Hasan Ali Masuk Umno Esok ?


Benarkah Hasan Ali umum sertai Umno esok ?

“Kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis tertinggi (MT) Umno,” kata Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus.

Desas desus mengenai Exco Agama kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyertai Umno semakin semakin kedengaran.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus menafikan perkara tersebut.

“Saya tidak mendengar apa-apa lagi. Tetapi jika berminat, dia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan parti.

“Pertama, dia kena isi borang dan kemudian serahkan kepada pejabat Umno negeri di Shah Alam.

“Kedua, kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis tertinggi (MT) Umno,” katanya.

Sidang media esok

Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor akan mengadakan sidang media di rumahnya di pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur esok.

PAS memecat beliau Ahad lalu ekoran beberapa kenyataan kontroversi dan yang terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menentang sokongan rakyat kepada perhimpunan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur di hari keputusan kes liwat Anwar kerana menganggap ia kes peribadi tokoh pembangkang itu.

Mahkamah, Isnin lalu membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut.

Syukor menambah, Umno Selangor mengalu-alukan kemasukan Dr Hasan ke dalam Umno.

“Sebagai tokoh politik yang berpengalaman, Dr Hasan boleh membantu Umno negeri merampas balik Selangor,” tambahnya.

oleh Muda Mohd. Noor

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • D Y  On January 12, 2012 at 4:17 pm

    ahh abik lah HA tu…klu dia boleh bagi masaalah kat PAS x mustahil dia kan bagi masaalah kat UMNGOK plak…

  • hamba Allah  On January 14, 2012 at 11:44 pm

    tidak seperti LIPAS.. perbezaan pendapat bukanlah satu masalah dalam UMNO.. malah kami mengalu2kan pendapat yg bernas dan berbeza2..

  • cabek  On June 7, 2012 at 7:10 am

    Memang pas masalah pon.umno xgok pon sbb tu malaysia maju……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: