Gambaran Selangor Akan ‘Jatuh’ Kepada BN ?


Countdown Kerajaan Selangor disambut meriah golongan muda

Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.

Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program “Karnival Sayangi Selangor” dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program.

Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.

Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan “kena dengan caranya”.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad.

Hd

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Zainal  On January 1, 2012 at 6:31 pm

    Apa punya penipu la korang ni…tv3 tunjuk satu malaysia dah org dah tahu berapa ratus ribu yg datang semalam di ict….cuma pkr sibuk pasang bendera nya di ian lampu pintu masuk seksyen 7 buat menyemak jer…aku nak bakar jer semalam …. Kalau setakat 10 ribu org yg berkumpul bawah khemah tu tok sah dok gebang la brader….gua pegi dua dua majlis…gua tahu mana lebih gempaq….gelombang biru makin rancak….makin hebat…makin mara ke shah alam…selangor bakal kembali ke BN …..setelah dipinjamkan sekejap kepada kera kera PAkatan….tunggu….siapa yg bakal jatuh….khaled samad elok siapkan rumah di JB agar anda selamat….shah alam mcm dah tidak memerlukan anda…

    • Jazmina Arijah (@lifejaz)  On January 5, 2012 at 10:43 pm

      nampaknya anda silap….. dianggarkan 80000 org hadir d dtrn kemerdekaan … saya sendiri hadir di dtaraan kemerdekaan..mmng sesak… anda terima sahaja hakikat bahawa mmng program ini lebih meriah berbanding ICT.. wallahua’lam

  • Anonymous  On January 2, 2012 at 12:53 am

    PUTRAJAYA AKAN JATUH KE TANGAN PAKATAN RAKYAT …. INSYAALLAH ..

  • kakilima  On January 3, 2012 at 10:55 am

    klu progam tu elok n mendatangkan manfaat, elok la kita dtg ramai2..x kira la sape yg anjurkan..jgn terlalu lalai dgn hiburan..

  • Anonymous  On January 16, 2012 at 11:13 pm

    benar atau salah ape beza dh… 1 org ke ribu org ke ape masalahnye… x mendatangkn ape makna pon… ape pun gua arap biar la BN lak amik alih selangor..hehhe jgn marah ..pandangan sy je ..=p

  • anakselangor  On January 25, 2012 at 1:32 pm

    Mangkuk2 yg dtg dkt dataran tu pn bukan semua warga negeri selangor..yg buat masalah kt negeri selangor pn bukan anak jati selangor, semua pendatang belaka, dah dtg cari mkn kt sini, menyemak je..berambuslah

  • Anonymous  On February 5, 2012 at 2:19 am

    kita berharap agar selangor di perintah oleh tampuk pemerintahan yang adil dan saksama….agama 1st….harus di ingat agama ISLAM menjadi panduan untuk kita semua…hidup islam …allahuakbar…TAK KIRA DARI PARTI MANA SEKALIPUN YANG PENTING AGAMA ISLAM DITEGAKKAN DAN DIDAHULUKAN…

  • Anonymous  On May 13, 2012 at 11:25 pm

    pihak pembangkang selalu mencanang bila BN buat anjuran yg dtg sikit.tp kalau pembangkang buat heboh ramai yg dtg.post kt harakah or blog2.tapi yg nyata jumlah yg dtg ke majlis pakatan akhir2 ini semakin bkurangan .kalau yg dtg pon telah dibayar utk dtg.harus di ingat anwar dtg dari umno.dia yg mulakan budaya membayar org.dia jugak mengajar rakyat malaysia memberontak secara haram…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: