Angelina Jolie Dedah Puncanya Terbit Filem Bosnia


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Aktres jelita Hollwyood, Angelina Jolie menyatakan, dia pada mulanya menulis lakon layar filem In the Land of Blood and Honey sebagai latihan peribadi.

Namun, sebaik sahaja kekasihnya, Brad Pitt membaca lakon layar tersebut dia meminta Jolie mendapatkan pendapat mereka yang pakar tentang konflik perang Bosnia kerana berpendapat lakon layar itu bermutu.

Selepas mendapat maklum balas positif, Jolie, 36, membuat persediaan untuk menerbitkan dan mengarahkan filem sulungnya itu.

Dia menampilkan barisan pelakon kurang terkenal dengan kebanyakan mereka hidup pada era perang tersebut.

Antara pelakon yang diambil membintangi filem berkenaan termasuk Zana Marjanovic dan Goran Kostic.

Filem In the Land of Blood and Honey yang ditulis dan diarahkan oleh Jolie menceritakan suka duka yang dilalui sepasang kekasih iaitu seorang wanita Bosnia beragama Islam dan teman lelakinya yang kaum Serb Bosnia dalam meniti era perang rantau Balkan itu.

Filem tersebut menjalani penggambaran di Bosnia pada musim panas tahun ini.

“Hubungan paling intim dalam hidup saya adalah dengan Pitt,” kata Jolie dalam satu wawancara untuk filem berkenaan yang mula ditayangkan pada semalam.

“Ia hubungan lelaki dan wanita. Justeru, saya perlu meletakkan diri saya dalam situasi perang Bosnia untuk menulis lakon layar filem ini. Saya bertanya pada diri saya jika ia berlaku pada diri saya, apa yang saya akan rasai?,” ujarnya.

Perang Bosnia merupakan konflik bersenjata yang tercetus di Bosnia Herzegovina dari April 1992 hingga Disember 1995 melibatkan etnik Bosnia, Serb dan Croatia.

Agensi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: