Tag Archives: Abdullah Ahmad Badawi

Umno Dari Kacamata Ong Tee Kiat


Dalam keghairahan Umno/Bn untuk ‘menang besar’ pada PRU13, adakah kini Umno/Bn sudah betul betul bersiap sedia untuk mempertahankan Putrajaya ?.

Apakah persepsi dari veteran Umno/Bn untuk kekalkan kuasa majoriti 2/3 di Dewan Parlimen?

Bolehkah Najib mengekalkan kedudukan seperti Pak Lah pada PRU12 yang lalu ?.

Salah seorang veteran komponen Bn Ong Tee Kiat memberikan perspektif terkini Umno/Bn dalam politik Malaysia.

Tee Kiat: saya contoh negatif bagi najib

Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin berusaha untuk meyakinkan partinya supaya mengambil pendekatan yang sederhana, tetapi bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berpendapat, pada realitinya, Umno lebih beranjak ke kanan.

Bercakap kepada Malaysiakini minggu lalu, beliau berkata, Umno menjadi demikian kerana tekanan dari dalam dan luar, yang memaksanya untuk memperkukuhkan asas sokongan  komunitinya.

Walaupun Ong bersetuju bahawa Najib mungkin mempunyai niat untuk membawa pembaharuan dalam partinya serta BN, tetapi Umno, bagaimanapun, mungkin tidak sentiasa berpegang kepada pelan pembaharuannya, terutama apabila menjadi tumpuan pemantauan kumpulan pendesak seperti PERKASA.

Beliau diminta mengulas mengenai perbezaan antara tiga perdana menteri – Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib.

“Mahathir adalah seorang pemimpin yang sangat kuat dan dominan. Tetapi sekurang-kurangnya, beliau sentiasa dapat memberikan jawapan kepada anda walaupun apabila menghadapi isu yang meletup dan kontroversi. Tetapi, sudah tentu, beliau juga adalah seorang pemimpin yang kontroversi.

“Abdullah adalah seorang yang baik. Dia mungkin tidak boleh memberi jawapan yang jelas tetapi beliau boleh memahami batasan dan rasa tidak puas hati anda.

“Bagi perdana menteri sekarang, saya dapat melihat beliau mahu melakukan sesuatu dan membawa pembaharuan. Tetapi dalam perjalanan menuju pembaharuan, anda terpaksa berdepan dengan tekanan dari dalam dan luar parti.

“Dalam  situasi tersebut, anda mungkin tidak sentiasa berpegang kepada cara anda sendiri,” kata Ong, yang pernah berkhidmat sebagai menteri dan timbalan menteri di bawah tiga perdana menteri.

Beliau berkata di bawah sistem perwakilan semasa, perdana menteri dan presiden BN pun tidak boleh bertahan jika kehilangan sokongan parti.

“Anda bukan sahaja ketua eksekutif kerajaan , tetapi juga seorang ketua parti. Anda terpaksa berdepan dengan tekanan dalam parti anda sendiri, dan jika anda tidak boleh mengekalkan sokongan parti anda, maka anda boleh kehilangan kedudukan anda dalam kerajaan.”

Ong, yang mendesak dijalankan penyiasatan terhadap  skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sewaktu menjadi menteri pengangkutan, menyifatkan dirinya sebagai contoh negatif bagi Najib.

NONEOng terlbabit dalam pergelutan kuasa yang berlanjutan dengan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan), yang ketika itu merupakan timbalannya, dan ia sampai ke kemuncaknya dengan penyingkiran Chua ekoran pendedahan video seksnya yang telah disebarkan secara meluas.

Bagaimanapun, pada tahun 2009, penyokong Dr Chua berjaya mengembalikan semula kedudukannya sebagai timbalan, dan Ong jatuh pada tahun berikutnya, selepas anggota jawatankuasa pusat parti itu meletak jawatan secara beramai-ramai, yang membawa kepada mesyuarat agung luar biasa.

Ong sejak itu memilih untuk memberi tumpuan kepada kawasan pilihan raya yang diwakilinya.

Satu setengah tahun selepas kehilangan jawatan presiden, Ong tidak mahu mengulas mengenai masa depan MCA dan BN.

Bagaimanapun beliau berpendapat MCA tidak akan meraih sokongan yang banyak jika ia terus menerus bergantung kepada isu negara Islam.

Katanya, rakyat lebih mementingkan isu  rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan bukan isu negara islam.

Menurutnya, kebanyakan persoalan hari ini telahpun dibangkitkan dalam tahun 1990-an, dan oleh itu, beliau tidak fikir ia  boleh memberi sebarang impak, walaupun parti-parti orang Cina dalam kerajaan, terus menerus memainkan isu tersebut.

“Mungkin ada yang berfikir bahawa apa yang anda katakan itu adalah satu ilusi, kita tidak tahu sama ada ini akan dilaksanakan atau tidak. Tetapi rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah masalah yang kita boleh rasai.”

mKini

Apa Anwar Buat Ketika Dalam Kabinet?


Bukankah ketika itu kesempatan terbaik untuk beliau memansuhkan akta-akta drakonian tersebut dan mengheret jerung- jerung yang menerima rasuah ke muka pengadilan?

Setelah 12 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari semua jawatan dari kerajaan dan Umno, pada 2009 lalu beliau bergiat semula dalam sepak terajang politik negara ini.

Jikalau dahulu, semasa di dalam kerajaan beliau menjalankan dasar-dasar kerajaan, berbeza dengan sekarang, beliau ialah ketua pakatan pembangkang yang disegani.

Kelantangan beliau mengkritik dasar-dasar kerajaan hari ini, khususnya terhadap rasuah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kadang kala menimbulkan persoalan, apa yang beliau lakukan semasa beliau berada di dalam kabinet?

Apabila berbicara mengenai hal ini, perkara yang sering tidak lepas dari persoalan ialah adakah Anwar memang benar-benar menentang rasuah yang semakin membarah dalam kerajaan, akta-akta yang menindas kebebasan bersuara – ISA, AUKU dan lain-lain akta yang seumpamanya.

Persoalan mengapa beliau tidak melakukannya semasa beliau berada di dalam kerajaan dahulu pasti dipersoalkan dan tentunya lebih kerap dimainkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kolumnis media-media kawalan kerajaan.

Bukankah ketika itu adalah kesempatan terbaik untuk beliau memansuhkan akta-akta drakonian tersebut dan mengheret jerung-jerung yang menerima rasuah ke muka pengadilan?

TPM era Mahathir paling mencabar

Umum mengetahui, menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa tidaklah semudah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga PM sebelumnya.

Bagi Abdullah Badawi memadai dengan hanya seorang timbalan berbanding Mahathir yang mempunyai sehingga empat orang Timbalan Perdana Menteri.

Malah kuasa pemutus keputusan penting oleh para menteri yang ada dari dahulu hinggalah hari ini juga tidaklah mutlak walaupun dalam bidang kuasa kementerian masing-masing.

Contohnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran tentunya tidak akan menarik semula pelaksanaan PPSMI jika tidak dipersetujui oleh Najib.

Begitu juga dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri, tentunya tidak akan berani, walaupun sekadar menyebut pindaan ISA akan dikaji jika tiada lampu hijau dari Najib atau mungkin juga diilhamkan sendiri oleh Najib.

Sama juga dengan isu kenaikan harga gula, beras, petrol dan lain-lain. Walaupun menurut mereka, pada dasarnya, setiap keputusan yang dibuat telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, namun kuasa veto Perdana Menteri adalah pemutus utama tidak dapat dinafikan.

Akhirnya, telunjuk 1Malaysia itulah juga akan dijadikan kiblat.

Apatah lagi menjadi timbalan kepada Mahathir, tentunya memerlukan seseorang yang sehaluan dengannya, seseorang yang mampu menari seirama dengan tariannya, tidak kira samada tindakan itu menguntungkan rakyat atau menguntungkan kroni.

Apa yang penting, harus bersedia mengungkapkan kata-kata ‘yes boss’. Perilaku seperti ini tentunya bertentangan dengan jiwa Anwar sendiri hinggalah mengundang pertengkaran demi pertengkaran antara kedua mereka.

Kejadian pertengkaran antara mereka ini diakui sendiri oleh mereka yang rapat dengan Anwar seperti Azmin Ali, Ezam Mohd Nor malah Mahathir sendiri turut pernah mengakuinya.

Pernah dalam beberapa ceramah politik oleh Ezam dan Azmin sekitar tahun 1999, mereka menceritakan bagaimana pada suatu hari,

Anwar keluar dari bilik PM dengan muka yang merah padam setelah bertengkar dengan Mahathir berkenaan isu penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Kabinet dan VIP Umno yang lainnya.

Sikap Mahathir yang melindungi perlakuan menyeleweng ini sama sekali tidak dapat diterima oleh Anwar.

Selain itu, keutamaan dasar Mahathir untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni dengan menelan belanja berbillion ringgit akibat kemelesetan ekonomi ketika itu tidak dipersetujui oleh Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan telah memburukan lagi hubungan mereka.

Mahathir curigai Anwar

Pada tahun 1997, ketika Mahathir bercuti tiga bulan di luar negara, Anwar yang ketika itu memangku jawatan Perdana Menteri telah mengambil kesempatan itu dengan menggubal Akta Pencegah Rasuah 1997. Tindakan Anwar itu telah menambahkan kecurigaan Mahathir terhadap beliau.

Mahathir mula merasakan Anwar sebagai seseorang yang tidak boleh diharapkan untuk menjaga kepentingannya dan kroni-kroninya apabila beliau bersara kelak.

Ditambah pula, hasutan-hasutan dari mereka yang turut merasakan diri mereka bakal terancam dengan dakwaan rasuah apabila Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri nanti.

Ketika itu, pendirian Mahathir yang terlalu obses terhadap ISA dan AUKU memanglah amat jelas dan diketahui umum. Apatah lagi, AUKU adalah akta dari air tangan beliau sendiri.

Beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu tidak akan teragak-agak menggunakannya ke atas penentang-penentang beliau.

Sekiranya ketika itu Anwar mula menunjukan pendirian kerasnya dan bertindak agresif untuk menghapuskan kedua-dua akta ini, tentunya awal-awal lagi Anwar akan tersingkir dari persaingan politik untuk menuju puncak dan sekaligus menggagalkan misinya yang hanya setengah jalan sahaja.

Malah, lebih dari itu, nescaya beliau tidak akan mampu sampai ke jawatan nombor dua kerajaan yang berjaya disandangnya ketika itu.

Untuk menghapuskan kedua-dua akta ini dan memerangi rasuah secara total, Anwar perlu berada di puncak terlebih dahulu.

Jika difahami falsafah politik beliau, “untuk mengubah sesuatu, kita harus berada pada sesuatu kedudukan yang betul,” maka jelaslah, semasa beliau di dalam kerajaan lagi beliau telah mula melaksanakan misinya untuk melakukan perubahan terhadap sistem-sistem yang beliau tentang termasuklah ISA, AUKU dan amalan rasuah yang semakin berleluasa.

Cuma kerana demi melindungi misinya pada masa itu, tidaklah beliau tunjukan secara agresif walaupun telah dapat dihidu oleh pemimpin kerajaan yang korup.

Untuk mencapai matlamat itu, perkara pertama yang perlu beliau lakukan ialah menakluk puncak tertinggi dalam pemerintahan negara ini.

Nazli Ibrahim Fmt

TPM Muhyiddin Bagi ‘Penampar’ Kemuka Tun Mahathir


SAR: Muhyiddin ‘tampar’ Mahathir

TAHUN akhirnya memimpin UMNO dan Perdana Menteri, Dr. Mahathir menyekat semua bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), kerana pada persepsinya SAR rata-rata menentang kerajaan Barisan Nasional dan ia menyediakan orang-orang yang akan menjadi PAS.

Demi melumpuhkan PAS, kalau boleh dihapuskan PAS, maka Sekolah Agama Rakyat itu perlu dihapuskan dulu.

Sikap  anti SARnya itu dinyatakannya dalam satu perhimpunan UMNO di PWTC.

Sesudah bersara dari Perdana Menteri beliau keluar UMNO kerana kecewa dengan pimpinan Tun Abdullah Badawi.

Selepas Pak Lah berundur Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha membawanya semula masuk UMNO. Tidak diketahui dia sudah UMNO  semula atau belum.

Tetapi Timbalan Perdana Menteri yang menjadi Menteri Pelajaran itu seperti telah menampar muka mantan Perdana Menteri. Apabila secara rasmi mengadakan peruntukan membantu semua Sekolah Agama Rakyat.

Hatta semua sekolah  di bawah Yayasan Islam Kelantan yang mendapat biaya dari kerajaan Kelantan itu pun turut diberinya bantuan.

Dalam kunjungan Muhyiddin ke Kelantan yang terakhir telah menyampaikan sendiri bantuan kepada SAR.

Apa yang dibuat oleh TPM itu adalah mencerminkan dasar UMNO terhadap SAR. Kalau pun tidak semua masa UMNO jadi pro SAR seperti yang berlaku di hujung pentadbiran Dr. Mahathir,  tetapi Menteri Pelajaran seolah-olah mempersetankan sikap anti SAR Mahathir itu.

Dr. Mahathair belum mati, sedikit demi sedikit dasarnya dirongkai oleh pemimpin-pemimpin UMNO selepasnya.

Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor pernah mendoakan supaya Dr. Mahatahir dipanjangkan umur, supaya dia dapat menyaksikan kerosakan di muka bumi Malaysia gara-gara dasar dan tindakannya sebagai pemimin kerajaan dan UMNO.

Doa Al-Marhum itu seolah-olah terkabul. Dr. Mahathir sudah melihat, tindakannya menghapuskan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu, telah memberi kesan besar kepada negara. Pencapaian Bumiputera dalam bidang sains merosot.

Wujud pertembungan  antara pro dan anti pengajaran sains dan matametik dalam Bahas Melayu. Bercelaru antara ucapan Muhyidin tentang dasar bahasa penghantar dalam subjek itu dengan pelaksanaannya. Mungkin Muhyidin mati dulu sebelum isu itu dipullihkan sepenuhnya.

Ketika yang sama anti SAR Mahatahir itu telah tidak dipedulikan oleh Muhyiddin. Anti SAR itu justeru Mahathir terlalu takutkan PAS. Tiada rasa sayangnya kepada pembelajaran  Islam disebabkan ketakutannya yang tinggi terhadap PAS.

Dia sanggup kuburkan sekolah agama kerana tidak mahu melihat PAS dan menggantikan UMNO sekali pun  sekolah pengajian Islam itulah yang menyelamatkan Malaysia menjadi bekas umat Islam.

Islam hancur di Filipina selepas kedatangan Sepanyol. Tiada institusi pengajian Islam yang berkesan menyebabkan negara itu menjadi negara Katholik.

Islam kuat di Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu dan utara Perak berbanding dengan lain-lain negeri di Malaysia ialah disebabkan wujud sistem SAR lama sebelum merdeka.

Muhyiddin menyambung semangat Pak  Lah membantu semula SAR. Mungkin Pak Lah adalah cucu dan anak pengendali SAR. Muhyiddin pula anak guru yang mendidik Mat Indera. Ayahnya pengendali SAR juga. Sekali pun mereka dijangkiti unsur sekular tetapi jiwa Islam mereka lebih jelas dari Dr. Mahathir. Maka mereka mengambil sikap politik membantu SAR sesuai dengan apa yang datuk nenek mereka buat dulu.

Mereka tidak memikirkan apakah PAS dapat manfaat atas sikap mereka membantu SAR, tetapi SAR boleh diselamatkan. Insya Allah, PAS dapat faedah dari SAR yang kuat.

Yang Muhyiddin buat itu betul-betul menempelak sikap dan dasar Mahathir. Mahathir tentu sedar dasarnya dibakut sampahkan. Sikap Muhyidin itu adalah sikap UMNO sekarang. Mahahir sedang menyaksikannya betapa dasarnya dibakul sampahkan.

UMNO sudah menolak dasar Mahathir pada masa dia masih hidup. Kalau Mahathir rasa dasarnya betul, maka  dia tidak boleh berada  dalam UMNO lagi. Kalau masih mahu bersama  UMNO, ini bererti dia mengaku anti SARnya dulu adalah tidak betul.

subky Latiff

Tun Mahathir Belum Puas ‘Membelasah’ Anwar


Rakyat celik mengenai DEB

Membesar di bawah kepimpinan beliau, seseorang akan cenderung untuk mempunyai rasa takut kepada manusia ini.  22 tahun sebagai Perdana Menteri,sudah cukup memasyhurkan beliau di seantero dunia, perihal baik mahupun jahat. Semasa berkuasa, ramai orang Melayu memandang kepadanya dengan bangga dan rasa hormat. Namun, ketika beliau turun dari kuasa, timbalannya sendiri pun, iaitu Abdullah Badawi sanggup menyerang beliau.

Artikelnya terbarunya yang menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengecam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dianggap kurang berkesan. Pada masa dahulu, rakyat Malaysia mungkin akan teruja membaca artikel beliau yang mengkritik Anwar; yang pada tahun 1990-an cukup popular untuk menggulingkan beliau.

Tetapi sekarang, hujah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad membosankan rakyat. Ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia telah menjadi lebih arif mengenai DEB dan apa sahaja yang Mahathir katakan tidak akan mengubah fikiran mereka. Malah orang Melayu, mungkin mempunyai pandangan yang berbeza. Sesetengah orang Melayu merasakan bahawa DEB harus kekal seperti yang sedia ada, manakala sejumlah yang sama merasakan bahawa ia perlu dirombak untuk membantu lebih banyak  orang Melayu berpendapatan rendah dan bukannya memanfaatkan orang Melayu yang kaya dan hartawan Cina yang ada kaitan dengan Mahathir sahaja.

Siapa syaitan?

Di mata Mahathir, Anwar masih syaitan  yang sibuk berdusta kepada rakyat bahawa DEB hanya memberi manfaat kepada kroni-kroni BN,  dan semua kontrak, permit kelulusan dan lesen yang diberikan di atas nama tindakan afirmatif tetap melibatkan rasuah. Beliau juga berkata, Anwar seolah-olah mengatakan bahawa DEB tidak memberi manfaat kepada orang Melayu dan Bumiputera yang lain sama sekali, hanya golongan UMNO elit atau Umnoputra dan ‘rakan-rakan’ mereka sahaja.

Walaupun marah,  Mahathir harus akui yang Anwar juga betul, mungkin juga lebih betul daripadanya. Ramai pakar bersetuju DEB memberi manfaat kepada ramai orang Melayu dan Bumiputera di negara ini. Tetapi menurut Anwar, apabila seseorang membandingkan keseluruhan orang Melayiu dan penduduk Bumi, mereka yang mendapat manfaat adalah  sebahagian kecil sahaja.  Anwar sering memetik bahawa angka kerajaan menunjukkan bahawa 96 peratus rakyat termiskin di negara ini sebenarnya orang Melayu. DEB pula telah wujud sejak tahun 1971 atau selama 40 tahun. Bagaimana Mahathir, seorang doktor gagal untuk memahami perkara ini, ia cuma suatu perkiraan matematik yang mudah.

Hanya satu penjelasan yang ; Mahathir masih memusuhi bekas timbalannya itu, walaupun telah dipecat, diaibkan,dikeluarkan dari parti  dan dipenjara selama 6 tahun. Bagaimanakah permusuhan itu sangat teruk? Ada yang mengatakan ia adalah disebabkan perasaan bersalah dipihak Mahathir kerana tuduhan liwat pada tahun 1998 adalah satu konspirasi.  Ternyata tidak luntur perasaan benci Mahathir terahadap Anwar malah bertambah kuat tahun demi tahun.

Orang bukan Bumiputra diketepikan

Dalam artikel terbaru beliau di blog chedet, Mahathir berkata bahawa sebahagian kanak-kanak Melayu dibantu dalam pendidikan dengan buku teks percuma dan makanan percuma. Sekolah-sekolah dibina di kawasan-kawasan terpencil di mana sebelum ini tidak terdapat sekolah-sekolah. Asrama dibina untuk anak-anak Bumiputera yang kebanyakannya orang Melayu dan lain-lain supaya mereka boleh menjalani kehidupan yang lebih baik dan mampu untuk belajar dalam persekitaran yang lebih baik berbanding rumah-rumah mereka di kampung.

Tetapi dengan berbuat demikian, Mahathir juga mengakui bahawa dia telah meminggirkan golongan bukan Bumiputera dalam usaha untuk naikkan taraf hidup Bumiputera di negara ini. Mengapa? Adakah bukan Bumiputera tidak layak menerima bantuan kerajaan? Apa yang berlaku kepada bukan Bumiputera yang miskin yang juga memerlukan bantuan? Dan selama ini, BN dianggap telah cuba membangunkan negara untuk semua rakyat Malaysia, dan bukan untuk kaum Bumiputera sahaja.

Mahathir seterusnya mengatakan bahawa pendidikan pengajian tinggi kini  boleh diakses dengan penyediaan jumlah biasiswa yang besar. Hasil daripadanya,  banyak anak-anak keluarga miskin atau keluarga yang tidak mampu membayar yuran sekarang sudah memegang ijazah universiti dan menjadi golongan profesional. Sebagai contoh, beliau menyatakan bahawa jika sebelum ini hanya 5% daripada doktor di Malaysia berbangsa Melayu dan Bumiputera, hari ini 40% daripada mereka yang dalam profesion tersebut adalah orang Melayu.

Jika ini benar, adakah DEB memberi manfaat kepada Bumiputera dengan mengenepikan Bukan Bumiputera? Adakah ini hasrat DEB ? Atau ia telah dipergunakan oleh ahli-ahli politik yang tidak jujur? Ini semua persoalan  yang seringkali bermain di minda kita tetapi tiada jawapan telah diberikan oleh Mahathir. Dia hanya memberikan jawapan yang tidak lengkap dalam artikel terbaru beliau – sama ada menggunakan ketuanan Melayu sebagai sandaran atau sebagai asas untuk menyerang sasaran kegemaran beliau, seperti Anwar atau Lim dari DAP.

Tidak hairanlah Mahathir yang berusia 85 tahun ini telah kehilangan peminatnya. Kini, beliau hanya mampu membangkitkan minat apabila dia menyokong retorik perkauman kumpulan pelampau Melayu seperti Perkasa. Dengan kecerdasan yang semakin tumpul dan keberanian beliau yang hanya ‘hantam kromo’ dengan memutarkan suatu  peristiwa atau isu tertentu dengan cara beliau yang tersendiri. Beliau kini menjadi penghibur rakyat Malaysia, dan bukannya berperanan sebagai penasihat juga negarawan yang berpengalaman untuk rakyat Malaysia mendapatkan ilham dalam kebuntuan. Kemungkinan besar, dia sendiri yang mencipta kebuntuan itu kata para pengkritik beliau. Inilah yang menarik minat terhadap dirinya- tahap kesinisan beliau.

Angka tidak dapat menipu, Mahathir pula sebaliknya

Satu lagi kenyataan yang dibuat  Mahathir untuk membuktikan keberkesanan DEB adalah saham Bumiputera dalam ‘aset korporat’. Kata beliau,  hari ini lebih daripada sepuluh setengah juta (10500000) orang Melayu dan Bumiputera memegang saham dalam unit amanah ini dengan jumlah pegangan yang bernilai seratus tiga puluh lima billion (135,000,000.000) ringgit. Ini adalah manfaat langsung daripada DEB. Unit amanah ini membentuk peratusan besar kekayaan korporat yang dipegang oleh Bumiputera, katanya.

“Felda juga telah dipelihara sehingga ia telah menjadi syarikat perladangan terbesar di dunia. Peneroka mempunyai pendapatan yang lebih tinggi manakala anak-anak mereka berpendidikan lebih baik. Semua ini adalah disebabkan oleh Dasar Ekonomi Baru. Mikro Kredit dilanjutkan kepada perusahaan desa yang kecil dan ini telah membantu puluhan ribu penduduk kampung Bumiputera, terutamanya wanita untuk bergiat dalam perniagaan.

Kini terdapat beribu-ribu usahawan Bumiputera yang mendapat manfaat daripada pengimportan kereta terpakai dan baru, daripada menjadi ejen-ejen dan vendor untuk projek-projek kereta nasional dan juga dalam perniagaan minyak dan gas sebagai hasil daripada DEB.

Ada diantaranya telah berkembang besar, terdapat juga yang menjadi sangat besar, menjadi pengedar dan pemasang kereta, pemaju perumahan, fabrikasi keluli, pembina bot dan kapal, IT, pengangkutan, pelabuhan dan perkapalan, makanan dan pengeluar kosmetik dan banyak lagi perniagaan lain,” tulis Mahathir yang masih ghairah.

Jadi, terima kasih kepada DEB, bumiputera telah berjaya diluar jangkaan mereka.Tetapi mengapa mereka masih tertinggal jauh berbanding bukan Bumiputera yang telah berjuang tanpa bantuan kerajaan?

Dan siapa dapat menjelaskan mengapa bukan Bumiputera yang membentuk hanya 33 peratus daripada penduduk negara ini boleh berjaya memegang 82 peratus ekuiti korporat di Malaysia? Bagaimana pula 67 peratus daripada penduduk Malaysia – orang Melayu dan Bumiputera – hanya memegang 18 peratus ekuiti walaupun selepas 50 tahun tindakan afirmatif? Adakah betul angka ini? Atau adakah terdapat kesilapan besar dalam pengiraan sekali lagi?

Memalukan orang Melayu dan menikam orang bukan Melayu dari belakang

Hakikatnya, walaupun Mahathir mempunyai cita-cita murni untuk orang Melayu, usahanya telah gagal menaikkan taraf hidup kebanyakkan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini yang masih lagi ditakuk yang lama dan sukar untuk maju ke hadapan. Manakala sedikit golongan Melayu yang kaya tidak pula memikirkan untuk memajukan bangsa mereka sendiri malah cuba untuk tidak mengalirkan kekayaan mereka kepada majoriti masyarakat Melayu.

Ramai orang Melayu di negara ini benar-benar merasa terhina oleh Mahathir, yang masih terus memberitahu dunia bahawa orang Melayu adalah golongan lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Kita masih memerlukan tongkat untuk berjalan, kita masih kurang upaya dan memerlukan bantuan kerajaan dalam abad ke 21 ini. Dan yang peliknya golongan bukan Melayu masih diperbodohkan dengan mengundi BN selama ini, walaupun ditikam dari belakang. Jika anda ragu-ragu akan hal ini, tanyalah Ling Liong Sik dan Chan Kong Choy – dua bekas menteri MCA dalam Kabinet BN dan cepatlah berbuat demikian sementara mereka masih bebas.

Mahathir juga memberitahu orang Melayu bahawa orang bukan Melayu di negara ini adalah Supermen ( ciptaan Bn) kerana mampu mengawal kekayaan dan kuasa di negara ini disebabkan memegang lebih daripada 82% daripada kekayaan negara. Melayu mesti berjaga-jaga, tidak terlalu mesra dengan mereka atau mereka akan dijatuhkan pula nanti.Siapa yang memecahkan kawasan majoriti Melayu?

Bagaimanakah rakyat Malaysia akan bersatu dengan kewujudan penipu-penipu politik seperti ini?

edit dari MC

Benarkah Najib Lemah Zahir dan Batin


Seperti mana kebanyakan rejim dihujung usia, penguasa nombor satu akan menjauhkan rakyat dengan fakta sebenar.

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pemimpin yang lemah dari segi zahir dan batin.

Beliau berkata Najib lemah zahir dan batin dalam bab pertahankan kedaulatan negara dan juga aspek pertahankan syarikat kepentingan negara.

“Terbaru pertukaran saham MAS dan Air Asia jelas menunjukkan kelemahan pengurusan syarikat negara. MAS dan AirAsia bertukar-tukar saham. Sebab saham AirAsia mahal dan saham MAS murah.

“Tune Air iaitu syarikat induk AirAsia mendapat 20.5 peratus saham MAS manakala Khazanah Nasional Bhd, syarikat induk MAS pula dapat 10 peratus saja saham AirAsia.

Pertukaran saham itu bernilai hampir RM2 bilion berdasarkan harga AirAsia RM3.95 seunit Jumaat lalu dan saham MAS RM1.60 seunit. Khazanah masih pegang 49 peratus saham MAS.

“Percaya dan yakinlah jika Najib kekal berkuasa, dia yang berkiblat pengurusan ekonomi pasaran terbuka sepenuhnya pasti akan terus menggadaikan pegangan dan kawalan negara terhadap syarikat strategik,” kata Badrul Hisham yang juga dikenali dengan panggilan Chegu Bard.

Dari aspek masa depan ekonomi negara kemampuan kabinet Najib untuk memacunya juga diragui apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop memberitahu wartawan Jumaat lalu yang krisis kewangan Eropah dan kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia. Ini jawapan ahli politik dangkal yang fikir politik domestik semata-mata.

“Adakah Menteri ini melihat kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia, kemerosotan import oleh Amerika, kejatuhan pengeluaran perindustrian dan kenaikan harga barang pengguna tidak jejas ekonomi negara?

“Kita harus ingat respon menteri ini apabila ditanya mengenai pengucupan ekonomi negara pada 2009 tetapi sebelum itu kita mensasarkan pengembangan. Menteri boleh jawab ‘tak sangka’. Adakah kabinet Malaysia diurus oleh bomoh atau ahli nujum yang hanya pakai jangkaan apa yang akan jadi seterusnya?,” tanya CheguBard.

Itu belum diambil kira bagaimana Najib lemah mempertahankan tanah strategik negara dari ‘dirampas’ Singapura.

Najib hanya peduli imej

CheguBard berkata, seperti mana kebanyakan rejim dihujung usia. Penguasa nombor satu akan menjauhkan rakyat dengan fakta sebenar. Rakyat akan disajikan dengan pelbagai cerita putar belit media.

“Dikhabarkan Najib mempunyai 11 pegawai media. Berapa banyak peruntukan rakyat untuk bela 11 orang pemuja Najib ini. Hampir semua mereka mempunyai pejabat dan kemudahan sendiri dengan menggunakan dana rakyat. Baru-baru ini laporan media online mendedahkan Najib telah menggunakan sejumlah wang untuk membiayai laporan media luar negara agar beliau dilihat positif.

“Najib harus sedar jika sebelum dia menjadi Perdana Menteri orang sering perkatakan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai kuat tidur dan menantunya Khairy Jamaluddin mengawal kerajaan. Kesempatan ini digunakan oleh orang Umno sendiri untuk menyingkirkan Abdullah.

“Kini lebih hebat lagi imej Najib dikenali sebagai seorang yang lemah zahir dan batin.

Bukan sahaja lemah mengendali negara dan pertahankan hak negara malah lemah mengawal isterinya sendiri. Bukan merupakan misteri lagi apabila
setiap peringkat Umno menghebohkan cakap-cakap rahsia terbuka mengenai pelbagai perangai Rosmah Mansor.

“Seorang anak muda Cina mendahului senarai kroni ciptaan Rosmah. Ramai yang cakap  kalau Najib lulus (sesuatu projek atau peruntukan) belum tentu dapat  tapi kalau Rosmah lulus tentu dapat kerana Najib  pasti akur,” ujar CheguBard lagi.

CheguBard berkata Najib meminta rakyat berjimat dan dalam pada masa yang sama  imej mewah Rosmah terus menghantui negara. Rosmah bukan sahaja akan jadi faktor  kejatuhan Najib tetapi dia mampu memainkan peranan Imelda Marcos yang menjadi  antara punca utama kejatuhan rejim Presiden Ferdinand Marcos di Filipina dahulu.

fmt

Hantu Tun Mahathir dalam Politik Malaysia


Hantu Mahathirisme

Najib telah gagal ujian kepimpinan dalam menangani Bersih 2.0

Apakah Mahathirisme kembali dengan dendam?

Peristiwa baru-baru ini membuat ia kelihatan seperti rejim Najib telah memutuskan untuk menerima pakai gaya autoritarian bekas Perdana Menteri untuk menyelamatkan nasib politik yang lesu. Ia telah menggunakan undang-undang zalim dan propaganda yang tidak tahu malu dalam berhadapan dengan protester dan meningkatkan pendedahan salah laku kerajaan.

Kerajaan seolah-olah telah mengabaikan isyarat yang kuat yang diberikan oleh keputusan pilihan raya 2008 bahawa rakyat Malaysia mahukan lebih ruang demokrasi.Dan apa yang Bersih 2.0  9 Julai mahu dari permintaan itu?
Tetapi bukan menggunakan kesempatan itu untuk mempromosikan imej yang amat vaunted liberalist, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah telah dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad pada kedudukan bodoh di mata dunia.

Selepas 13 Mei, 1969, Mahathir  memberitahu: “There is not going to be a democracy in Malaysia. There never was and there never will be.””Beliau berkata demikian sebagai pengkritik kerajaan, tetapi sepanjang tempoh 22 tahun sebagai perdana menteri, beliau seolah-olah telah memohon sendiri untuk memastikan bahawa ramalan itu akan menjadi kenyataan.

Khoo Boo Teik, dalam paradoks Mahathirisme, menulis: “Sudah tentu Mahathir tidak mahu kegagalan menggunakan cara yang autoritarian untuk memulihkan kawalan ke atas perbezaan pendapat besar-besaran pada bulan Oktober 1987. Kemudian dia mengaku merasa sedih tidak bertanggungjawab diatas kegagalan yang telah menyalahgunakan liberalisme beliau, tidak seperti selepas 13 Mei, 1969, dia bercakap rakyat belum matang  untuk amalan demokrasi sepenuhnya. ”

Era Mahathir menyaksikan eksploitasi penuh undang-undang yang menindas, khususnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Polis. Undang-undang yang kemudiannya  memerlukan permit polis untuk perhimpunan awam. Keadaan ini adalah ketat dikuatkuasakan terhadap kumpulan pembangkang tetapi diabaikan bagi pihak kerajaan. Perkara yang tidak berubah.
Kerajaan Mahathir meminda Akta Pertubuhan 1981 dan Akta Rahsia Rasmi pada tahun 1986 untuk menyukarkan lagi arena perdebatan awam. Ia juga konsisten dieksploitasi majoriti dua pertiga di Parlimen untuk membuat pindaan perlembagaan yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik Umno.

Politik wang

Semasa era Mahathir badan kehakiman Malaysia kehilangan kebebasan dan kehormatan. Mahathir cuba untuk menyimpan kebebasan pada kemerdekaan itu walaupun pada tahun-tahun terakhir tempoh pentadbirannya. Pada tahun 1999, beliau dipetik sebagai menunjukkan bahawa badan kehakiman memerlukan pembaharuan lagi kerana hakim-hakim “cenderung untuk memihak kepada pembangkang.

Amalan “politik wang” mendalam sehingga ke akar semasa era Mahathirisme. Graham K Brown, Siti Hawa Ali dan Wan Manan Muda menulis dalam kertas penyelidikan mereka pada mengenai Dasar di Malaysia: “Pada mulanya, berselindung di sebalik Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971 yang diisytiharkan, rejim membangunkan jentera menakutkan untuk mengawal penyokong-penyokong kerajaan. Ini politik wang melibatkan kedua-dua negeri dan dana swasta parti BN mengawal di antara mereka, empayar korporat yang besar-besar beroperasi untuk  individu, . Penyalahgunaan dana awam tanpa rasa malu. ”

Satu lagi ciri penentu Mahathir menggunakan kaedah gerrymandering pilihan raya. Sekumpulan pemerhati Komanwel  yang dijemput untuk mengawasi pilihan raya umum 1990 menyimpulkan bahawa pengendalian pilihan raya di negara ini adalah bebas tetapi tidak adil.

Pada pilihan raya umum 1999, rejim BN memenangi kerusi pilihan raya pada undi popular hampir 56% lebih daripada tiga suku. Terdapat dakwaan penipuan sebenar semasa pilihan raya, tetapi ini sentiasa sukar untuk menyokong dengan bukti.
Pada bulan Oktober 2003, Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Mahathir, mewarisi struktur pentadbiran dan sistem politik yang berpusat di tangan Perdana Menteri. Tetapi dia menjanjikan pembaharuan dan sebahagian besarnya kekuatan janji-janji mereka, membantu BN memenangi kemenangan besar dalam pilihan raya umum 2004.

Tetapi hantu Mahathirisme menguasai Abdullah. Kepentingan dalam BN, terutamanya Umno, menghalang dia dari menyampaikan kepada orang lain. Dan kerana itu dia bertemu Waterloo pada tahun 2008.

Kesalahan dalam Kepimpinan 

Adakah Najib akan mengulangi kesilapan yang sama? Sebelum Bersih 2.0, banyak digunakan untuk berhujah bahawa Najib yang dilahirkan seekor ular menurut horoskop Cina, tidak mungkin melakukan kesilapan kepimpinan yang sama, walaupun kejayaan terhad kempen 1Malaysia dan kritikan meluas terhadap “transformasi dari dalam” sesuatu yang retorik.

Walau bagaimanapun, pengendalian isu Bersih telah mengubah persepsi bahawa dalam era media sosial, ia sememangnya satu kesilapan besar untuk mengembalikan semula hantu Mahathirisme, yang muncul ke atas propaganda kerajaan bertujuan untuk menghalang  pengundi yang telah mengakses kepada maklumat alternatif.

Glosari perkataan-perkataan yang digunakan dalam perbincangan internet mengenai operasi anti-Bersih: “demonize, mencemarkan nama baik, doublespeak, double standard, penahanan zalim”.

Najib telah gagal dalam ujian kepimpinan, terutamanya kerana kegagalan untuk membalas dendam hantu Mahathirisme .
Jika kita benarkan negara kita akan dibuat stok ketawa untuk  abad ke-21 kerana hanya  untuk menutup mulut perbezaan pendapat dan penggunaan dakwat hitam untuk menapis maklumat  yang boleh didapati secara meluas di Internet?

Ironinya, salah satu cara kita boleh terlepas daripada cemuhan dengan mengikuti nasihat yang diberikan oleh Mahathir sendiri. Di dalam wawancara media pada tahun 1995, beliau berkata satu-satunya bentuk celaan dia mendapati diterima bagi kerajaan yang dipilih adalah penggantian melalui pilihan raya. “Oleh itu, jika mereka memilih kerajaan lain, mereka adalah dialu-alukan .

Pilihan adalah milik anda, rakyat Malaysia.

Stanley Koh adalah bekas ketua unit penyelidikan MCA. Beliau juga merupakan kolumnis FMT.

edit dari fmt

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/27/the-ghosts-of-mahathirism/

%d bloggers like this: