Category Archives: Nusantara

Ulama indonesia Cadang Haramkan Penyanyi Dangdut Seksi Seksa


Cawangan MUI ambil langkah jaga akhlak rakyat

JAKARTA: Sebuah cawangan Majlis Ulama Indonesia (MUI) bercadang mengharamkan penyanyi dangdut sensasi termasuk Inul Daratistam, Dewi Persik dan Julia Perez daripada mengadakan sebarang persembahan, dalam apa yang disifatkan sebagai langkah ke arah menjaga akhlak rakyat.

Tindakan ini menyusul pengharaman yang dilakukan MUI cawangan Sumatera Selatan, sebuah institusi ulama yang ditubuhkan bekas presiden Suharto. Ia tidak mempunyai sebarang kuasa sebenar, manakala yang dikeluarkan biasanya tidak dipedulikan.

Selain Inul, Dewi dan Julia, Setiausaha Agung MUI cawangan Jawa Barat, Rafani Achyar berkata pihaknya mahu mengharamkan persembahan Anisar Bahar, Uut Permatasari, Ira Swara, dan kumpulan Trio Macan.

Beliau berkata tindakan diambil ke atas perbuatan penyanyi itu, bukan terhadap muzik penyanyi itu sendiri.

“Alasan seni tidak boleh digunakan untuk membenarkan kelakuan tidak bermoral seseorang penyanyi. Seni adalah sesuatu yang indah dan bukan untuk mewujudkan kekecohan atau jenayah. Wanita boleh bekerja mencari sara hidup tetapi mereka tidak boleh mengorbankan perkara yang berkaitan dengan akhlak,” katanya.

Sementara itu, Julia Perez berkata dia berasa kecewa dengan langkah MUI untuk mengaramkan penyanyi dangdut erotik termasuk dirinya.
“Saya tidak memusnahkan moral sesiapa. Jika saya dianggap seksi saya mohon maaf tetapi saya bukan pembawa masalah, saya juga tidak menyebarkan fahaman baru,” katanya.

Julia berharap dia dapat bertemu dengan jawatankuasa MUI Jawa Barat bagi membincangkan pendirian pertubuhan itu selain menyatakan bahawa senarai lapan penyanyi dangdut yang dinyatakan sudah ‘ketinggalan zaman’.

“Trio Macan sudah dibubarkan sedangkan Ira Swara sentiasa berpakaian sopan,” katanya.

Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe percaya, tindakan MUI ditujukan kepada penyanyi lagu rancak dan gerak tarian lincah di pentas.

“Adakah saya patut menari perlahan ketika menyanyikan lagu ‘Belah Duren? (Belah Durian),” katanya. – Agensi

INFO: Dangdut

  • Dangdut adalah sejenis muzik popular Indonesia yang sebahagiannya diciplak daripada muzik Melayu, Arab dan Hindustan serta mula diminati pada 1970-an sebelum popular lewat 1990-an.
  • Satu kugiran dangdut biasanya dianggotai seorang penyanyi utama, lelaki atau wanita serta dibantu empat hingga lapan pemuzik lain.
  • Kebanyakan bandar utama Indonesia khususnya di Jawa menjadi lokasi persembahan nyanyian dangdut beberapa kali seminggu dan ada penyanyinya muncul di televisyen.
  • Bermula pada 2003, ada ahli pemuzik dangdut menjadi fokus kontroversi di khususnya Inul Daratista menerusi teknik ‘goyang gerudi’ hingga ada ulama menggelar persembahannya satu bentuk pornografi.
  • Bantahan terbuka diadakan menuntut Inul diharamkan daripada muncul di televisyen dan satu rang undang-undang diluluskan pada 2008 oleh Dewan Permesyuaratan Rakyat mentakrifkan pornografi.
Bernama

Kes Rogol: Mini Skirt Punya Pasal ?


Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam protes mengecam kenyataan berkaitan dengan pakaian wanita di Jakarta, Indonesia itu hari ini. — Foto Reuters

Hahaha…hahaha

dah hangpa pakai seksi meksi nak salahkan orang perati pulak…hahahha

apa ka punya bangang…dah tu kata minda orang pulak kotor…hahaha

hangpa punya pasai la yang donia jadi macam macam laa ni..

kalu aku tak silap…mafhum dari al Hadith setiap 7 dari 10 dari ahli neraka adalah wanita…so pikiaq pikiaq sama laa..

ada otak pakai..jangan letak dikepala lutut..islam mendaulat wanita dengan aurat…cer habaq mai sat…berapa orang wanita muslimah sejati dah kena rogol…

Rogol: wanita mini skirt kecam kerajaan

Puluhan wanita dan kanak-kanak dengan mengenakan skirt mini dan seluar ketat berhimpun di tengah Jakarta hari ini sambil mengecam kenyataan seorang pegawai kerajaan yang mendakwa pakaian yang “provokatif” sebagai punca serangan seksual.

Protes itu diadakan ekoran kenyataan gabenor Jakarta Fauzi Bowo yang kelmarin berkata kaum wanita tidak harus mengenakan pakaian-pakaian mendedahkan aurat jika mahu mengelak mereka menjadi mangsa rogol atau mana-mana bentuk serangan seksual.

Fauzi dengan segera memohon maaf tetapi kenyataannya mendapat liputan meluas menerusi media tempatan dan Twitter.

Protes hari ini menggesa pihak polis dan kerajaan Indonesia mengambil tindakan lebih menyeluruh untuk melindungi kaum wanita dan membantu mangsa serangan seksual.

Para peserta membawa sepanduk tertera mesej “Jangan beritahu kami bagaimana untuk berpakaian, beritahu mereka jangan merogol”, dan “Badan saya bukan lucah, sebaliknya minda anda kotor”.

“Pegawai-pegawai kerajaan seharusnya berdiam diri daripada membuat kenyataan berbaur diskriminasi terhadap wanita.

“Mereka seharusnya sensitif dan menjadi tanggungjawab mereka mencari penyelesaian ke atas kes-kes keganasan terhadap wanita,” kata jurucakap penganjur protes Tunggal Prawestu.

Awal bulan ini seorang wanita dirogol oleh sekumpulan lelaki dalam sebuah van mini, yang digunakan sebagai pengangkutan awam, pada lewat malam.

Mengikut data Suruhanjaya Nasional Indonesia Bagi Hal Ehwal Wanita terdapat lebih 100,000 kes keganasan ke atas wanita tahun ini. Empat peratus daripada kes itu melibatkan kejadian rogol.

Reuters

Sekor Lagi Artis Tak Malu Tayang ‘Payu Dara’


Punah:Kerana wang sanggup segala

Shinta Bachir terkenal dengan penampilan berani dalam filem-filem yang dibintanginya.

Terbaru, artis berusia 25 tahun ini nekad tampil seksi dengan menunjukkan sebahagian buah dadanya dalam filem terkininya, Mati Muda Di Pelukan Janda.

Shinta mengungkapkan sebelum menerima peranan itu, dia sudah memikirkan secara matang untuk melakukan adegan tersebut.

“Saya akan lakukannya dengan cara yang profesional,” tegasnya.

Sebelum ini sempat tersiar khabar, pelakon itu bersetuju untuk tampil seksi kerana menerima bayaran yang mahal. Saat ditanya tentang hal tersebut, Shinta mengaku sudah jatuh hati dengan peranan yang ditawarkan.

“Saya terima peranan itu kerana tertarik dengan wataknya. Saya akan menjadi seorang janda yang nakal. Itu (watak) yang lebih saya utamakan,” balas pelakon itu.

Malah dia juga sudah bersiap sedia dengan kontroversi yang bakal dihadapinya nanti. Dia juga berani menanggung impak yang bakal tercetus.

Katanya: “Jika esok nanti ia menjadi kontroversi, saya melihat itu sebagai satu tuntutan kerja saya dan saya melakukannya dengan profesional.”

Video Kisah benar: Goreng Ayam Guna Tangan


mamat ni selamba saja mencelup tangan kedalam belanga goreng ayam yang panas.

Adik Thaksin Menang Besar Pilihanraya Thailand


Bakal menjadi PM wanita pertama Thailand

BANGKOK – Parti pembangkang Thailand, Puea Thai yang mencalonkan adik Thaksin Shinawatra, Yingluck Shinawatra sebagai bakal perdana menteri wanita pertama menang besar dalam pilihan raya umum negara itu semalam.

Setakat pukul 8 malam tadi, parti Puea Thai memperoleh majoriti mudah dengan memperoleh 255 daripada 500 kerusi parlimen.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis Diraja Thailand, sebanyak 83.69 peratus undi sudah dikira pada pukul 8 malam.

Parti Demokrat yang dianggotai Perdana Menteri Abhisit Abhisit Vejjajiva memperoleh 163 kerusi, parti Bhumjai Thai memenangi 35 kerusi, parti Chart Thai Pattana mendapat 21 kerusi dan parti Chart Thai Pattana Phea Pandin menang di 10 kerusi parlimen.

Parti-parti kecil seperti Palong Chan memenangi tujuh kerusi, Rak Thailand mendapat empat kerusi, parti Matubhum cuma membolot dua kerusi manakala Rak Santi dan Parti Demokrat Baharu masing-masing memperoleh satu kerusi.

Yingluck yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun yang memperoleh status sebagai bintang rock berjaya menawan hati berjuta-juta pekerja dalam undi tersebut.

Wanita itu dianggap sebagai satu-satunya pemimpin yang akan membantu masalah penduduk miskin di negara tersebut.

“Yingluck telah membantu kita dan kini parti Puea Thai boleh menyelesaikan masalah kami dan mereka (ahli-ahli parlimen parti itu) akan menyelesaikan kemelut negara ini,” kata seorang kakitangan kerajaan, Saiksa Chankerd.

“Orang ramai mahukan perubahan dan mereka memperolehnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sekuriti Asia Plus di Bangkok.

Kemenangan parti itu mungkin dapat menstabilkan semula Thailand selepas enam tahun negara ini dilanda ketegangan termasuk keganasan sehingga para penunjuk perasaan menawan dua buah lapangan terbang utama di Bangkok.

Agensi

Lagi Gila: Julia Perez Bogel Pulak


JULIA PEREZ dan kekasihnya, Gaston Castano.

Berbogel untuk kempen lindungi haiwan

Atau dah jadi macam haiwan..

JAKARTA – Pelakon dan penyanyi dangdut seksi, Julia Perez bersama kekasihnya, Gaston Castano bertindak berani dengan mengecat tubuh mereka dalam keadaan berbogel baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan Julia dan Gaston adalah sebahagian daripada kempen melindungi spesies terancam di Indonesia malah tubuh Julia dilukis dengan 40 gambar binatang yang harus dilindungi.

“Kerjasama itu dilakukan bersama pemerintah melalui tema Save Our Planet yang dibuat di Bali.

“Pada masa itu, saya bersama Gaston berbogel dan tubuh saya dilukis dengan 40 gambar binatang,” jelas Julia.

Foto lukisan pada badan mereka akan disiarkan pada Disember ini bertepatan dengan ulang tahun hari AIDS sedunia.

“Foto itu tidak boleh dikeluarkan lagi kerana harus ada permit malah semuanya masih dibincang bersama Menteri Kehutanan,” katanya.

Agensi

%d bloggers like this: