Jimmy Shanley Dedah Tabiat Buruk isteri


Jimmy dedah tabiat buruk isteri

SHAH ALAM – Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam membabitkan pengacara Jimmy Shanley yang menuntut supaya isterinya kembali taat mendedahkan yang wanita itu didakwa masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.

Selain itu, ketika disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md Idrus, Jimmy mendakwa, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga wanita itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka.

Katanya, ia diburukkan lagi dengan sikap Nursuhaila yang gemar melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya untuk bersama pada hari itu.

“Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin.

“Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa wayar,” dakwanya.

Tambahnya, Nursuhaila memberi alasan yang dia bermain judi untuk menghilangkan tekanan di hari lahir bapanya sendiri pada 11 Oktober 2010.

Menurut Jimmy, pada hari itu, Nursuhaila yang sepatutnya membeli kek, pulang lewat dan apabila ditanya, dia mengaku masih lagi berjudi.

“Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami,” dakwanya.

Oleh SHAH NIZAM OMAR kosmo

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Ddy Fahmin  On December 17, 2011 at 11:06 am

    jimmy ni hebat juga ; tuhan kadang bayar cash. sebelum kahwin tu cari wanita soleha; cuba belajar dgn bob lokman; Masuk isl;am sepenuhnya maka ALLAH akan tunjuk jalan yang lurus; isteri pun Allah akan beri yang mulia lagi menghibur hati. Cuba Jimmmmy dekati bob lokman; dlln penyanyi yg bersama PAS untuk selama nya. kamu akan damai sejahtera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: