‘Amanat’ Anwar: Ribuan Banjiri Ibu Kota Malam Ini (VIDEO)


‘Amanat’ Anwar: Ribuan banjiri ibu negara

Ribuan membanjiri Kampung Baru di ibu negara malam ini bagi mendengar ‘amanat terakhir’ Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum nasibnya ditentukan mahkamah esok.

Ditemani pemimpin tertinggi pembangkang, dianggarkan 5,000 memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Malah, keadaan  sesak menyebabkan ada yang terpaksa duduk di anak tangga bangunan berkenaan untuk tidak melepaskan peluang menatap wajah pemimpin kesayangan mereka — yang menghadapi kemungkinan dihukum penjara.

Jumlah kehadiran yang besar didorong juga dengan kemasukan penyokong daripada luar  yang mula memenuhi Kuala Lumpur sejak awal petang tadi untuk menghadiri perhimpunan besar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 7 pagi esok.

Sokongan itu menyebabkan Anwar yang juga ketua Umum PKR memberikan ucapan penuh semangat, sekali gus dilihat pasrah akan kemungkinan yang bakal dihadapinya esok.

Sambil berseloroh, Anwar berkata, sekiranya Pakatan menang dalam pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan, beliau yakin akan dibebaskan.

“Malam ini kita menang, selamatlah saya, apa susah sangat,” katanya disambut tepukan dan sorakan gemuruh daripada orang ramai.

Pada saat-saat terakhir menjelang keputusan yang dinanti-nantikan esok, Anwar mendedahkan anggota keluarganya meluahkan kebimbangan beliau dipukul seperti dalam perbicaraan kes liwat pertama yang melibatkannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau menjawab perkara tersebut “tidak mungkin berlaku” lagi.

Ucapannya juga turut diiringi dengan ucapan takbir, reformasi dan lawan slogan popular pembangkang “lawan tetap lawan”.

Turut hadir berceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua,  Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Anwar dan puluhan pemimpin PKR sebelum ini giat menjelajah ke seluruh negara bagi menggerakkan sokongan terhadap perhimpunan “Bebas Anwar 901” esok.

Abdul Rahim Sabri mKini

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • zair  On January 9, 2012 at 5:54 am

    Perjuangan melepaskan diri…

  • hamba allah  On January 16, 2012 at 11:28 pm

    masaalah peribadi… sudah2 la 2 anuar. ada baiknya berenti je dri berpolitik bg org lain pulak..

  • Khairul  On November 2, 2012 at 3:42 pm

    Kalau tak kena kat Hg boleh la cakap tgK Kalau Hg kena baru Hg nak jadi katak puru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: