut memasukkan madu sebagai amalan pemakanan harian.

“Saya turut amalkan meminum madu setiap pagi dan malam bagi membantu meningkatkan antibodi tubuh dan awet muda,” katanya yang berminat menceburi bidang lakonan jika tiada aral.

Model sambilan itu memaklumkan, dia dinasihatkan doktor supaya banyak berehat dan mengurangkan aktiviti harian bagi menjaga kehamilan disebabkan terlalu aktif dan banyak berdiri.

“Selepas disahkan hamil dan berlaku pendarahan, saya perlu mengurangkan aktiviti harian dan banyak berehat seperti dinasihatkan doktor. Alhamdulillah saya tidak mabuk, cuma berlaku pendarahan kerana terlalu aktif. Selepas ujian imbasan dilakukan, bayi dalam rahim aktif,” katanya.

Ternyata Maiza yang kini meniti hari bahagia bersama suami baru, Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim, 23, bertuah kerana tidak perlu menunggu lama selepas akad nikah, sebaliknya ‘bunting pelamin’ dan dijangka menyambut kelahiran anak terbaru, Mei depan.

‘Kesuburannya’ yang bakal menimang cahaya mata ketujuh pada usia 35 tahun — sesuatu yang jarang dialami wanita moden hari ini — turut membuatkan ramai wanita di luar sana mengagumi dan tertanya-tanya rahsia awet mudanya.

“Tiada rahsia besar memiliki ramai anak. Tambahan pula, keluarga ibu mempunyai ramai adik beradik. Saya bersyukur kerana disahkan hamil dan menganggapnya sebagai rezeki Allah. Tidak sangka hamil dalam waktu terdekat ini kerana kami tidak merancang apa-apa,” katanya.

Menurutnya, dia mengesyaki dirinya hamil apabila lewat datang bulan sebelum melakukan ujian kehamilan di rumah.

Selepas ujian itu menunjukkan tanda positif, Maiza mendapatkan pengesahan doktor dan disahkan hamil dua bulan.

“Sebenarnya kalau difikirkan, saya takut hendak mengandung. Proses mengandung dan melahirkan anak masih segar di ingatan. Suami gembira dengan berita itu dan meminta saya banyak berehat. Dia mengambil berat makan minum serta melarang saya melakukan kerja berat,” katanya.

Maiza mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Akhil Hayy iaitu Siti Nur Maisarah, 13; Mohd Syarif Idayatullah, 12; Mohd Syakir Idayatullah, 9, dan Mohd Syatiri Idayatullah, 3. Manakala dua lagi anak, Dania Sofea, 17, dan Danial Arif, 16, adalah hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya.

Model sambilan itu sebelum ini dikenali berikutan kesnya ditinggalkan bekas suami, bercerai dan kemudian dicemuh kerana berpasangan dengan lelaki lebih muda 12 tahun daripadanya.

Biarpun perkahwinan barunya mengundang pelbagai persepsi, Maiza berkata, dia tidak bimbang perbezaan usia kerana yakin Mohd Yassin mampu menjadi suami dan ayah kepada anaknya serta menjadi pelindung keluarga.

PETUA MAIZAWATI
1. Amalkan berpantang
2. Amalkan makan makanan panas
3. Makan jamu serbuk
4. Minum air akar kayu
5. Elakkan minum ais dan minuman berkarbonat selama setahun
6. Minum madu setiap pagi dan malam

Mm.

%d bloggers like this: