Dr Asri Zainul Abidin Masuk UMNO ?


Asri hang nak masuk Umno masuk pi laah

Desas desus ..sepoi sepoi bahasa..angin timur bawak hujan…hahahaha

Bukan main lagi depa duk bersembang di Parlimen kedai kopi kata dr Asri dah masuk Umno.

Yaa..Aku jawab kat depa..memang betui dr Asri dah masuk Umno, banyak kali dah beliau masuk Umno..hahahaha

Dr Asri pi masuk dewan Umno laa bro..kalu beliau nak masuk Umno jadi ahli seumur hidup pun tak apa..hahaha

Beliau pi nak tengok apa ada dan apa yang berlaku dalam Persidangan Angguk Umno tuu..Ada berapa orang kaki angguk, kaki tepuk dan kaki ampu..Aku ampu hang..Hang ampu aku..kantoi

Pakat pakat hentam DAP,PKR,PAS supaya nama dia ‘lekat’ atau tersenarai untuk jadi calon pada PRU13 nanti..hahahaha

Hentam habis habisan pemimpin Pakatan Rakyat…Dengan cara tuu agak agak hangpa laa..cabaran aku tempohari kepada semua pejuang Umnoputra boleh direlisasikan ka?

1. Harga ayam boleh bagi kepada rakyat $5.50 sekilo ?

2. Minyak pertol boleh turun balik harga ka semasa Tuan Haji Anwar jadi Menteri kewangan dulu ?

3. Pendidikan percuma untuk semua rakyat dari sekolah rendah ke peringkat tertinggi ?…

5. Telaga minyak yang digadai kepada Brunei Darussalam berharga $320 Billion apa cerita beb ?

5. Tanah Rezab Melayu yang ‘hilang’ sehingga kini tak berjawab.Tup tup bagi lagi Tanah Tanjong Pagar kepada Singapura !

6. Hangpa tambah laa pulak..hahahaha

OK..antara diatas DAP dan PKR serta PAS punya kerja ka?….

Aku bagi satu contoh di Kelantan ..Hangpa ingat senang ka ‘orang luar’ nak beli tanah negeri Kelantan ? Terbukti Pas lebih sistematik untuk memelihara anak melayu dan bukan melayu Kelantan.

Banyak lagi yang aku simpan…simpan sat..hahahah hahahaha

Asri nafi sertai Umno,mahu kekal ‘pemerhati luar’

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan beliau tidak ada sebarang rancangan untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk Umno buat masa sekarang.

Sehubungan itu kata beliau, kehadirannya pada Perhimpunan Agung Tahunan 2011 yang berlangsung sekarang hanyalah sebagai tetamu jemputan dan tidak harus dilihat sudah pun memutuskan untuk menyertai Umno.

Katanya, kehadirannya pada perhimpunan parti itu sekarang tidak boleh dianggap beliau sudah atau akan menyertai Umno.

Ini kerana, kata Asri (gambar), beliau pernah menerima dan menghadiri jemputan parti-parti lain termasuk PAS.

“Tidak, tidak. Saya hanya hadir sebagai tetamu jemputan, mereka jemput saya hadir, hormati jemputan, lagipun secara kebetulan saya ada masa,” kata beliau sambil menambah mahu kekal seperti sekarang di mana menjadi pemerhati dan penganalisis dari luar.

“Saya pun sepatutnya hadir pada 27 November lalu atas jemputan PKR, tetapi saya tidak sempat. Dulu saya pernah hadir muktamar PAS. DAP pun pernah jemput saya dua tahun lalu, tetapi saya tidak sempat pergi,” kata felo Pusat Pengajian Islam Oxford ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Asri berkata, “saya lebih suka berada seperti sekarang, menjadi pasukan ketiga, melihat dari luar.”

Selaku tetamu Umno Asri mengambil bahagian dalam hampir kesemua acara utama dan sampingan sejak empat hari lalu.

Beliau pernah disebut-sebut akan menyertai Umno tahun lalu bersama sekumpulan ulama muda, tetapi akhirnya memberi kenyataan bahawa mahu kekal tidak menjadi ahli politk mana-mana parti.

Asri juga berkata beliau gembira menjadi “pihak ketiga” dengan memberi pandangan dan nasihat kepada parti-parti politik.

“Ini bermakna parti-parti politik masih sanggup menerima pandangan daripada pihak ketiga. Ini perkembangan yang sihat,” kata beliau lagi.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • abu bakar abdullah  On December 9, 2011 at 11:58 am

    Biarlah dia Dr Asri nak masuk mana pun. Dia bukanlah figure yg cukup hebat. Sampai sekarang dia masih tak dapat menentukan pendirian. Jika masuk PAS sekalipun ibarat embun pagi nyaman untuk sementara dan kita akan terus-terusan panas sampai ke petang. Untuk apa? Apakah tidak cukup ilmu untuk meletakkan sepasang kaki pada satu tapak. Lebih baik pijakkan tapak dia kuat kat UMNO supaya jelas nanti pada kita. Tak mampu dia merasa kerasnya daging yg kami makan demi perjuagan. Tulislah sebanyak mana buku yg murni-murni bacaan pada halwa. Pendekar kenal langkah gerak pendekar yg lain. Dr Asri bukan dr kalangan pendekar. Luahlah luahan pada umat kononnya ikhlas dr hati. Hanya jauhari yg mengenal manikam. Biarlah Dr. Asri nak kemanapun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: