Anwar Bebas !


Hakim memutuskan keputusan Anwar bebas

9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

Anwar sedang berjalan keluar diiringi Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Timbalan PKR Mohamed Azmin Ali dan beberapa pemimpin yang lain.

Tengah hari ini Anwar akan ke Pulau Pinang dengan diiringi 100 buah kereta.

Hakim membebaskan Anwar dari tuduan liwat. Keputusan yang benar-benar upset. Keputusan ini sudah tentu disambut dengan linangan air mata kegembiraan oleh puluhan ribu penyokong Anwar yang berhimpun sejak awal pagi.

Apa pula strategi untuk memerangkap Anwar selepas ini ?

Ada agenda lagi ?

mKini

dari sumber TMI..

Putrajaya perlu berhenti menggunakan “politik kotor” terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim seteleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan beliau, membuktikan kes liwat itu tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah, kata Pemerhati Hak Asasi,

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah hari ini memutuskan Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

Mohd Zabidin membuat keputusan itu atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful.

“Anwar telah dibebaskan atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya, sesuatu yang tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah.

“Semoga keputusan ini memberi satu mesej kepada kerajaan untuk menghentikan perkara ini,” kata Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Wilayah Asia, Phil Robertson di dalam satu kenyataan hari ini.

Semasa mengumumkan keputusan itu, Mohd Zabidin berkata  pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar telah meliwat  Mohd Saiful.

“Mahkamah tidak boleh memastikan sama ada sampel DNA telah diusik.

“Oleh itu tertuduh dibebaskan,” katanya.

Keputusan itu diraikan keluarga Anwar dan penyokong parti itu.

Berikutan keputusan itu, dijangkakan sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat akan meningkat.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Yusof Ali  On January 9, 2012 at 10:38 am

    Alhamdulillah..kami yg jauh diPhg juga airmata berlinang keluar kerana sgt terharu diharapkan dan didoakan DSAI didlm sejahtera. Beliau dan kwn2 pimpinan PR kami diharapkan utk membentuk Malaysia Baru yg lebih elok utk rakyat.

  • Anonymous  On January 9, 2012 at 2:40 pm

    anwar salah ape?bukti xde..saksi xde…tu die bebas..so kite yg xtau ape2 diam2 jela jdn nk duk dgr ckp org jer…duk mgata xtentu pasal kang bdosa…

  • Blog Berita Online  On January 9, 2012 at 2:42 pm

    alhamdulilah. anwar akhirnya bebas.

  • Cik Zem  On January 9, 2012 at 6:01 pm

    kita terima jer hukuman tersebut…harap mereka telus

  • lin  On January 9, 2012 at 8:29 pm

    kes liwat ni x perlu dibawa ke mahkamah? kenapa? apa special nya anwar? habis tu, kes rogol yg lain pun x patut dibawa ke mahkamah la ye? bila kita menyokong sesuatu tu, kita kena guna akal.. bukan perasaan. belum terkena pada kita,

  • FSLdMN  On January 9, 2012 at 8:34 pm

    Bebas atas dunia je bro..Wallahualam.Semoga Allah s.w.t merahmati kamu jika kamu benar,, dan moga Allah s.w.t menurunkan bala kpd kamu dan pengikut2 kamu, jika sebaliknya.

  • zam  On January 10, 2012 at 12:12 am

    Yang batil tetap batil yang benar tetap benar…saya rasa hal ini tidak berhenti disini saja…..kita tengok nanti apa tuhan takdir kan keatas Anuar…PM ke atau tersungkur?

  • korukedah  On January 10, 2012 at 4:08 am

    Wahai penulis blog Munafiq..kalau mengata pr PR itu salah? kalau mengata pd org lain spt UMNO itu ‘halal’? boleh? inilah puak KHAWARIJ MODEN!!

    bebasnya anwar bermakna bala musibah buat umat Islam di Malaysia.. manusia yg cukup bijak berhelah dan memutar belit dengan lidahnya.. tp org2 yg bodoh dan jaha shj akan menyokong menjilat2..!

    Tunggulah balasan Allah.. pasti tiba.AMINN!

    • abu shahid  On January 10, 2012 at 8:45 am

      bro..itu keputusan hakim laa
      siapa yang putar belit? tok hakim ke?
      Apa hal hang nak bebal pulak?

      PUAK KHAWARIJ tu yang sokong sangat Kitab Lord Reid ke ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: