‘Fatwa’ Yang Haram Diamalkan ?


Fatwa ke petua ke apa ni?

Dakwat Kekal: Perkasa tidak wajar keluar ‘Fatwa’

PAS menggesa Perkasa tidak mengeluarkan fatwa sendiri sambil menegaskan, tanggapan pertubuhan pendesak itu bahawa orang Melayu tidak akan keluar mengundi jika dakwat kekal digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 adalah tidak berasas.

Sebaliknya tegas parti Islam itu, orang Melayu kalangan ahli Umno sahaja yang tidak akan mengundi kerana unsur sabotaj dari dalam parti itu sendiri, ekoran beberapa isu seperti pemilihan calon, sebagaimana diperkatakan sebelum ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak melihat alasan orang Melayu dan mereka yang beragama Islam akan mengelak daripada mengundi hanya kerana penggunaan dakwat kekal.

“Penggunaan dakwat kekal tidak bercanggah, Majlis Fatwa Kebangsaan juga sudah memberi kebenaran kepada penggunaan dakwat kekal,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat partinya di sini, hari ini.

Sambil menyindir, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, “ini fatwa siapa? Fatwa Perkasa.”

“Sepatutnya Perkasa memperjuangkan isu berkaitan dengan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, bukannya mengatakan bahawa orang Melayu tidak akan keluar mengundi jika menggunakan dakwat kekal,” katanya.

Pada sidang media itu Mahfuz juga menggesa agar kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA, yang menurutnya menindas dan menjadikan kakitangan awam, yang majoritinya orang Melayu, seolah-olah “buruh paksanaan.”

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, kebanyakan ahli Perkasa merupakan ahli Umno, dan oleh itu, “saya merasakan orang Umno sendiri yang tidak akan turun mengundi kerana isu sabotaj. Bukannya orang lain.”

“Dan juga bukan kerana penggunaan dakwat kekal,” kata beliau sambil berkata keputusan itu diluluskan oleh Parlimen dan ketua Perkasa merupakan salah seorang anggota Dewan Rakyat.

“Jadi, saya tidak nampak mengapa mahu membantah penggunaan dakwat kekal,” katanya.

Dalam satu kenyataan semalam, Perkasa menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan.

Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.

“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.

“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.

Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.

Kelmarin, SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.

Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan menggunakan dakwat kekal adalah muktamad.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Kayu Api  On December 25, 2011 at 8:55 am

    Mungkinkah Syed Hassan dah diberi tauliah oleh KAKIM atau mana-mana Jabatan Agama Islam kot!

  • kakilima  On December 28, 2011 at 10:52 am

    mengundi dh jd tggjwb kita sbg rakyat..x perlu bantah klu dh itu g kerajaan tetapkan..klu yakin rakyat bersama dgn parti, x perlu takut..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: