Kena Raba Pasal Tak Layan ‘Ayat Power’ Mamat Bangla


Lelaki Bangladesh cabul jurujual wanita

KAJANG: Berang ‘ayat manisnya’ tidak mendapat layanan seperti diharapkan, seorang lelaki warga Bangladesh mencabul seorang jurujual wanita di dalam stor penyimpanan makanan di sebuah pasar raya terkenal di Semenyih, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa yang berseorangan menyusun barangan di dalam pasar raya berkenaan sebelum lelaki itu tiba-tiba muncul dan mengajak mangsa bersembang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata mangsa yang berusia 44 tahun pada mulanya hairan melihat gelagat suspek yang ‘mesra’ walaupun tidak pernah berbual dengannya.

Katanya, mangsa tidak menghiraukan kehadiran suspek, tetapi suspek masih cuba mengajak mangsa berbual.
“Topik perbualan pada mulanya berkisarkan pekerjaan kemudian bertukar kepada topik berbaur lucah menyebabkan mangsa tidak selesa.
“Keengganan mangsa melayaninya menyebabkan suspek berang dan memegang payudara mangsa menyebabkan mangsa terkejut,” katanya.

Mangsa bagaimanapun cuba menjarakkan diri dengan suspek dengan harapan suspek tidak mengulangi perbuatannya dan beredar.
Suspek yang masih tidak berpuas hati menghampiri mangsa dan memegang payudara mangsa sekali lagi.

“Mangsa yang tersentak dengan tindakan suspek menjerit sehingga menarik perhatian pekerja lain di dalam stor berkenaan.
“Terkejut dengan jeritan mangsa, suspek meninggalkan stor berkenaan dan mengarahkan mangsa tidak menceritakan kejadian berkenaan kepada sesiapa,” katanya.
Ab Rashid berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Semenyih.

HM

* gambo diatas hanya hiasan

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: