Apa Cerita K.R.U Pun Pakai Bomoh Jugak ?


Betul ke KRU pun guna khidmat bomoh

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga bekas ahli korporat besar, Datuk Mohamad Hassan adalah antara mereka yang percaya kepada bomoh hujan.

Beliau pernah meminta bomoh hujan di negerinya bercuti dan tidak menerima sebarang tempahan memindahkan hujan ke tempat lain dalam usaha mengatasi krisis air yang sedang berlaku.

Permintaannya itu bukan bernada gurauan, tapi serius.

“Saya minta semua bomoh hujan bercuti dulu sehingga empangan kita penuh,”

Itulah lebih kurang yang penulis ingat mengenai ucapan Mohamad tempoh hari.

Dan jangan tak tahu, banyak majlis keraian negara turut menggunakan khidmat bomoh hujan ini.

Fenomena guna bomoh hujan kini rupanya semakin popular di kalangan penggiat seni tanah air.

Jangan terkejut kalau penulis katakan yang Yusry KRU pun dah mula guna khidmat bomoh hujan ini ketika mengarahkan filem terbarunya, Vikingdom.

Vikingdom kini sedang menjalani penggambaran di’sekitar Malaysia di’bintangi oleh beberapa nama besar Hollywood seperti Dominic Purcell (Prison Break), Jon Foo (Tekken), Natassia Malthe (Dead or Alive) dan beberapa orang lagi.

Proses perfileman di Malaysia dijangka tamat sekitar hujung Disember 2011 dan filem ini di’jangka siap untuk tayangan selewat lewatnya hujung tahun 2012.

Yusry KRU berkata beliau sendiri pada mulanya tidak mempercayai kaedah bomoh hujan tetapi selepas menyaksikan sendiri apa yang terjadi, ia bukan sesuatu yang mustahil.

Terus-terang, penulis tidak terkejut dengan tindakan Yusry, maklumlah dalam menghasilkan filem yang tinggi bajetnya seperti Vikingdom, kos nak kena kawal juga.

Kalau nak shooting asyik hujan je, taukeh balak pun bangkrap.

Kadang-kadang penulis rasa kelakar juga bila anak muda seperti Yusry boleh percaya bab bomoh-bomoh ni tetapi kalau setakat bomoh hujan rasanya taklah berat sangat (selagi tak menyekutukan Allah).

Jangan sampai MEMBOMOHKAN orang lain dah ler, itu baru orang panggil kes naya…tak gitu bro?

Oleh SYAHRIL A. KADIR

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Ahmad Zaki  On November 13, 2011 at 2:37 pm

    Assalamualaikum….

    Mereka ini, solat dan berdoa pada Allah SWT tak ada pula buat untuk memohon agar Allah SWT mempermudahkan pekerjaan mereka, tetapi meminta pertolongan bomoh pula.

    Dah la pula dalam filem ada unsur-unsur maksiat, lelaki perempuan berpelukan, bersentuhan, tidak menutup aurat… Jika inilah yang dipaparkan dalam filem, ia laksana mempromosikan maksiat pada rakyat, seolah-olah maksiat itu perkara kecil ataupun biasa….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: