Monthly Archives: September 2013

Suspek Pembunuhan Pengasas Ambank Ditahan


suspekkesbunuh513_450_263

Polis menahan Kong Swee Kuan, 44, atau Sei Ngan Chai atau Ah Chian, sebagai suspek utama kes pembunuhan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi pada Julai lalu.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, Kong yang wajahnya dirakam CCTV sebelum kejadian ditahan polis di Taman Larut Tin Taiping, Perak malam tadi.

Turut ditahan ialah sepasang individu yang melindungi lelaki tersebut.

Sebelum ini, kes tersebut mengemparkan negara selepas polis percaya tokoh perniagaan itu dilakukan oleh pembunuh upahan yang diupah individu yang tidak berpuas hati dengan mangsa berhubung satu urusan jual beli hartanah.

Kejadian itu yang berlaku pada akhir Julai lalu menyebabkan polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejaki suspek.

Polis turut memanggil saksi terlibat termasuk beberapa individu yang ditemui mangsa dan isterinya di Tokong Ceylon Kuan Yin, sebelum kejadian tembak terbabit berlaku.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis yakin dapat menyelesaikan kes itu selepas imej suspek yang melepaskan tembakan ke arah mangsa berjaya dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tokong berkenaan.

Foto CCTV suspek kemudiannya disebarkan kepada orang ramai melalui media.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, Hussain yang berasal dari Iran dan mendapat taraf penduduk tetap (PR) mati ditembak oleh seorang lelaki berpakaian sukan di hadapan tokong terbabit.

Mangsa ditembak dua das di dada dan rusuk kiri manakala isterinya yang turut terkena tembakan cedera parah di pergelangan tangan dan paha serta kini dirawat di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur. – 23 September, 2013.

tmi

Bolehkah Mohamad Sabu Undur Setapak ?


mat sabu

Cadangan untuk  Abang Mat bertanding Naib Presiden PAS Pusat

Bahang pemilihan kepimpinan boleh dikatakan semua partti politik Malaysia sudah mulai muncul.Baik Umno (Baru) maupun PAS dan DAP serta parti di Sarawak dan Sabah.

Samada komen ,cadangan dan isyarat terkini bermacam macam spekulasi dan perspektif semasa menjelma.

Beberapa pemerhati dan penganalisa politik Malaysia melalui sumber media menyarankan Mohamad Sabu atau nama glamour beliau Mat Sabu supaya mengundur setapak untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS.

Biarkan jawatan Timbalan Presiden ditandingi hanya 2 orang calon iaitu antara Husam Musa dan Nik Amar sahaja.

Ramai memperakui Mat Sabu adalah seorang yang konsisten dengan perjuangan dan tidak pernah memngenal erti penat lelah.Jasa beliau kepada PAS dan rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan kesejahteraan sangat besar.

Tidak ada orang yang sanggup masuk ISA sehingga 2 kali.

Mat Sabu menjadi ikon pemuda dizaman beliau, “Tanker” PAS sejak dulu dan sekarang walau dimana saja ceruk rantau yang beliau hadir sambutan kepada majlis  beliau sangat meriah sekali.

Tidak ada cacat celanya atau istilah ‘turun pangkat’ pun jika Mat Sabu hanya bertanding jawatan Naib Presiden.

Berdasarkan faktor sejarah Saidina Omar al Khattab dan Khalid al Walid beberapa kali tidak diberi peranan sebagai panglima perang oleh Baginda Rasul SAW.

Terkini, pemimpin Umno (Baru) boleh ‘gostan’ barang setapak . Kenapa pemimpin PAS tidak boleh berbuat demikian ?.

Idris beri laluan untuk meremajakan Umno Besut

Sebaliknya beliau berundur ke belakang bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian.

BESUT: Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengejutkan ahli-ahli Umno Bahagian Besut apabila beliau tidak mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian tersebut.

Sebaliknya beliau berundur ke belakang bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian.

Jawatan Ketua Bahagian yang dikosongkan Idris jadi rebutan antara ADUN Jerteh, Muhammad Pehimi Yusof dengan ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad.

Manakala jawatan Timbalan Ketua Bahagian menjadi rebutan ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dengan Pengarah Unit Komunikasi (UKOM), Haji Shamsuddin Sulong.

Idris menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua Bahagian.

Menurut sumber yang rapat dengan beliau, tindakan Idris itu sebagai menyahut seruan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu meremajakan Umno.

“Oleh kerana beliau sibuk sebagai menteri dan ahli majlis tertinggi Umno maka sudah sampai masanya bagi orang muda mengambilalih pimpinan Bahagian Besut,” kata sumber itu lagi.

Katanya lagi, tindakan Idris wajar dipuji kerana ramai pemimpin yang menjadi Ketua Bahagian enggan berundur.

“Sebab itulah beliau sanggup berundur ke bawah supaya Umno Besut diketuai oleh orang muda,” ujarnya.

Bagaimanapun,Idris tetap mempertahankan jawatan ahli majlis tertinggi pada 19 Oktober depan.

fmt

EJA Pulak Ikut Bertudung


PELANCARAN COSRY

Eja Azam Tidak Tinggalkan Solat Selepas Bertudung
Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

PETALING JAYA: Selepas membuat keputusan bertudung sekembalinya dari menunaikan umrah pada Mac lalu, pelakon Eja mempraktikkan diri untuk tidak meninggalkan solat.

Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 41, berkata, selama ini dia jarang melengkapkan sembahyang lima waktu yang diwajibkan untuk umat Islam kerana kesibukan tetapi selepas mendapat hidayah Allah, dia akan pastikan kewajipan itu dapat dilaksanakan walaupun di lokasi penggambaran.

“Sebagai manusia, banyak kekurangan yang saya miliki kerana sibuk dengan hal-hal dunia dan sepanjang 17 tahun berada dalam industri seni, kadang-kadang saya lupa terhadap kewajipan saya.

“Tetapi sejak pulang daripada mengerjakan Umrah buat kali keempat, hati dan fikiran saya sudah mula berubah.

“Saya memastikan diri ini tidak tinggalkan solat dan seandainya terlepas dengan tidak sengaja, saya akan qada semula. Selebihnya saya serah kepada Allah,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Tambah pelakon yang popular dengan filem Sepi dan Janin ini, perubahan imej bertudung juga membuatkan dia lebih berjaga-jaga daripada segi tingkah laku serta pertuturan agar tidak dipandang serong.

Watak bertudung Eja dalam drama lakonannya turut mempengaruhi dia menutup aurat.

Malah Eja juga berazam untuk melakukan kebaikan sesama manusia agar dapat menggembirakan mereka selain berusaha tidak melukakan hati sesiapa.

Sementara itu, Eja juga bersyukur imej baharu itu tidak menyekat rezekinya sebagai pelakon sebaliknya tawaran yang diterima tidak pernah putus termasuklah turut dilantik menjadi duta buat produk Cosry Skin Therapy.

“Kalau nak tahu, saya menandatangani kontrak dengan pihak Cosry sebelum bertudung dan Alhamdulillah apabila bertudung, mereka tetap menerima imej baru saya ini.

“Dan saya berpendapat, apabila kita melakukan perubahan kerana Allah, sudah pasti rezeki kita sentiasa ada dalam apa-apa situasi sekalipun asalkan kita rajin berusaha,” ujarnya.

Dalam pada itu Eja turut menasihati artis-artis bertudung lain agar tidak risau untuk meneruskan karier kerana industri hiburan tempatan sekarang ini lebih terbuka.

Mengenai perkembangannya Eja baharu selesai menjalani penggambaran filem Tembus, arahan Ahmad Idham dan Manisnya Cinta (Bernard Chauly).

Malah Eja juga bakal mengacarakan sebuah program televisyen mengenai isu wanita dan berhajat mengarah sebuah filem pendek tidak lama lagi.

Bongkar Maksud Dr M Umno ‘Sakit Tua Dan Nak Mati’


mahathir-worriedlook

Beberapa hari lalu mantan Presiden Umno (Baru) dan PM Malaysia memberikan SIGNAL kepada puak puaknya untuk memberikan sokongan kepada ‘calon muda’ untuk kononnya menyelamatkan Umno yang ‘sakit tua dan sudah hendak mati’.

Petikan: 

Meskipun jelas Dr Mahathir, beliau cuba untuk menyedarkan Umno berhubung perkara itu, ada pihak yang memandang serong terhadapnya, malah menuduh beliau mempunyai agenda tersendiri.

“Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-sakit-tua-dan-bakal-mati-kata-dr-mahathir

Hari ini sudah terang lagi bersuluh siapakah calon muda itu.

Tidak lain dan tidak bukan melainkan anak beliau sendiri…..

Siapa yang sakit tua dan nak mati sekarang? …fikirlah sendiri …..

MB Kedah Dapat Sokongan Tanding Naib Presiden

Oleh SIRA HABIBU

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir telah menerima sokongan sebulat suara daripada pemimpin-pemimpin Umno bahagian di peringkat negeri untuk bertanding jawatan naib presiden.

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin bahagian malam Selasa.

Jika Mukhriz memutuskan untuk bertanding, beliau akan menukar persaingan menjadi persaingan sengit enam penjuru di kalangan calon ‘heavyweight’ bagi merebut tiga jawatan naib presiden.

“Insya Allah saya akan membuat pengumuman pada hari Khamis,” kata Mukhriz.

Setakat ini pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam telah mengumumkan hasrat mereka bertanding, menyaingi penyandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Mukhriz adalah anak kepada perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala Hishammuddin perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn.

Pemerhati politik dan pengguna internet pada Selasa dikejutkan dengan berita Mukhriz memanggil pemimpin Umno Kedah untuk bermesyuarat malam tadi.

Mukhriz dikatakan telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin termasuk daripada sayap Umno di kediaman rasminya di Alor Setar.

Menurut sumber, beliau memanggil mesyuarat itu untuk mengukur maklum balas mereka sebelum membuat keputusan muktamad.

Ketua Umno Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berkata Mukhriz perlu bertanding jawatan naib presiden dan menang, beliau boleh membantu memulihkan Umno.

“Generasi muda dalam Umno melihat Mukhriz sebagai ikon.

“Barisan Nasional dapat merampas kuasa di Kedah daripada PAS kerana sokongan besar daripada pengundi muda.

“Kita perlu mendapatkan pemimpin muda seperti Mukhriz untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam parti kerana kita perlu bersedia untuk pilihan raya umum akan datang di mana generasi muda membentuk lebih daripada 40 peratus daripada pengundi,” katanya.

Ketua Umno Bahagian Sungai Petani Datuk Ali Yahaya berkata Mukhriz adalah seorang yang rasional yang tidak akan membiarkan tekanan luaran mempengaruhi keputusannya.

“Mana-mana jawatan yang beliau akan bertanding, kita akan menyokong beliau, dan orang-orang di utara mahu melihat beliau disanjung,” kata beliau.

Gambar Terbaru Lina Hangat Berhijab


Leina Hangat Berhijab, Enggan Lihat Gambar Lama

leina hangat cool

Gambar terbaharu Leina Hangat diambil daripada laman Facebook miliknya.

PETALING JAYA: Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik.

Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredai.

“Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik.

“Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.

Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah.

“Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat.

“Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan,” katanya.

Perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya.

Sementara itu, bercakap soal nama, Leina berkata dia masih mahu dikenali dengan nama tersebut.

“Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang.

“Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah,” katanya.

Tambahnya, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.

kemalia othman mStar

Apa Lagi Harun Taib Mahu ?


nasihat-fadhil-noor

Multaqa Ulama tidak menepati aspirasi rakyat

Sungguh mengecewakan!!! Begitulah tanggapan ramai berkaitan Multaqa Ulama Se-Malaysia yang diadakan di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut pada beberapa hari yang lalu.

Reaksi spontan ini timbul rentetan daripada resolusi yang diputuskan pada Multaqa itu, antaranya

Multaqa Ulama Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar’iyyah.

Tanpa menafikan tahap keilmuan yang ada pada ulama – ulama dan para ustaz ustazah – yang ber“multaqa” tetapi cubaan dalam mengeluarkan resolusi di atas seperti menekan “gear gostan” ketika kenderaan sudah digerak dalam kelajuan 110 km/j. Dalam hal rakyat Malaysia mengimpikan Putrajaya bertukar tampuk pemerintahan, Multaqa seperti ini memperlihatkan “kita dapat memerintah Terengganu jadilah”.

Semua sedia maklum bahawa dengan penipuan yang dilakukan secara terang-terangan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dan Barisan Nasional serta limpahan wang yang banyak di kawasan Felda, ia menyebabkan hasrat rakyat mendapatkan Malaysia Baru tidak kecapaian. Dalam hal ini mempersoalkan aspek “tahaluf siyasi” sebagai penyebab kurangnya orang Melayu kurang mengundi PAS sangat tidak tepat atau mengarut.

Seharusnya Multaqa Ulama Se-Malaysia berfikiran ke hadapan dalam mengemukakan resolusi yang lebih bersifat “looks forward” berbanding hanya sekadar berfikiran kuno dan senteng. Dalam mendepani isu semasa, Multaqa Ulama ini seharusnya berfikir bagaimana menangani isu TPPA yang mana merupakan bentuk penjajahan alaf baru oleh negara maju ke atas negeri membangun seperti Malaysia.

Multaqa juga sepatutnya berfikir secara kritis dalam menangani kekeliruan dalam isu Sunni-Syiah yang kini sudah bertukar kepada isu politik, dan lagi bukan isu pertembungan mazhab. Di samping itu, Multaqa ini sepatutnya mengemukakan resolusi bagaimana untuk menghadapi kebejatan kerajaan yang sewenang-wenangnya “merasionalisasikan” subsidi minyak seraya memberi kesan buruk kepada poket rakyat marhaen.

Dan yang paling mengecewakan rakyat Malaysia, dikala mereka dihimpit beban ekonomi yang melampau, Multaqa Ulama hanya sibuk memikirkan hanya ulama sahaja layak diangkat menjadi Timbalan Presiden berbanding memikirkan ‘kedaulatan Malaysia’ yang bakal tergadai apabila Presiden Amerika Barack Obama menjengah kaki di Malaysia pada Oktober nanti.

Akhir kalam benarlah kata orang lama, bangsa melayu hanya sibuk bercakaran tentang kerusi politik tapi mengabaikan kerusi ekonomi yang menjadi nadi nafas rakyat marhaen. Dikhuatiri ulama hanya dianggap sekadar pandai mengajar di meja-meja kuliah tapi sebenarnya “kosong” dalam memahami jerit perit semasa.

Mohd Ikhmal Mohd Iskandar

%d bloggers like this: