Gani Patail ‘Terkena’ Lagi..


Mahkamah tolak rayuan Peguam Negara

Keputusan ini sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 OKT Lebuhraya Kesas.

SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato’ Abdul Rahim Uda hari ini menolak rayuan Peguam Negara dan sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 Orang Kena Tahan (OKT) Lebuhraya Kesas dari dua pertuduhan di bawah Seksyen 27 Akta Polis.

Kesebelasan mereka dituduh atas pertuduhan berhimpun secara haram dan engkar perintah polis untuk bersurai.

Pada tahun 2009, kesebelasan mereka telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas kedua-dua pertuduhan tersebut tetapi kemudian Peguam Negara telah menfailkan rayuan ke mahkamah Tinggi bagi mengenepikan keputusan tersebut.

Pada hari ini, 25 November bertepatan 11 tahun yang lalu, kerana pada tarikh yang sama pada tahun 2000, mereka dan kira-kira 145 orang yang lain telah ditangkap oleh pihak polis di beberapa lokasi di Lebuhraya Kesas kerana menghadiri satu perhimpunan yang dipanggil ‘Perhimpunan 100,000 Rakyat’ yang dirancangkan berlangsung di satu lokasi di Jalan Kebun, Klang.

Hakim Abdul Rahim dalam penghakiman lisannya menyatakan bahawa antara lain pihak Pendakwaraya gagal ‘menimbulkan keraguan munasabah’ tentang lokasi sebenar perhimpunan haram tersebut.

Ini kerana dari beberapa bukti dan kenyataan jelas menunjukkan bahawa lokasi perhimpunan yang dirancangkan ialah di Jalan Kebun tetapi kesemua OKT dan ribuan lagi pengguna lain lebuhraya tersebut berkumpul secara ‘spontaneous’ (secara tidak rancang) di Lebuhraya Kesas akibat kesesakan di lebuhraya tersebut.

‘Double standard’

Tegasnya, Pendakwaraya juga gagal membuktikan bahawa amaran bersurai oleh pihak polis menggunakan pembesar suara tersebut dapat didengari secara jelas oleh orang ramai yang berkumpul di lebuhraya tersebut.

Kesemua OKT diwakili oleh peguam Yusmadi Yusoff yang juga ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang dan Puan Farah Farhana.

Antara 11 OKT yang dibicarakan itu ialah Haji Sahri Bahri, bekas Setiausaha Agung PKR; Abdul Razak Ismail, Pembantu Khas Kepada

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Andalas Dr. Xavier Jayakumar dan S. Pusphalingam, ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.

Rata-rata OKT melahirkan rasa kurang senang terhadap sikap ‘double standard’ Kerajaan Barisan Nasional kerana baru semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat.

Rang-rang undang-undang tersebut bertujuan ‘menghapuskan’ Seksyen 27 Akta Polis tetapi dalam masa yang sama Peguam Negara masih bertegas untuk meneruskan pertuduhan tersebut di Mahkamah Tinggi.

fmt

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: