Cekik Darah Kolumpo: Segelas Air Kosong 80 Sen !


Ini macam betul betul cekik darah..

Segelas air kosong jer berharga 80 sen..gila ka apa ka ?.lebih mahal dari minum air di negeri pak arab…

Betul betul cekik darah..seb baik wartawan tu tak cakap restoran mana satu? ..Agak agak hangpa laa restoran mana yang caj sampai 80 sen segelas air kosong ni ?..restoren mamak ke atau retoren melayu ?

Kalu beli air mineral dalam botoi kecik pun paling mahal $1.20 jer..ya dak ?

KUALA LUMPUR: Tindakan pengusaha restoran yang mengenakan caj tinggi terhadap segelas air kosong di beberapa restoran di ibu negara, nyata menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelanggan.

Caj air kosong antara 60 hingga 80 sen yang dikenakan ke atas pelanggan disifatkan sebagai melampau dan tidak masuk akal jika dibandingkan dengan kos sebenar penyediaan minuman terbabit.

Bagi pelanggan, Noralbaniah Ahmad Zakaria, 19, beliau berasa amat terkejut apabila melihat resit yang diberikan pelayan ketika membayar harga makanan di salah sebuah restoran tempatan, menunjukkan bahawa segelas air kosong berharga sehingga 60 sen.

Walaupun tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan itu, namun penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu terpaksa membayarnya kerana tidak mahu bertegang lidah dengan pengusaha restoran terbabit.

“ Saya memang terkejut bila tengok resit, harga air kosong adalah RM1.20 bagi dua gelas, kalau air mineral itu, tak apa juga, ini hanya air suam yang diletakkan satu atau dua ketul ais.

“Kita lihat, ada pengusaha sanggup menyediakan sajian air kosong tanpa sebarang bayaran kerana ia tidak membabitkan kos yang tinggi seperti gula mahupun perasa,” katanya kepada Berita Harian.

.

Aimi Ramli, 24, pula berkata ketiadaan harga air kosong dalam senarai menu diberikan pelayan restoran menyebabkan dia tidak menyangka caj dikenakan begitu tinggi, sedangkan jika di restoran lain, harga normal yang ditawarkan adalah 20 sen.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman , berkata pelanggan boleh memainkan peranan untuk mengelakkan situasi pengusaha mengambil keuntungan melampau dengan membuat aduan di bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

oleh fariza hamlan dan suzalina halid

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: