Tok Imam 64 Tahun ‘Lega’ Dapat Bini 26 Tahun


Kalu dah jodoh..takkan kemana bro..

Jodoh imam dengan gadis muda

TANAH MERAH – Perarakan 60 kereta dan 40 motosikal dengan 11 das tembakan ke udara mencipta kelainan sempena meraikan majlis perkahwinan Imam Bechah Laut bersama gadis yang 37 tahun lebih muda.

Mat Ibrahim, 64, berkata, jodoh pertemuan ditentukan ALLAH SWT dan perkahwinan keduanya itu akhirnya ditakdirkan bersama gadis 37 tahun lebih muda, Normahayu Shamsudin, 26.
Menurutnya, majlis akad nikah dilangsungkan pada tarikh 11.11.11 tepat jam 11 malam di Masjid Batu 11 dengan hantaran RM5,011.

“Kami tidak pernah berjumpa, cuma saya pernah menyatakan hasrat hati untuk mendirikan rumah tangga kepada rakan baik yang kemudiannya memperkenalkan saya kepada anak saudaranya.

“Perkongsian hidup bersama arwah isteri yang meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang awal Syawal lalu, selama 40 tahun tidak kurniakan dengan zuriat membuatkan saya tegar untuk menikah kali kedua dengan harapan impian untuk memiliki anak sendiri tercapai nanti,” katanya kepada Sinar Harian pada majlis kesyukuran sempena meraikan majlis perkahwinannya yang dihadiri 1,000 penduduk sekitar.

Mat berkata, hasratnya itu pasti jadi kenyataan apabila mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati dengan restu kedua-dua keluarga.

“Walaupun sudah berumur, namun keluarga isteri dapat menerima saya seadanya dan merestui perhubungan ini.

“Selepas ini saya tidak lagi sunyi apabila sudah ada yang menemani setiap masa jika dulu hanya menumpang kasih anak saudara dan adik beradik,” katanya.

Sh

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: