Kisah Orang Buta Sentuh Gajah


kisah ini bukanlah untuk mempersenda sendakan sesiapa pun, samada OKU atau sesiapa juga.

ini adalah kisah yang selalu jadi bualan dikedai kedai kopi dan sebagainya tempat rakyat melepak dan berborak.

sekadar tauladan dari kisah yang menjadi bualan sepanjang zaman.

Kisah orang buta sentuh gajah

Kisah orang buta dan gajah,cukup terkenal.Hampir kesemua orang pernah mendengarnya namun kisah ini belum habis.Ada hikmah yang cuba disembunyikan.Seorang buta terpegang ekor gajah,maka diberitahu kepada rakan-rakannya yang lain bahawa gajah itu bentuknya seperti tali.Tetapi pendapatnya dicanggah oleh seorang buta lain yang terpegang badan gajah. Katanya, “bukan,gajah itu seperti dinding,besar.”Seorang buta yang lain pula terpegang kaki gajah,lalu diumum bahawa gajah itu bukan seperti tali ataupun dinding,tetapi gajah itu seperti sebatang pokok balak.

Apa yang dinilai oleh orang-orang buta itu,semuanya salah.Tiada seorang pun dapat mendiskripsikan gajah itu dengan bentuk yang sebenar.Kerana apa?Kerana penglihatan mereka terhad,penglihatan mereka terbatas maka apa yang dilakukan oleh mereka juga terbatas.

Disambungkan cerita itu,semua orang buta itu kehairanan,bagaimana sebenarnya seekor gajah.Kalau gajah itu bukan seperti tali,bukan seperti dinding dan bukan juga seperti sebatang balak,gajah itu bagaimana? Tiba-tiba tangan mereka ditarik oleh seorang yang celik,seorang yang diberi penglihatan oleh Tuhannya untuk mengenal bentuk sebenar gajah. Si buta yang pegang ekor gajah tadi dibawa untuk pegang badan dan kaki gajah, begitu juga yang lain.Lalu mereka berkata, “Oh,rupanya inilah gajah.”azzariyat.com.

relevan dari kisah diatas…

Ramai orang terpinga-pinga melihat telatah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan kemudiannya mencuci tangan dengan melontarkan kes ini kepada pihak polis.

Namun kini pesuruhjayanya Datuk Abu Kassim Mohamed memberi kita jawapan.

Bercakap kepada para pemberita dari akhbar Sin Chew Daily selepas persidangan antarabangsa 14 Disember lalu, Abu Kassim menerangkan bahawa aduan yang diterima SPRM berhubung penyelewengan dana awam, tidak bermaksud penyalahgunaan kuasa.

Maka dengan itu, kes di bawah Akta Prosedur Jenayah ini hendaklah disiasat oleh polis dan bukannya kes rasuah yang terletak di bawah bidang kuasa SPRM.

Saya beranggapan Abu Kassim merujuk kepada aduan mengenai penggunaan sebanyak RM250 juta pinjaman mudah dari kerajaan untuk membeli kondominium mewah dan lain-lain hartanah peribadi oleh keluarga Ketua Wanita Umno dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tetapi tidakkah Abu Kassim bertindak seperti seorang amatur dalam menangani kes rasuah berprofil tinggi ini seolah-olah seperti orang buta menyentuh seekor gajah?

Seperti seekor gajah, yang mempunyai ciri-ciri dan organ yang bermacam-macam, skandal NFC ini merupakan seekor raksasa yang menelan sejumlah dana awam yang banyak.

Projek terpalit dengan rasuah

Menternak lembu dan menyediakan daging lembu merupakan sebuah projek utama kerajaan yang diberi kepada keluarga menteri yang tidak layak dan tidak kompeten untuk mengendalikannya, di mana pinjaman mudah yang besar jumlahnya dilulus dan disalurkan dengan cara yang mencurigakan.

Penyelewengan ini membolehkan penerimanya menggunakannya untuk tujuan yang bukan sepatutnya, menyebabkan projek ini gagal yang bukan hanya membantutkan skim pengeluaran makanan yang penting tetapi juga melenyapkan usaha untuk mendapatkan kembali dana awam sebanyak itu.

Tidak dapat dinafikan, kegagalan projek ini melibatkan lebih daripada seorang menteri dan lebih daripada seorang pegawai kementerian boleh dikaitkan dalam kesalahan rasuah, bersubahat, pecah amanah dan kelalaian jenayah ini, dalam bentuk pemberian projek dan kemudiannya menyalurkan dana itu.

Dalam perbuatan jenayah yang saling kait mengait ini, pembelian dua buah kondominium itu merupakan satu rantaian, kalau pun tidak merupakan isu paling penting. Persoalan yang lebih besar ialah kenapa projek itu diberi kepada keluarga Shahrizat? Siapa yang membuat keputusan itu?

Persoalan berikutnya ialah siapa yang bertanggungjawab ekoran kegagalan untuk mengawal pengeluaran dana itu dan atas kegagalan mengawal-selia penggunaan dana dengan betul?

Bagi soalan pertama, petualang-petualangnya ialah menteri dan bekas menteri pertanian dan industri asas tani. Mereka ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Noh Omar.

Ini termasuk menteri dan bekas menteri kewangan, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana terlibat dalam pemberian projek dan selepas itu mengeluarkan dana tersebut.

Salam perpisahan politik?

Selain daripada petualang-petualang ini yang mengikut protokol, bagaimana dengan mereka yang teribat dengan menggunakan saloran politik ke atas projek ini?

Saya kira para pembaca masih ingat bagaimana Shahrizat terlibat dalam pertarungan sengit dengan ketuanya Datuk Seri Rafidah Aziz bagi merebut jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan parti yang lalu dan beliau berjaya menyingkir Rafidah, yang disifatkan sebagai memenuhi kehendak pimpinan tertinggi parti.

Mendasari pertandingan merebut jawatan ketua wanita ini, kita boleh menyoal sama ada wujud kaitan di antara projek bernilai RM250 juta ini dengan misi Shahrizat untuk menyingkir Rafidah.  Aspek ini tidak harus diketepikan oleh penyiasat yang menyiasat skandal ini.

Mengenai soalan kedua tentang pengeluaran pinjaman itu yang mengakibatkan dana awam itu disalahgunakan, kedua-dua kementerian pertanian dan kementerian kewangan tidak boleh berlepas tangan kerana mereka saling bekerjasama agar dana awam itu dapat dikeluarkan. Berhubung hal ini, kedua-dua menteri, termasuk para pegawai daripada kedua-dua kementerian itu harus disiasat.

Memandangkan berleluasanya perlakuan rasuah melibatkan para pemimpin politik termasuk di peringkat pentadbiran, bolehkah kita mempercayai apabila SPRM memberitahu bahawa pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa mengenai skandal ini?

Abu Kassim menghina rakyat apabila beliau memberitahu para pemberita Sin Chew bahawa masalahnya ialah rakyat tidak faham mengenai undang-undang dan tidak boleh membezakan di antara putih dan hitam serta mendakwa mereka semata-mata mengikut rentak pembangkang yang menghentam SPRM?

Seterusnya beliau berkata, “masalah kita yang terbesar ialah bagaimana untuk menukar minda (mindset) rakyat dan bagaimana untuk meyakinkan mereka bahawa SPRM ini bebas.  Mengikut iklim politik dewasa ini, isu rasuah dipolitikkan dan dakwaan bahawa SPRM tidak bebas digunakan untuk menjatuhkan kerajaan.”

SPRM anggap rakyat bodoh

Mengimbas kembali komen pesuruhjaya SPRM itu, kita merasakan Abu Kassim menganggap rakyat semuanya bodoh belaka.

Jika SPRM ini bebas, bolehkah Abu Kassim memberitahu kita kenapa tidak ada siasatan dilakukan apabila menerima bukti-bukti yang begitu banyak tentang kegiatan rasuah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Sarawak bernama ‘Movement for Change Sarawak’ (MoCS) telah menyerahkan sebuah laporan setebal dua inci, memperincikan perbuatan rasuah Taib tetapi tidak dijawap oleh SPRM sehingga hari ini.

Seorang rakyat Sarawak, Willie Kajan menyerahkan laporannya yang kedua terus ke Putrajaya pada bulan Januari lalu tetapi tidak ada respon. James Wong dan John Brian, juga dari Sarawak menyerahkan laporan-laporan mereka dalam bulan Jun dan Ogos 2010 di Shah Alam dan Putrajaya, juga tidak ada maklum balas.

Ramai lagi, termasuk pemimpin-pemimpin parti politik juga menyerahkan laporan-laporan mereka kepada SPRM dan berakhir dengan nasib yang sama.

Berhubung dengan skandal NFC ini, kenapa Abu Kassim berlakon seperti orang buta, melalui beberapa sidang akhbar dan posting dalam internet dalam tempoh dua bulan lalu walaupun berdepan dengan kontroversi dan bukti-bukti berhubung penyalahgunaan kuasa dan rasuah?

Bagaimana mungkin Abu Kassim tidak dapat melihat perkataan “rasuah” apabila perkataan itu menentang matanya dari pelbagai arah?

Kami faham kenapa Abu Kassim bertindak sedemikian tetapi janganlah sampai menghina rakyat dengan menganggap mereka semuanya bodoh.

oleh Kim Quek

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: