Gambar Kontroversi Pope Venedict Cium Ulama al Azhar


CETUS MARAH…antara imej dimanipulasi (dari atas kiri), Obama bersama Chavez, Angela dan Sarkozy, Ahmed dan Benedict serta Hu dan Obama.

Vatican berang pope dipersenda oleh Benetton

ROME: Vatican semalam mengeluarkan kecaman terhadap kempen global syarikat pakaian Benetton kerana turut memaparkan imej Pope Benedict XVI bercium dengan Imam Masjid al-Azhar, Sheikh Ahmed el-Tayyeb.

“Kita mesti menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap penggunaan melampau imej ketua paderi yang dimanipulasi dan dieksploit secara terbuka demi memenuhi kehendak kempen komersial,” kata kenyataan itu dibuat jurucakap Vatican, Federico Lombardi.

.
Menurut Lombardi, kempen komersial berkenaan menunjukkan rasa tidak hormat syarikat terbabit kepada pemimpin tertinggi Kristian serta menghina perasaan penganut agama itu.

Katanya, ia menunjukkan bagaimana sesuatu publisiti boleh dibuat secara provokatif tanpa menghormati orang lain yang menjadi peraturan asas demi menarik perhatian awam.
“Vatican mengkaji apa langkah sewajarnya perlu diambil bagi menjamin pembelaan adil terhadap imej Pope,” katanya.
Melalui iklan itu, Benedict dipaparkan berkucupan dengan Ahmed – seorang imam di Kaherah, Mesir, serta pemimpin Sunnah disegani.

Selain itu, Benetton juga menerbitkan imej lain yang turut memberi kejutan, membabitkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkucupan dengan Presiden China, Hu Jintao.
Turut dimanipulasi, imej pemimpin Venezuela, Hugo Chavez.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pula dipaparkan berkucupan dengan pemimpin Fatah Palestin, Mahmoud Abbas, manakala Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, berpasangan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.

.
Imej bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, mengucup Angela ditarik di saat-saat akhir selepas bilionair kaki perempuan itu mengemukakan surat peletakan jawatan minggu lalu.
Poster itu adalah sebahagian daripada kempen pengiklanan Benetton berjudul UNHATE dan dipaparkan di kedai di seluruh dunia, media cetak dan Internet.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Benetton, Alessandro Benetton, berkata iklan itu adalah “provokasi membina” untuk mempromosi sikap toleransi.

.
“Kami memilih isu sosial dan aktif mempromosi isu kemanusiaan ke seluruh dunia,” katanya.

AFP

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: