isu Amalina dan ‘Moral Policing’


Apabila masyarakat Malaysia bercakap isu Nur Amalina Che Bakri dan tudungnya, adakah disebabkan peduli atau menyibuk urusan peribadi orang lain? Sementara apabila masyarakat Malaysia membisu mengenai pelbagai ketempangan dalam negara, adakah ia disebabkan terlalu sibuk atau tidak prihatin? Saya memulakan komentar terhadap isu ini dengan lontaran persoalan ini memandangkan terlalu ramai masyarakat Malaysia yang mengambil bahagian dalam isu tersebut, sambil sebahagian yang lain buat tidak endah dalam isu rasuah, kezaliman dan lain-lain.

Isu tudung adalah dosa peribadi, adapun isu penindasan dan kezaliman adalah dosa yang melibatkan kepentingan banyak pihak yang lain. Amalina mempunyai kebebasan dan pilihan untuk menuruti atau melanggar arahan bertudung, dan dalam masa yang sama kita juga mempunyai kebebasan dan pilihan untuk menasihati beliau supaya menjadi seorang Muslimah yang praktis, sementara selebihnya terserah kepada kedua ibu bapanya dan Allah swt. Hal ini sejajar dengan antara asas utama yang menjadi pegangan kita iaitu “Agama itu nasihat” sebagaimana terdapat dalam surah al-‘Asr dan hadis nabi saw.

Adapun isu rasuah, penyelewengan wang zakat, kezaliman dan lain-lain, melibatkan hak manusia lain, justeru semua kita wajar menentang dan mencegahnya semampu kudrat yang ada. Ia merupakan dosa yang memberi kesan sosial dan melanggar hak manusia yang lain. Justeru konsep nasihat dan mencegah kemungkaran seperti ini berbeza dengan konsep nasihat dalam bab dosa peribadi, kemungkaran sebegini wajar ditentang dan disebar supaya masyarakat awam mengetahui, kerana isu tersebut melibatkan hak mereka juga.

Saya melihat, di sinilah kekurangan kita dalam memahami falsafah dosa pahala. Tidak sewajarnya kita menjaja kisah peribadi manusia lain selagimana dosa tersebut hanya berkait dengan dirinya sahaja. Kita wajar menasihati, bukannya mencerca dan memaki tanpa henti. Sementara dalam masa yang sama, segelintir manusia lain buat tidak reti dan peduli dalam isu hak dan kepentingan mereka sendiri sendiri seperti pencabulan demokrasi, kezaliman, rasuah, kronisme dan sebagainya. Aneh.

Berbalik kepada isu Amalina, ada beberapa isu yang wajarnya kita perhatikan iaitu perkaitan antara mahasiswa dan budaya ilmu, sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan negara dalam memberi jaya, kepentingan peranan institusi keluarga (termasuk kursus perkahwinan yang lebih mementingkan lawak lucah berbanding bab tanggungjawab berkeluarga), apa yang ditumpukan dalam kursus-kursus perguruan (adakah nilaian A semata-mata?) dan seumpamanya, bukannya menyebarkan kesilapan Amalina dan disertai pelbagai cemuhan.

Kepada yang mencela, jangan lupa anda ada anak atau setidak-tidaknya bakal mempunyai anak yang akan hidup dalam dunia yang sangat berbeza. Jangan terlalu bermudah-mudah berasa puas hati dengan amalan kita, lantas lupa melihat segala kelemahan diri kita. Seorang tidak bertudung yang berasa malu kepada Tuhan atas dosanya lebih baik daripada seorang yang “soleh” namun takabbur dan memandang hina kesalahan orang lain.

Selain itu, apabila membincangkan soal dosa tidak bertudung, kita sentiasa lupa bahawa pertimbangan dosa pahala dalam Islam sangat penting. Contohnya dosa tidak bertudung dan dosa seorang pelajar yang membazir dan menyalahgunakan wang biasiswa dan zakat tidak sama, dosa tidak bertudung melibatkan dirinya dan Tuhannya sementara dosa berkaitan wang biasiswa dan zakat berkaitan dengan amanah yang diberikan oleh para pembayar cukai dan zakat. (Perkara harus masih lagi dibenarkan, termasuk membeli makanan, pakaian dan sebagainya. Bukan bererti hanya membeli kitab dan membayar yuran sahaja. Contoh salah guna dan pembaziran ialah membeli rokok dan untuk tujuan maksiat yang lain. Adapun dalam bab harus, sebaiknya sentiasa dimuhasabah supaya perbuatan harus itu menjadi ibadah. Wallahua’lam.)

Kita sentiasa terlebih sentimen dan emosional dalam menilai keburukan dan kelemahan orang lain, namun sebaliknya kita sentiasa bersangka baik dan memujuk diri sendiri apabila menilai keburukan dan kelemahan kita. Sesungguhnya kejujuran kita dalam menasihati dan menegur kesalahan seseorang terbukti menerusi kesungguhan kita mentaati perintah agama. Selain kita diamanahkan untuk emnjadi umat yang saling menasihati dalam persoalan dosa peribadi, kita juga dipinta supaya menentang segala dosa yang memberi kesan kepada sosial dan negara. Akhirnya, marilah kita merenungi dan menginsafi sebuah hadis nabi saw:

“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari).

Sesungguhnya tugas kita bukanlah untuk menghukum dan memberi pelbagai label kepada manusia, biarlah Allah yang menilainya. Kepada yang berbuat demikian, sudahkah anda membelah dada dan melihat hatinya?

Wallahua’lam

http://www.marwanbukhari.com/

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Arif Luqman  On January 8, 2012 at 11:17 pm

    biasa la org melayu
    bab2 fitnah dgn mengumpat ni serah je kat org MELAYU
    pakar je diorg ni

    • macam2  On January 25, 2012 at 11:28 pm

      ni la kalu manusia akal ntah ke mana, sebenar nya manusia ni dr dulu lg suka duk fitnah n mgumpat, tk blaja sejarah ke arif? org yahudi juga suka duk fitnah dan ngumpat, ape tah lg bangsa kita ni, fitnah dan mgumpat ni tk kira bangsa, jgn bongok sgt ok..

  • azierahman  On January 18, 2012 at 4:49 pm

    setiap orang akan melalui beberapa fasa dalam kehidupan…termasuk juga Amalina…seperti Amalina kita semua pernah melalui zaman remaja…kita juga tahu betapa sukarnya melalui fasa tersebut…

    fasa remaja adalah fasa mencari identiti diri…secara peribadinya sebagai seorang muslim saya tidak bersetuju dengan apa yang Amalina lakukan…tetapi beri peluang kepada beliau untuk memperbaiki dan mencari identiti diri…

    • macam2  On January 25, 2012 at 11:34 pm

      btol tu azierah, sbenar nya amilina terlalu muda tuk di hantar ke luar negara yg budaya nya mcm2 ada.

  • Eidel Eiran  On February 2, 2012 at 1:31 pm

    Islam datang dalam pakej, buat salah hukumnya berdosa serta kita tahu mendedahkan aurat itu berdosa dan bersembahyang hukumnya wajib, Allah maha pemurah serta maha pengampun, banyak ruang untuk kita bertaubat. Inilah yang dikatakan pekej yang sangat indah. Jaga diri masing2 adalah satu dari tanda betapa ceteknya pengetahuan mengenai agama Islam serta rapuhnya iman orang2 Islam pada hari ini. Apa yang diajarkan oleh rasullullah jika kita melihat maksiat.??. Tolong dekatkan diri saudara/ saudari dengan masjid serta banyakkan menyertai kelas2 fardua ain serta ceramah dan juga kuliah2 agama yang dianjurkan, makmurkanlah masjid dengan hadir untuk berjamaah dan berusaha mendidik diri kita untuk taat, patuh dan takutkannya, cintakan rasullnya bagi mendapatkan keredaannya didunia dan diakhirat, serta memohon keampunan dari dosa2 yang telah kita lakukan sedar mahupun tidak. Semuanya bermula dari pengetahuan serta hati kita yang suci ikhlas terhadap islam.

    Allahuakbar..!!

  • Anonymous  On May 1, 2012 at 4:07 pm

    Saya setuju dgn azierahman.Jangan cepat menghukum orang,sama sama kita doakan agar Allah tingkatkan lagi iman keatas iman yg ada.

  • abdullah  On July 28, 2012 at 1:12 pm

    Contoh..Aishah and The Fan Club…kita semua dah lihat di mana Aishah sekarang…awal..lewat…akhirnya….itu kehidupannya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: