SENSITIF…gambaran sekumpulan haiwan sedang membantu menyiapkan bahtera Nabi Nuh yang disiarkan pagi semalam.
RTM mohon maaf
KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja.
Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.
RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2.
Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.
Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba.
HM
Nota: Ustaz ustazah di RTM tidur ke?. Ini maknanya tidak ada kawal selia yang serius sebelum apa apa rancangan diterbitkan untuk tontonan awam.Tunggu kena tibai baru nak mintak maaf.
Comments
tak sengaja kepala bana ko… dah berjuta kanak2 muslim yg menonton siaran tu, ko boleh minta maaf camtu jer… banggang punya makhluk… kalau rasa tak boleh kerja dgn betul, letak je jawatan, jangan menyesatkan org lain…
Celaka punye RTM UMNO/UMPORNO
Setiap filem/animasi/penerbitan yang masuk kenegara ini perlu ditapis oleh KDN di Putrajaya. Adakah mereka memang tak jalankan kerja atau memang tak tahu hukum agama?
memang banyak dah berlaku.tp buat tak kisah je RTM ni..Mungkin tidak takut sbb mereka dibawah kerajaan juga.maka terjadilah “Ini perkara kecil”.