Kontroversi Filem Berunsur Lucah ‘Aire Libre’ di Pawagam Malaysia


Apa sudah jadi bro?

Macam mana filem ni boleh ‘terlepas’…hahaha…terlepas pandang lagi ke?

Ramalan blogger blogger otai yang Malaysia akan bebas menayangkan filem seks sudah terjadi!

Pak Menteri tidoq lagi ke?..Apa alasan terbaik Pak Rais Menteri penerangan?

LPF kecewa filem Aire Libre ditayang tanpa tapis

Lembaga Penapis Filem (LPF) akan memanggil Golden Screen Cinema Sdn Bhd (GSC) dan pengedar filem Aire Libre yang telah ditayangkan kepada umum tanpa menjalani pemotongan seperti diarah agensi itu.

Laporan media baru-baru ini menyebut GSC telah memohon maaf kerana menayangkan filem Amerika Latin itu, yang didakwa membawa unsur-unsur lucah.

Pengerusi LPF Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap berkata filem itu telah ditayangkan di pawagam GSC cawangan One Utama, Petaling Jaya; Mid Valley; dan Pavillion di Kuala Lumpur sempena Festival Filem Amerika Latin edisi ke-10 pada 20 hingga 23 Oktober lalu.

“Berdasarkan laporan penilaian LPF pada 22 Ogos lepas, filem tersebut telah diluluskan untuk siaran dengan bersyarat iaitu potongan perlu dibuat terhadap 14 adegan yang tidak sesuai dan hanya selepas itu, baru ia boleh diklasifikasi sebagai PG 13.

“PG 13 ialah kategori filem yang sesuai untuk tontonan umum bagaimanapun penonton berumur di bawah 13 tahun hendaklah diiringi ibu bapa atau penjaga,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Laporan Bernama Online menyebut filem Aire Libre, arahan Luis Armando Roche dari Venezuela, pernah memenangi beberapa anugerah seperti OCIC Award (Anugerah Filem Terbaik) di Festival Filem Havana pada 1996 dan Anugerah Patron’s Award (Anugerah Filem Terbaik) di Festival Filem Antarabangsa San Diego pada 1997.

Raja Azahar berkata susulan daripada aduan orang ramai yang membantah mengenai adegan yang keterlaluan dalam filem berkenaan ketika ditayangkan di pawagam GSC, siasatan telah dijalankan LPF.

“Hasil siasatan LPF mendapati bahawa pihak pengedar filem Aire Libre tidak membuat pemotongan seperti diarahkan oleh LPF berdasarkan peraturan di bawah Seksyen 11, Akta Penapisan Filem 2001,” katanya.

Beliau berkata, oleh kerana permohonan tayangan filem itu dibuat oleh Kedutaan Venezuela maka wakil kedutaan akan turut dijemput hadir bersama pegawai Kementerian Luar Malaysia.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • malar  On November 15, 2011 at 7:40 pm

    BODOH punya LPF!! Kasi strait la..benda dah berlaku nak buat apa lagi..
    Bahalol betul!! Jangan bagi amaran sahaja..ni semua agenda nak merosakkan orang di Malaysia..

    Pihak GSC apa peduli, paling koman..benda dh berlaku minta maaf je bukan senang pun..

    KAMI NAK TINDAKAN BERAT DI AMBIL BUKAN CAKAP2 KOSONG..

  • Allan Haslam  On January 10, 2012 at 11:47 am

    This is one awesome blog.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: