Gambar Banglo Apek Khairul Hadiah Dari Kerajaan Kelantan


SIAP…banglo baru bakal diserahkan kepada Apek tidak lama lagi.

Banglo Apek (Khairul fahmi)

KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.

Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.

“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.

“Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya.

mymetro

Nota: Hebat jugak kerajaan negeri Kelantan. tahniah kepada Tok Guru Nik Aziz selaku menteri besar Kelantan yang menghargai jasa anak negeri menjulang Piala AFF Suzuki.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • azlan  On December 7, 2011 at 9:04 am

    untuk ahli maksiat hangpa bagi harta. untuk ahli agama apa yang hangpa bagi?

    • abu shahid  On December 7, 2011 at 11:20 am

      Ada banyak dah bagi bro..

      ini untuk penghargaan macam la kat negeri lain pun.kalu tak bagi nanti ada orang kata kerajaan Kelantan tak tau menghargai jasa anak negeri pulak..

  • johan bin ramli  On December 24, 2011 at 7:20 pm

    Jasa apek amat besar…sepatutnya bagilah juga tanah, dan segala kemewahan yang ada. Kerajaan hendaklah memberi gaji imbuhan yang berpadanan berjumlah jutaan ringgit sebulan seumur hidup untuk Apek yang amat berjasa. Bagilah kebahagiaan kepadanya dengan segala harta benda yang ada baginya membeklanjakan kehendak hati agar beliau bahagia. Jasanya tidak ternilai besarnya, berbanding jasa anak Kelantan yang lain yang asyik mengata…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: