Orang Bijak: Lisa Surihani Ambil ‘Anugerah’,Tak Masuk Umno pun


LISA SURIHANI (kiri) menerima anugerah Artis Wanita Muda Cemerlang daripada Rosnah di PWTC semalam

Laa.. aku duk ingat kot Lisa Surihani dah masuk jadi puteri Umno.

Rupa rupanya dia pi ambik anugerah saja..ambik laa dah orang bagi..kalu tak ambik nanti orang kata sombong pulak!

Kalu depa puteri Umno huloq lagi RM 100k ka , hang sapu saja laa..lagi baguih kan,kan ..kan.

Teringat aku cara pendekatan politik orang Kelantan..Umno bagi macam macam bro..semua depa ambik,termasuklah kipas angin,mesin buat kuih alat alat pertanian dan yang lebih hebat pakat pakat keluaq parti islam PAS dan pakat pakat tubuh Cawangan Umno..tapi PAS jugak yang menang pilihanraya…hahaha hahahaha…kantoi

Kata sorang kawan aku OKU orang kuat Umno di Tanah Merah Kelantan..Tubuh Cawangan Umno tu seumpama pasang bubu tunggu nak ‘makan ‘ duit Umno..hahahaha

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO mengiktiraf bakat pelakon wanita popular tanah air, Lisa Surihani Mohamed, menerusi anugerah Artis Wanita Muda Cemerlang sebagai menghargai kejayaannya dalam bidang lakonan.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selepas beliau menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah itu, Lisa Surihani, 25, berkata, ia secara tidak langsung memberi semangat kepadanya untuk terus mengorak langkah dan bekerja keras dalam bidang yang diceburinya.

“Anugerah ini memberi semangat kepada saya dan mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang seni.

“Bagaimanapun, saya menasihati golongan muda yang ingin menjadi pelakon agar tidak meninggalkan pelajaran mereka,” katanya.

kosmo

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: