Tag Archives: Abdul Taib Mahmud

Siapa Tahu Apa Yang Najib Rosmah Bisikkan Pada Taib Mahmud ?


Dimana Najib sekarang? banyak e mail bertanyakan lokasi beliau..

Apakah sesuatu yang menjadi rahsia antara mereka berdua?

Atau suatu agenda penting antara dua ketua partai ini?

Jawapan itu pasti ada..

Beranikah Najib ambil tindakan pada Taib ?

Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak takut mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang bergelumang dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa.

Naib Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, See Chee How berkata, ini kerana Najib masih menaruh harapan kepada Taib bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Najib sebenarnya takut, namun pada masa sama beliau masih percaya Taib akan membantu BN menang di Sarawak pada PRU akan datang.

“Namun, bagi kita, dengan kekalnya Taib sebagai Pengerusi BN negeri akan memudahkan laluan Pakatan Rakyat untuk menawan lebih banyak kerusi pada PRU kali ini,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan polis antarabangsa Interpol bahawa tindakan terhadap Taib hanya boleh dilakukan pihak berkuasa tempatan di Malaysia.

Ia ekoran pendedahan Dana Bruno Manser (BMF) dan 16 NGO yang menulis sepucut surat mendedahkan kepentingan keluarga Taib dalam lebih 400 syarikat di 25 negara yang dianggar berbilion ringgit.

BMF dan NGO itu, dalam suratnya menggesa kerajaan Malaysia menahan Taib dan ahli keluarganya kerana melakukan salahgunakuasa, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

Surat 10 muka itu ditandatangani 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom.

Mengulas lanjut, Chee How berkata, rakyat Sarawak sudah lama mempertikaikan kekayaan luar biasa yang dimiliki Ketua Menteri paling lama berkuasa di Malaysia itu.

“Buktinya, pada Pilihanraya negeri April lepas, kita berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pilihanraya sebelumnya dalam keadaan Pakatan Rakyat  dinafikan hak untuk memperkenalkan manifesto di media milik kerajaan.

“Respon rakyat sepanjang kempen itu ialah mengapa Najib masih mengekalkan Taib sedangkan jelas Ketua Menteri itu banyak melakukan salah guna kuasa dan rasuah sepanjang 30 tahun menjadi Ketua Menteri,” tegasnya.

masdar wahid

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25143

16 Januari Taib Mahmud Harus Hadir ke Mahkamah ?


Perbicaraan melibatkan jutaan RM dari keluarga bangsawan Sarawak..

Apa reaksi dari ketua menteri Sarawak selepas ini? adakah beliau akan turun ke mahkamah.

Kes ini akan menjadi ‘Grand’ selepas perbicaraan saiful dan anwar..Peguam Shahnaz iaitu Rafiee Shafiee bukanlah calang calang peguam syarei  di Malaysia.liputan kes ini sudah ‘menggamit’ wartawan dari seluruh dunia..

Kita nantikan episod kes tuntutan termahal di Malaysia ini.

Taib dipanggil sebagai saksi dalam kes cerai anak menantu

Ketua Menteri Sarawk Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan dipanggil sebagai saksi dalam prosiding penceraian anaknya, Datuk Abu Bekir Mahmud, apabila kes bersambung pada 16 Januari nanti.

Ini kerana Abdul Taib tinggal bersama dengan anaknya dan isterinya ketika itu, Shahnaz A Majid dan adalah saksi berhubung pertikaian antara mereka, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

“Beliau boleh buktikan sama ada benar atau tidak (Bekir) membelasah (Shahnaz) kerana mereka tinggal di rumah yang sama,” kata peguam Shahnaz, – Rafiee Shafiee.Turut akan dipanggil sebagai saksi adalah tujuh yang lain termasuk dua anak perempuan Taib, Jamilah Hamidah dan Hanifah Hajar, dan adiknya Onn Taib.

Rafiee memberitahu hakim Muhammad Abdullah, saksi-saksi berkenaan akan dipanggil memberi keterangan berhubung kontark yang membabitkan syarikat Pengurusan Titanium dan  Cahya Mata Sarawak, yang mana Bekir adalah timbalan pengerusi kumpulannya.

Saksi-saksi juga akan disoal mengenai hubungan syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Taib, Sakto International di Kanada dan Sakti International Corporation idi Amerika Syarikat, serta “aset yang dimiliki di England, Australia dan Indonesia”.

mKini

Bongkar: Blogger Taib Mahmud dan PM Najib Menghina islam


Blogger Taib Mahmud dan Najib menghina islam

Seorang blogger mentah yang mengejek dan mempersenda Nabi Muhammad, beberapa pandangan yang sangat menghairankan yang dinyatakan oleh ahli pasukan blogger Amerika, diupah oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk kononnya meningkatkan imej mereka .

Seorang ahli pasukan, bernama Caleb Howe, telah terlibat dalam beberapa rants on Twitter yang jelas bertujuan untuk menunjukan kebiadapan melampau kepada orang-orang Islam – walaupun rakan-rakan beliau dari blog Red State, New Ledger,  Laporan Sarawak (s), Malaysia Matters telah terlibat untuk  Najib dan Taib sebagai penganjur profesional.

Dalam satu cetusan tahun lepas dia terlibat dalam kata-kata kasar yang berterusan, kebudak-budakan pada halaman Twitter awam menyebut  seperti ini:

teruskan membaca :

http://www.sarawakreport.org/2011/07/taib-blogger-insults-islam/

SPRM Siasat Taib Mahmud Dakwaan Rasuah Balak


SPRM mengesahkan Taib Mahmud sedang disiasat, tindakan?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah balak.

Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara berkenaan.

“Saya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ini (isu berkenaan). Seperti saya katakan dulu, kami sedang menyiasat Taib Mahmud dan apa jua tindakan kita, kita tidak dapat mendedahkan buat masa ini,” katanya kepada wartawan pada majlis menandatangani dan menyerahkan ikrar integriti korporat kepada SPRM di sini, Khamis.

Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang baru-baru ini membekukan aset Taib Mahmud atas dakwaan rasuah balak.

Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland Micheline Calmy-Rey dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia, FINMA (Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland) untuk siasatan lanjut.

Mengenai pemantauan projek-projek mega, Abu Kassim berkata SPRM akan terus memantau projek-projek berkenaan dari masa ke masa.

“Tanggung jawab kami adalah untuk memantau sebarang projek dari masa ke masa. Saya tidak boleh nyatakan projek mana tetapi tugas kami memantau dan mencegah rasuah dalam kerajaan,” katanya ketika ditanya sama ada SPRM telah mengenal pasti projek lain. Setakat ini, SPRM dijangka memantau tiga projek mega iaitu Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat yang bernilai RM5 bilion; sistem transit laju massa (MRT) bernilai RM36 bilion; dan projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) bernilai RM6.7 bilion.

Bernama

Anak dan Menantu Taib Mahmud Sah Bercerai


Pasangan Bekir-Shahnaz cerai talak satu

Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib – anak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud – hari ini melafazkan cerai talak satu ke atas isterinya Datin Seri Shahnaz Abdul Majid.

Lafaz itu dibuat di hadapan Hakim Datuk Mohamad Abdullah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, pagi tadi.

“Saya Mahmud Abu Bekir Taib menceraikan isterinya saya dengan talak satu,” katanya dan kemudian menandatangani dokumen penceraian berkenaan.

Mahmud bernikah dengan Shahnaz yang juga adalah kakak kepada ratu jazz tanah air, Sheila Majid.

Pasangan itu telah tidak tinggal bersama sejak 12 tahun lalu.

Hakim membenarkan dan mengesahkan lafaz cerai itu setelah berpuas hati dengan hujah peguam kedua-dua pihak bahawa pernikahan mereka telah retak dan sukar diselamatkan.

“Saya mensabitkan (jatuh) talak satu oleh plaintif Mahmud Abu Bekir Taib ke atas isterinya Shahnaz Abdul Majid,” kata Mohamad sambil menambah talak tersebut berkuatkuasa hari ini.

Dalam prosiding pagi tadi, Mahmud Abu Bekir diwakili peguam Saadiah Din, manakala peguam Dr Mohd Rafie Shafie dan Akbardin Abdul Kader pula mewakili Shahnaz.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Januari 1992 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama yang kini berusia 17 tahun.

Berhubung hak penjagaan anak, mahkamah memutuskan anak lelaki pasangan itu – Raden Murya Abdul Taib Mahmud – diletakkan di bawah penjagaan ibunya, Shahnaz.

“Datuk Seri Mahmud Abu Bekir boleh melawat anaknya pada masa yang sesuai,” kata Mohamad.

Keputusan itu dibuat hasil persetujuan bersama kedua-dua pihak.

Berhubung harta sepencarian yang dituntut berjumlah RM400 juta, mahkamah menangguhkan perbicaraannya kepada 27 Jun ini bagi memboleh pihak defendan memfailkan pembelaan.

Ditemui Malaysikini selepas prosiding tersebut, Shahnaz mengucapkan syukur selepas mahkamah menyerahkan hak penjagaan anak kepadanya.

Katanya, beliau juga bercadang untuk menghantar anaknya melanjutkan pelajaran ke England selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

mKini

Analisa Terkini PRN Sarawak


Masihkah BN mengharapkan bomoh dan ‘miracle’

1) BN kelihatan seperti ‘hilang fokus’

2) Kedegilan Taib akan membawa padah kepada BN

Tinggal tiga hari sebelum hari penentuan Sabtu ini, kelihatan petanda seolah-olah ada yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) Sarawak – hanya disebabkan kedegilan seorang pemimpin.

Beberapa pegawai jentera BN mengakui bahawa keengganan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menetapkan tarikh beliau akan melepaskan jawatannya dan enggan menerima hakikat bahawa perikatan itu kini berhadapan dengan cabaran sengit, kali pertama dalam sejarah, daripada Pakatan Rakyat dan hanya bergantung pada mereka dari luar kitaran politik, termasuk kuasa ghaib, dilihat sebagai memeningkan keadaan.

Taib genap tiga dekad menjadi ketua menteri Sarawak pada 26 Mac lalu.

Malah pegawai-pegawai BN juga kecewa dengan pendirian Taib yang tidak mahu menerima persekitaran bahawa beliau sebenarnya menjadi punca kepada setiap serangan negatif mengenai kepimpinan perikatan itu di Sarawak.

“Perdana Menteri menawarkan beliau jalan keluar awal untuk membantu mengatasi kerosakan dialami dan juga memberikan laluan untuk menentukan peringkatnya sendiri untuk berhenti (sebagai Ketua Menteri).

“Tetapi beliau tidak mempedulikan masa depan BN hanya kerana kepentingan diri,” kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada jaminan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu bahawa peralihan kepimpinan akan berlaku dengan segera selepas pilihan raya negeri ke-10 ini.

Pemimpin-pemimpin BN juga yakin tidak mungkin perikatan itu akan kehilangan kuasa negeri tetapi tindakan Taib mahu terus kekal akan menyebabkan mereka keciciran banyak kawasan di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi. Pakatan Rakyat dilihat akan menang hampir 20 kerusi.

“Malah beliau juga tidak berkempen dengan efektif dan berfokus. Keengganan beliau mendengar (pandangan ramai) akan menjejaskan BN,” kata satu lagi sumber.

Pada pilihan raya negeri 2006, pembangkang hanya menang tujuh kerusi.

3) Prestasi pembangkang yang berbara dilihat akan memberikan nafas baru kepada mereka menghadapi cabaran kali ini dan kemungkinan menggugat rancangan Najib untuk memanggil pilihan raya umum tahun ini.

Sekian lama Sarawak telah dianggap sebagai negeri yang selamat bagi BN kerana Taib mengawal ketat kepimpinan dan mengetepikan suara-suara yang membangkang kerajaan negeri.

4) Bagaimanapun pendedahan demi pendedahan mengenai kekayaan keluarga beliau dan keberkesanan Internet dan Radio Free Sarawak yang membangkitkan persoalan-persoalan mengenai nepotisme dan kronisme telah berubah menjadi ancaman kepada peluang BN kali ini.

5) Pemimpin-pemimpin BN juga merasakan Taib menjadi balasan nombor satu dalam menghadapi kesan-kesan yang dilalui sekarang.

Pengundian pilihan raya negeri diadakan Sabtu ini.

“Taib sedang mencari laluan keluar yang selamat dan mahukan seorang pengganti yang akan memberikannya jaminan itu,” kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider.

6) “Beliau juga mahu meletakkan seorang yang beliau boleh kawal seperti Dr Mahathir memilih Pak Lah,” kata pemimpin Umno itu. Tetapi beliau tidak menamakan penggantinya.Tun Dr Mahathir Mohamad memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantikannya sebagai perdana menteri pada 2003.

M.i …foto dari Topeng Perak

%d bloggers like this: