Inikah ‘RAHSIA’ Kenapa KJ Lari dari Rafizi ?


Seorang blogger terkenal dari Umno yang telah menyertai Keadilan masih menyimpan beberapa perkara penting mengenai  KJ…

Menurut beliau ada banyak lagi perkara yang masih menjadi persoalan sesama orang kuat Pemuda Umno.

Mari kita tengok apa yang telah diperkatakan oleh KJ menurut cikgu Musli Oli..

Saya tanya KJ…ini private conversation…kenapa kita mesti pertahankan Shahrizat…” itu antara ayat menarik yang disebut oleh Exco Pemuda UMNO, Reezal Merican Naina Merican di depan para perwakilan Pemuda di PWTC semalam.

Dan dia kemudiannya menjelaskan mengenai reaksi Khairy, yang menurut mahukan Pemuda mempertahankan Shahrizat yang diserang bertalu-talu berhubung isu FNC. Rasionalnya ialah ‘Shahrizat tu kakak sulong kita…dia ketua wanita…kita kena pertahankan dia.’

Bagaimana reaksi perwakilan?

Ada yang bertepuk. Tapi bunyi tepukannya kedengaran hambar dan tidak bersemangat.

Agak-agaknya kenapa ya?

Mungkin ada perwakilan yang sedar bahawa alasan ‘kita mesti ikut jejak PKR yang mempertahankan ketua umum mereka, walaupun ada bukti-bukti videonya’ tidak boleh digunapakai. Mungkin hati kecil mereka berkata, kalau dulu kita marahkan orang kerana menegakkan benang basah, kenapa sekarang kita perlu melakukan perkara yang sama. Dua kali limakah kita?

Di mana prinsip dan pegangan kita?

Debat NFC: Rafizi mahu Khairy tetap tarikh

Kecewa dengan penolakan Khairy Jamaluddin untuk berdebat pada 12 Disember, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mahu ketua pergerakan pemuda Umno itu sendiri memilih tarikh.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Rafizi berkata beliau bersedia berdebat berhubung skandal National Fidlot Corporation (NFC) bila-bila masa termasuk jika Khairy mahu debat itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekalipun.

“Saya sudi meluangkan masa pada mana-mana tarikh dalam tahun 2011 dan 2012 untuk memastikan debat tersebut dapat diadakan. Saudara Khairy hanya perlu memilih satu tarikh yang sesuai untuk beliau.

“Saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan di PWTC untuk memberi keselesaan dan ketenangan kepada Saudara Khairy apabila dilangsungkan di ibu pejabat Umno sendiri,” katanya.

Menurutnya, permintaan sama turut dinyatakan kepada Khairy melalui satu surat balas yang dihantar hari ini kepada jawapan Khairy yang menolak untuk berdebat 12 Disember ini.

Sekiranya Khairy masih berdolak dalih walaupun diberi kelonggaran tersebut dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, beliau menyimpulkan Khairy tidak berani untuk berdebat isu NFC itu.

Beliau memberitahu surat penolakan itu diterima dua hari lalu yang memaklumkan Khairy tidak dapat menerima jemputan berdebat mengenai NFC pada tarikh asal 12 Disember 2011 kerana bertembung dengan program yang lain.

“Saya kesal kerana beliau mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun dipersetujui beliau,” katanya mengulas surat jemputan yang telah dihantarnya pada 18 November lalu.

Beliau turut memaklumkan, PKR akan meneruskan juga sebuah debat membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011 dan turut mengalu-alukan penyertaan Khairy.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • arai  On December 8, 2011 at 9:30 pm

    Apa rasional nak buat sidang debat NFC? Kalau sidang debat bertujuan untuk menghentam dan sebelah pihak lagi mempertahankan, tidak adalah maknanya debat! Yang utama dan jelas ialah benarkah wujudnya penyelewengan dalam isu NFC ini? Secara adilnya ia adalah urusan polis bagaimana melaksanakan penyiasatan dan dan seterusnya biarlah mahkamah menentukan bahawa terdapatnya penyelewengan yang dasyat melibatkan seorang menteri yang opportunis. Rakyat harini tidak sebodoh yang boleh dibelitkan dengan pelbagai fakta-fakta rekaan! Kalau benar terdapatnya penyelewangan ia haruslah dibongkar tanpa mengira kedudukan atau parti.

    • abu shahid  On December 8, 2011 at 9:59 pm

      Itulah namanya debat bro..

      Anehnya KJ yang mencabar Rafizi untuk berdebat, kenapa KJ cuba mengelak pulak.

      Elok jugak debat KJ VS Rafizi disiarkan secara langsong.

  • emjay  On December 9, 2011 at 8:53 am

    SDR ARAI

    Boleh percaya akan ada sisatan yang telus dan mahkamah yang transapernt di mesia ni?

    berapa banyak kes yang lepas begitu shj… tanpa ada apa2 sisatan. berapa banyak repot polis yang dibuat… tapi polis sibuk dengan politik sahaja, hinggakan jenayah berleluasa. penjenayah menjadi maharaja.

    bila repot melibat umno, kes mati begitu sahaja. belumpun apa2 lagi menjelang perhimpunan umno, “police inspector general” dah umum tak ada penyelewengan. Tapi bila berkenaan PR, belum ada repot… baca suratkabar utusex je terus buat siasata… dan umumkan kita dah buka kertas siasatan… dan akan diserahkan kpd peguam negara untuk pendakwaan… oh mesiaku

  • isa samad  On December 11, 2011 at 3:39 pm

    bolehla aku tengok geng mamak taik vs melayu sejati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: