Transformasi Najib Jadikan 2 Orang Kuat Umno Masuk DAP !


Biar dicemuh biar caci maki..

Biar didustakan dengan sejuta fitnah, biar segala macam nista dilemparkan..

Transformasi Najib akhirnya menjadikan bekas orang kanan beliau menyertai DAP..

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dan veteran Umno Pahang, Aspan Alias sah menyertai DAP.

Penyertaan Ariff Sabri ke dalam DAP adalah satu tamparan besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana Ariff Sabri adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004.

Beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno, kata Ariff seperti dilaporkan FreeMalaysiaToday.

Bercakap lanjut, Ariff yang juga seorang kolumnis di FMT berkata DAP kini ‘lebih relevan’ buat orang Melayu berbanding Umno.

“Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas,” kata Ariff.

Tambahnya, perjuangan membela Melayu yang dijaja Umno tidak lagi meyakinkannya dan sebahagiannya berpunca daripada sikap tidak endah Umno terhadap gejala rasuah dalam pentadbiran mereka.

“Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno.

“Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. DAP membenci ciri-ciri ini,” kata Ariff.

Beliau juga menegaskan yang penyertaannya ke dalam DAP satu bukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti yang boleh membela nasib Melayu.

“Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24998

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Farid Bin Mohamed  On January 2, 2012 at 9:23 pm

    Orang UMNO masuk parti pembangkang ? Tak lama tu……

  • azmi  On January 3, 2012 at 10:51 am

    ejen umno dlm DAP tu….

  • abu bakar abdullah  On January 3, 2012 at 3:05 pm

    Mereka yg menyertai DAP ni sudah tak diperlukan lagi dlm UMNO… hati2 katak banyak dr spesis ni. Atas alasan apa pun jgnlah dicalunkan pada PRU13 ni..

  • Anonymous  On January 9, 2012 at 12:14 pm

    untung ble jd YB melayu dlm DAP… haa

  • Anonymous  On January 9, 2012 at 9:36 pm

    pru 13 da dekat..time ni la nak cari kuasa & kedudukan..syabas!!

  • hamba allah  On January 16, 2012 at 11:24 pm

    ada org kesah …..hahah

  • Rizal  On March 12, 2012 at 1:54 pm

    sama ceritanya dengan singapura tahun 1960an….dah tergadai baru berteriak sana sini macam hampeh….bukan penyokong kuat umno tapi geram tengok dengan DAPigs ni…

  • Anonymous  On April 22, 2012 at 11:53 pm

    Dh tak diperdulikan lg lh tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: