Seperti ramalan beberapa orang blogger ternama bahawa kain tudung Rosmah Mansor tidak akan ‘lekat’ di kepala memang benar berlaku..Ini untuk kedua kalinya ,pertama sewaktu di Hawaii.
Kita bukanlah nak komplen soal tutup kepala samada bik mama nak pakai atau tidak..itu terpulang kepada beliau sendiri..pilihan ada ditangan beliau sendiri..Tetapi ketetapan agama bolehkah begitu..
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan Ani Yudhoyono ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-19 di Nusa Dua, Bali, semalam. – Foto BERNAMA
Perkara yang menarik untuk dibuat diperhatikan ialah kenapa sejak baru pulang dari mengerjakan fardhu haji bik mama tak mahu pakai tudung?…ini satu bentuk pemodenan kepada bakal bakal hajjah yang lain pulak untuk tahun depan..
Kita percaya ramai rakyat Malaysia yang sayangkan ‘first lady’ ingin melihat perubahan bik mama bila pulang dari tanah suci Makkah..Ramai yang mendoakan supaya perubahan berlaku kepada cara berpakaian bik mama..Jika dihadapan Baitullah boleh menutup aurat dan bertudung selengkapnya, apalah sangat untuk teruskan amalan yang dituntut disisi agama itu diteruskan bila berada dimana jua..
Tak rugi pun..Kalu beg tangan birkin boleh dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit,masakan kain tudung tak berapa sen pun tak boleh dibeli.
Banyak tanda tanda keberkatan amalan Haji yang boleh dilihat tapi itu biarlah pak pak Ostad yang terangkan..
Ada lagi satu perkara mengenai ejen promosi Haji Najib dan Hajjah Rosmah yang menjadikan keadaan pasangan ini bertambah kontroversi…
Ejen FBC Najib pernah bekerja untuk regim Mubarak Mesir
Syarikat penerbitan London, FBC Media yang diupah kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak, didapati pernah bekerja untuk rejim bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.
Mubarak yang berkuasa di Mesir selama 30 tahun digulingkan menerusi revolusi pada 25 Januari lalu, menyaksikan jutaan rakyat Mesir turun ke jalan raya selama 18 hari.
Perkara itu disahkan akhbar The Independent UK dalam laporan mengenai Perbadanan Penyiaran British (BBC) yang turut membeli program terbitan FBC Media.
“The Independent mendapati FBC pernah bekerja dengan rejim bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak,” kata akhbar itu dalam rencana mereka berjudul “Skandal program ‘murah’ BBC terdedah.”
Menurut akhbar itu, BBC kini berhadapan siasatan badan penyelaras penyiaran di UK, Offcom di atas penyiaran 15 program editorial yang hanya menelan “kos yang kecil”.
Lapan daripada 15 program yang diperolehi BBC itu datangnya daripada FBC Media, yang menerima bayaran 17juta pound daripada pentadbiran Najib untuk memperbaiki imej pentadbirannya di peringkat antarabangsa.
FBC dilaporkan menghasilkan tujuh program untuk BBC di Malaysia, empat daripadanya untuk siri “Develop or Die”.
BBC kini dilaporkan bertindak menamatkan kontrak mereka dengan FBC.
“Berkenaan FBC, kami dengan segera menggantung penyiaran program dari FBC apabila sedar tentang isu ini dan FBC sendiri kemudiannya mengaku yang ia bekerja untuk kerajaan Malaysia,” kata jurucakap BBC seperti dilaporkan The Independent.
Sebelum ini kerajaan mengaku melantik FBC Media sebagai konsultan untuk menaikkan imej Malaysia dan juga Perdana Menteri di peringkat antarabangsa.
Kontrak selama setahun itu disambung sebanyak dua kali dan tamat pada 2010 dengan kos perbelanjaan selama tiga tahun sebanyak Euro 19.6 juta (RM84 juta).
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23077
Comments
mampus la kau orang…bini sekor2 tak tutup kepala
bukannya dia tak pernah dinasihatkan , pernah tapi apabila diri dah tak nak pakai kita tak bole nak buat apa.. nak paksa dah besar.kita sepatut mendoakan dia berubah dan kalau nak nasihat biarlah dgn cara yg betul jgn lah dicerca sesuka hati . kita sebagai rakyat patut menyokong datuk najib dr belakang .
Hidayah itu dari Allah, kalau Allah tak bagi tak ada sapapun yg boleh bagi, itu rezeki masing2, cuma Allah dah bagi akal tu gunalah dengan betul kalau tak kita akan jadi lebih hina dari binatang,Waullahua’lam
doakanlah semoga Allah beri hidayah kepada mereka berdua
bukan untuk mereka berdua jer… untuk semua umat manusia