Siapa Yang Membuat Rosmah Mansor ‘Lena Di Ulik Intan’ ?


Rosmah boleh tidur lena..

Sempat ‘tarik nafas’ untuk beberapa ketika..

Boleh kembali aktif main badminton laa kot..

Ada ‘Lembu Dogol’ tolong cover sementara…

Sama ada rakyat sedar atau tidak, segala isu kontroversi berhubung Rosmah telah dilupakan dan perhatian kini beralih sepenuhnya kepada Shahrizat, kata Chegu Bard.

Sejak tahun 2011 membuka tirai, jika isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak dapat tidur lena selama ini kerana terpaksa menghadapi pelbagai tekanan dan tuduhan, tetapi kini sejak isu National Feedlot Centre (NFC) dibongkar oleh PKR, beliau sudah tentu boleh tidur lena.

“Apa tidaknya satu-satunya individu wanita yang panas punggung selama sembilan bulan berturut-turut yang terpaksa menghadapi serangan demi serangan berhubung pelbagai kontroversi adalah Rosmah.

“Kini kedudukan Rosmah telah diambil alih oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Dato’ Shahrizat Abdul Jalil dengan isu lembu NFC,” kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

Katanya, sama ada rakyat sedar atau tidak, segala isu kontroversi berhubung Rosmah telah dilupakan dan perhatian kini beralih sepenuhnya kepada Shahrizat.

“Maka sudah tentu kini Rosmah boleh tidur lena kerana kemarahan rakyat sudah beralih kepada seorang lagi wanita iaitu Shahrizat,” ulas Badrul Hisham yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Rembau.

Rosmah boros

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard merujuk kepada beberapa isu kontroversi yang melibatkan Rosmah seperti isu cincin berlian RM24.45 juta, beg tangan RM361,259, penginapan di Hotel Atlantis, Dubai RM140,000 satu malam, lawatan rasmi ke luar negara 2008-2011 RM17 juta dan pelbagai keborosan lagi seolah-olah dilupakan oleh rakyat dan dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat sendiri.

“Justeru itu saya minta kepada kepimpinan Pakatan agar tidak melupakan isu yang bersangkut paut dengan Rosmah sebaliknya perlu terus dimainkan agar rakyat sedar keborosan beliau.

“Saya juga pelik kenapa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak masih tidak mahu menasihatkan Shahrizat melepaskan jawatan menteri.

“Ia memberi isyarat seolah-olah lagi lama beliau biarkan Shahrizat bertahan dalam kabinet maka lagi lamalah Pakatan akan habiskan masa menyerang Shahrizat.

“Ini secara tidak sengaja akan memberikan “perlindungan” kepada Rosmah dan beliau sendiri dan segala isu yang berkaitan dengan Rosmah dan beliau sebelum ini akan sejuk, “cool down”.

Seterusnya situasi ini akan memberi kelebihan kepada Najib untuk membubarkan parlimen dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi tanpa sebarang tekanan”, jelas Chegu Bard.

Chegu Bard berkata selain daripada terus memainkan isu NFC yang jelas memberi kelebihan kepada Pakatan, isu Rosmah tidak harus dilupakan untuk mengekalkan momentum rakyat yang sudah mula muak dengan karenah boros Rosmah.

zefri dahalan

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • JAKA  On December 27, 2011 at 9:50 am

    dh lama rosmah ambik kerja shahrizat sampai tkde keje kawan tu.

    nah sekarang shahrizat ambik balik kerja ‘cover’ makcik gemuk tu.

    berbaloi wooo kena belasah sebab lembu.

  • aris hashim  On December 27, 2011 at 11:24 am

    Kalau dia nak boros belanja duit laki atau duit dia sendiri,lantaklah dia,berikanlah dia kebebasan utk berblanja,adalah pusingan duit berlaku dalam pasaran,boleh mngglakan pasaran…cma kalau betul boros,itu makruh,,tak dgalakan…dia org brduit,mklumlah lakinya perdana mnteri…org kebnyakan pun bnyak yg boros,,apatah lg dia mmang org kaya..jgn jeles…tapi jika tuan meragui punca kewangannya,tuan boleh siasat,jka ada penyalahan undang2 sgra lapor kpihak brwajib,,bkan heboh2 tnpa pngadilan…kesian dia kalu prkra ni jd fitnah kpd drnya,walaupun dpt pahala fre tp trseksa.Tntang sharizat pula,cari hjah n bukti yg bleh mngaitknnya ngan isu lembu tu,kalu dia trlibt laporkn sgra,tapi kalu lakinya sndirian pnya hal,biarlh laki dia sndri tnggung….tak adil jika nafsu glojoh kita istri kta sama nk tnggung musibhnya…lelaki suka btndak dgn mmblakngi pndngan istri…lelaki mmang suka ego

    • talibramli  On April 1, 2012 at 11:54 pm

      suami isteri perlu tanggung apa yang berlaku kepada keluarga masing-masing…
      aku rasa kau tak tahu pasal hukum agama dan perlahwinan…

  • talibramli  On April 1, 2012 at 11:51 pm

    yalah tu..pasaran kalau kau tahu mestilah bermula dari pemimpin..kalau pemimpin makan sedap..beli barang bagus maka harganya akan meningkat..maka rakyat yang akan bayar juga harga macam mane mereka beli…
    pada pemimpin bacalah kisah khulafah ar rasyidin..mereka takut akan pemakanan yang mahal dan membazir..takut rakyat menjadi beban kerana mereka..
    tanda kiamat juga salah satunya suami taat kepada isteri..isteri nak beli tu ini..suami belikan..isteri boros suami galakan…
    ego bukan maksud disini tapi janganlah terpedaya dengan kekayaan dan harta benda..semuanya adalah cubaan dunia..
    hiduplah bersederhana..
    pemimpin sepatutnya menjadi contoh masyarakat..lelaki kadi imam maka dapatlah mengetahui sakit susah rakyat..
    yang wanita pakailah tudung dengan sempurna..
    elokkan sembahyang kita dahulu.. maka yang baik akan datang kemudian..tak ke begitu puan aris hashim…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: