Gambar Datuk Shamsubahrin Ismail ‘NFC’ Kena Dakwa


Ahli perniagaan dituduh tipu suami Shahrizat RM1.755j

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail, dituduh di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas dua tuduhan menipu Pengarah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan RM1.755 juta, antara November dan awal Disember lalu.

Bagi tuduhan pertama, Shamsubahrin, 45, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Resources Sdn Bhd, dituduh menipu Dr Mohamad Salleh dengan menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat yang tidak benar bagi tujuan memperdayakan mangsa supaya setuju membayar wang berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini, jam 6.30 petang, 20 November lalu.

Shamsubahrin juga menghadapi tuduhan kedua, menipu dengan memperdayakan dan mendorong Mohamad Salleh yang juga Pengerusi Eksekutif NFC supaya menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta kepadanya di kawasan Solaris, Mont Kiara di sini, antara 25 November dan 6 Disember 2011.

Mohamad Salleh adalah suami Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagi setiap tuduhan itu, Shamsubahrin dari Bukit Jelutong, Shah Alam di sini, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Shamsubahrin yang memakai blazer hitam dan jeans biru, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan itu.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan 31 Januari ini untuk sebutan kes dan membenarkan Shamsubahrin dijamin RM300,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Shamsubahrin yang diwakili peguam J Rao, tidak membayar jaminan dan dibawa ke Penjara Sungai Buloh. Difahamkan tertuduh akan dituduh lagi di mahkamah dalam tempoh terdekat bagi beberapa kes lain.

Terdahulu, Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa menawarkan jaminan RM300,000 dengan syarat tambahan supaya tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Abdul Razak berkata, jumlah jaminan yang ditawarkan adalah munasabah kerana kes membabitkan wang berjumlah RM1.755 juta.

Rao bagaimanapun memohon jumlah jaminan itu dikurangkan kerana segala aset anak guamnya sudah dibekukan sejak 23 Disember lalu.

“Tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai empat anak, yang sulung berusia 18 tahun manakala bongsu tiga tahun,” katanya.

Bh

Nota: Laporan Ketua Audit Negara , Senyap saja kot ?

Kondo 1Menerung, kondo di Singapura ,kereta mewah dan lain lain lagi, kira ‘sapu bawah karpet ‘ jugak kot?

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: