Tag Archives: ABIM

Bersih: interlek Melayu Hentam SPR Lagi,berasap telinga Pengerusi SPR


Sudah ramai cendekiawan Melayu tampil memberikan hujah logis dan bermutu untuk membetulkan SPR dan KERAjaan Bn.

Ini satu perubahan dan contoh kematangan bagi para pendidik bangsa untuk menjelaskan kebenaran dan real politik Malaysia terkini.

Keadaan seperti ini jarang berlaku pada sekitar tahun 70’an dan 80’an.

Dekan UM: Alasan SPR tolak tuntutan Bersih 2.0 memalukan

Seorang dekan Universiti Malaya hari ini membidas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menolak lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sambil menyifatkan ia satu keputusan “memalukan.”

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Prof Dr Redzuan Othman berkata tindakan SPR menolak untuk melaksanakan tidak wajar kerana kesemua tuntutan itu boleh dilakukan badan pengurusan pilihan raya itu.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“Jawapan yang diberikan tidak melambangkan satu intelektual dalam SPR yang mana SPR kata tidak boleh (laksanakan), akses media dia (SPR) kata parti politik boleh gunakan media elektronik, tempoh kempen… SPR kata melibatkan soal keselamatan.

“Dalam pilihan raya umum di Malaysia, saya lihat sejak 1974 tidak ada satu pergaduhan dan tiada pertumparan darah, kalau ada pun disebabkan kemalangan semasa pilihan raya,” katanya pada forum Reformasi Pilihan Raya dan Pemurnian Demokrasi anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam di sini.

Justeru tegas Redzuan, SPR perlu memandang serius tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 sehingga membawa perhimpunan aman pada 9 Julai lalu di ibu negara.

“Isu keselamatan bukan alasan untuk kurangkan tempoh berkempen, undi pos pula SPR kata ramai pelajar kita di luar negara tapi dulu, semasa saya masih belajar di luar negara, semasa tiba pilihan raya saya pergi ke kedutaan (untuk mengundi) tapi tiada, saya tidak mahu sebut tuntutan lain…hujah yang diberikan SPR memalukan.

“Proses pilihan raya harus melambangkan rakyat merasakan keadilan, peranan SPR, saya lihat dalam soal tempoh berkempan dulu sejak 1955 tempoh berkempen selama 42 hari, kemudian pada 1969 35 hari, pada 2004 tempoh dipendekkan kepada lapan hari ini benarkan Barisan Nasional (BN) menang besar begitu juga dengan akses media, pembangkang tidak dapat akses media,” katanya.

Selain Redzuan, turut menjadi ahli panel adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Pengarah Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Puaad.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya tidak boleh melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 dengan alasan tidak mempunyai kuasa.

Justeru beliau meminta Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevesan agar mengemukakan lapan tuntutan berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.

Jelas Wan Ahmad, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Lebih menjurus kepada lapan tuntutan Bersih 2.0 terutamanya akses media yang bebas dan adil, Redzuan meminta agar Putrajaya mencontohi Singapura yang membenarkan semua calon bertanding mendapat kebebasan media termasuk melalui televisyen.

“Kenapa kita tidak ikut Singapura, parti-parti politik diberi peluang untuk mendapat akses media, walaupun sehari sebelum hari mengundi semua calon tidak dibenarkan berkempen, namun mereka diberi peluang untuk bercakap di televisyen.

“Tapi di Malaysia media menggambarkan suasana pilihan raya sebagai perang, media memberikan gambaran yang tidak elok tentang pembangkang… tuntutan adalah tuntutan rakyat Malaysia, masyarakat sekarang tidak sama dengan masyarakat dulu… masyarakat hari ini tidak mahu diperbodohkan,” katanya.

Isu pengurusan pilihan raya semakin hangat baru-baru selepas Pakatan Rakyat mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam daftar pemilih termasuk tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Pakatan Rakyat turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan perkara itu.

Pada sidang media semalam, SPR menafikan dakwaan bahawa badan pengurusan pilihan raya itu sengaja membenarkan pemastautin tetap menjadi pengundi yang sah.

Sebaliknya, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ia hanya kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan JPN namun dikecam PAS.

tmi

‘Saya Tak Menyesal Masuk Umno Dulu’: Anwar


Wira tak didendang

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pengakuan terbuka bahawa beliau tidak pernah menyesal menyertai Umno hampir 30 tahun lepas.

anwar abim forum“Saya tidak pernah kesali dengan keputusan menyertai Umno. Pengalaman itu juga mematangkan saya,” katanya ketika berucap dalam Forum Pengkisahan Semula Angkatan Belia Islam (ABIM).

Beliau memberikan penjelasan itu setelah disebut dalam ucapan dua bekas presiden terawal NGO itu yang menyifatkan pemergian Anwar itu sebagai zaman sukar pada mereka.

Berucap di hadapan seribu anggota ABIM di Universiti Selangor (UNISEL) di Shah Alam, Anwar berkata, tindakannya pada tahun 1982 itu juga secara tidak langsung mematangkan NGO Islam lain, termasuk ABIM.

“Ada orang beranggapan, tanpa Anwar habislah ABIM,” katanya sambil memberitahu andaian itu tidak pernah menjadi kenyataan.

Dengan nada membela diri, beliau menjelaskan, penyertaannya ke dalam Umno pada masa itu bukan bertujuan “mengukuhkan amalan fitnah, penindasan dan rasuah”.

Sebaliknya, tambah Anwar, bagi menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan.

Menceritakan pengalaman awalnya bersama Umno, Anwar mendakwa tindakannya menyertai usrah (perbincangan) selepas Subuh danqiamullail (solat malam) mengundang perasaan tidak selesa segelintir anggota parti itu sendiri.

Pengalaman amat pahit, kata Siddiq

“Mereka kata ada usaha mengubah landasan Umno,” katanya tanpa menyebut pihak tersebut secara jelas.

anwar abim forumSebelum itu, presiden ketiga ABIM Datuk Dr Siddiq Fadzil yang memangku jawatan itu ketika Anwar meninggalkan ABIM berkata berasa amat “pedih” dengan tindakan itu.

Katanya, setelah cukup 40 tahun usia ABIM pada tahun ini, beliau mahu memberitahu bahawa pengalaman itu amat pahit sekali.

“Kalau saya anak-anak kecil dan mahukan ghanimah (harta), sudah tentu saya mengamuk dan lari (keluar ABIM),” katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Dia juga menghambur pertanyaan yang membuatkan Anwar terus tersipu-sipu di pentas.

islamic state“Dia jadi menteri kewangan, apa dia bagi pada kita? Kita tahulah dia sibuk, baru masuk dah hendak bertanding ketua Pemuda (Umno),” katanya lagi dengan sinis.

Dalam gerakan Islam di Malaysia, masih banyak pihak yang beranggapan tindakan Anwar menyertai Umno 29 tahun lalu sebagai pengkhianatan dan mengecewakan banyak pihak.

Lebih-lebih lagi, ABIM merupakan antara gerakan Islam terawal dan paling berpengaruh ketika itu.

mKini

%d bloggers like this: