Anak muda mahasiswa sambut tahun baru 2012 dengan suara lantang.
Seperti kisah Mat Sabu berdemo berulang lagi untuk menggegarkan kezaliman AUKU..
Anak muda bukan anjing..
Anak muda bukan hamba abdi..
Anak muda bukan kucing kurap..
Anak muda bangun menentang kezaliman AUKU..
Tahniah kepada anak muda era baru Malaysia !
Belasah Mahasiswa ,perlakuan FRU diluar batasan kemanusiaan
Fariz Musa, koordinator sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Jingga 13, mengecam tindakan ganas polis yang di luar kewarasan kemanusian dan menuntut Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab atas tragedi membelasah mahasiswa di luar perkarangan Universiti Perguruan Idris Shah (UPSI).
“Jingga 13 mengecam sekeras-kerasnya brutaliti dan tindakan kejam, tidak berperikemanusiaan FRU yang menangkap, membelasah dan mencederakan kumpulan aktivis dan mahasiswa.
“Tindakan biadap di luar kewarasan manusia ini langsung tidak dapat diterima mana-mana manusia yang berakal. Ia jelas sekali melampaui batas.
“Polis yang sepatutnya menjadi tempat mahasiswa bergantung harap, meminta pertolongan dan perlindungan, tergamak jadi alat penguasa.
“Datuk Seri Hishamuddin Hussin dan Tan Sri Ismail Omar wajib bertangungjawab atas insiden itu,” kata Fariz pada kenyataan media, awal pagi ini.
Beliau mendesak semua 17 aktivis dan mahasiswa termasuk Setiausaha Jingga 13, Saifuddin shafi Muhammad yang turut ditahan, dibebas segera tanpa syarat manakala pampasan diberi kepada mereka yang cedera.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24941
Comments
Isu utama yang sedang dihadapi oleh mahasiswa UPSI ialah graduan UPSI tiada tempat untuk mengajar.
Cara penyelesaiannya ialah melakukan conversion ijazah Sarjana Muda Pendidikan kepada ijazah Sarjana Muda Sains/Kejuruteraan/Sains Komputer/Pentadbiran Perniagaan/Ekonomi dengan PGCE yang mempunyai nilai mata kredit untuk ijazah sarjana (perlu ditambah setahun atau setahun setengah lagi) supaya graduan UPSI lebih mempunyai nilai komersil.
Apabila ini dilakukan, peristiwa UPSI pasti tidak akan berlaku lagi
bbdk yg berdemo mlm tahun bru tu bukn semua bbdk upsi..lebih bermotif politik..sruh bebaskan adam adli..sedangkan pihak upsi sdri belum buat keputusan or jatuhkan hukuman..x sentuh pn isu posting…
Jadi berhimpun berdemo camtu perbuatan terpuji lagi mulia, dan akan dikira jihad. Hei ‘mahasiswa’ ! zakat fitrah bepala bana pun orang lain bayarkan…thui!
jebon ,jebon yg marah sangat dengan siswa tu kenapa…..
budak melayu yg paling disegani di malaysia….perangai mcm org BANGANG!!