Hasil niaga Fauzi Nawawi $118,000.00 lesap
KUALA LUMPUR – “Saya tawarkan RM5,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat hingga tertangkapnya pencuri itu,” kata pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi.
Beliau berkata selepas geram dengan tindakan seorang pekerjanya warga Bangladesh berusia 20-an yang melarikan RM118,000 wang hasil perniagaan dan peruntukan perbelanjaan restoran berasaskan makanan Iran miliknya di Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng, di sini, yang diusahakan bersama seorang rakan berasal dari Iran.
Kehilangan wang dan suspek disedari kakitangan restoran berkenaan jam 5 pagi kelmarin sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.
Menceritakan semula kejadian itu, Fauzi berkata, dia dan rakannya itu mengambil alih restoran berkenaan hampir dua bulan lalu daripada pemilik asal yang menghadapi masalah kewangan.
“Sebelum memulakan perniagaan, saya membayar tunggakan gaji tiga bulan kepada semua pekerja dan mengambil semula mereka bekerja dengan saya.
“Ini bertujuan melancarkan urusan perniagaan kerana semua pekerja sudah terlatih,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menurutnya, suspek yang mencuri wang berkenaan ditugaskan menjadi juruwang dengan gaji RM2,000 sebulan dan disebabkan itu dia tahu tempat wang perniagaan disimpan.
“Pekerja lain menyedari kehilangan wang dalam peti simpanan itu jam 5 pagi selepas membuat kiraan sebelum menutup restoran. Manakala, suspek sudah menghilangkan diri sejak jam 3 pagi.
“Mereka (pekerja) memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek sudah meninggalkan kawasan restoran,” katanya.
Fauzi berkata, beberapa pekerjanya bergegas ke kediaman suspek di Keramat, di sini sebelum hampa apabila dia sudah keluar dari rumah itu.
“Saya yakin wang yang dicurinya itu masih berada dalam simpanannya. Malah, perasaan saya kuat mengatakan dia masih berada di ibu kota,” katanya. Fauzi berkata, sesiapa yang mengenali lelaki terbabit atau terserempak dengannya boleh menghubungi balai polis terdekat atau pekerjanya, Ong Bak di talian 013-2244386.
myMetro
Comments
kau tu yang bodoh …. apa hal bagi mamat luar negara tu jaga duit…. org luar ne aku nak peringat …. jangan sekali bagi jaga duit… tak kira apa keja pun … tak kira hang partner ngan depa ka… atau depa keja… aku nak bagi tau depa ne keja tak ikhlas , amanah … depa tunggu peluang … saja …. ingat pada orang di luar sana…. silap2 nak baik sangat bini hang depa sapu … aku cuma bagi tau … kalau nak cerita ..aku boleh bagi 1000cerita macam hang kena…….ingat baik macam mana pun … fikir apa yang aku kata…. maaf kasar … utk info aku tak pernah kena… tapi kekawan aku …. jangan cite la…..
ya allah!!!!!!!!!!
fauzi hang ni pikir lar dulu……tngok apo dh jdi kt hang….hbis duit lesap…….so ingatkn kt kekawan korng yer??????????????