Penyelaras Dun Telok Datok Kena Simbah Arak


Penyelaras DUN disimbah arak

TELOK DATOK – Penyelaras Pembangunan Persekutuan Dewan Undangan Negeri (Dun) Telok Datok, Ng Siok Hwa diserang seorang lelaki berusia dalam lingkungan umur 60-an ketika hadir ke suatu majlis perasmian di sebuah tokong di Sungai Jarom.

Kejadian yang berlaku kira–kira jam 7 malam, Isnin lalu itu menyaksikan warga emas berkenaan menghampirinya dengan menyimbah segelas arak di kepala mangsa sejurus mangsa bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Nordin Manan berkata, lelaki berkenaan ditahan akibat mencederakan mangsa dengan memukul di bahagian belakang kepala namun berjaya dileraikan tetamu yang berada di situ.

“Berikutan itu, arahan ke atas orang kena tuduh (OKT) diperoleh untuk dituduh di bawah Seksyen 323 KK, 186 KK dan Seksyen 14 Undang-Undang kecil hari ini di Mahkamah Telok Datok,” katanya.

Sementara itu Siok Hwa berkata, beliau akur dengan arahan pihak penganjur supaya tidak memberi ucapan berbaur politik namun terkejut apabila didatangi seorang lelaki yang membawa segelas air arak lalu menyimbah ke atas kepala dan memukul dari arah belakang.

Menurutnya, sebagai seorang penasihat tokong, beliau tidak tahu mengapa dirinya diserang oleh warga emas terbabit sedangkan tiada sepatah perkataan dalam ucapannya berunsur politik kerana sudah diingatkan beberapa kali supaya tidak mempolitikkan pentas tersebut.

“Bagaimanapun, saya berharap kes ini dapat disiasat dengan lebih terperinci supaya kejadian sama tidak berulang lagi.

“Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut melemparkan kata-kata kesat kepada polis ketika menahan lelaki tersebut,” katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Sungai Jarom.

Sh

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: