Nabil Tembak Gaddafi ?


ini bukan Nabil ‘Raja Lawak’ laa..

ini Nabil Libya punya duk mai.

Nabil Ali dikatakan menembak Muammar Gaddafi

TRIPOLI – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati ditembak oleh seorang pejuang anti pemerintahannya yang berusia di bawah umur, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Menurut akhbar The London Times, Gaddafi mati ditembak dengan menggunakan sepucuk pistol bersadur emas miliknya oleh Nabil Ali.

Gaddafi membawa pistol itu semasa dia ditangkap oleh para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di dalam saluran pembentungan di luar bandar kelahirannya di Sirte pada Khamis lalu selepas beberapa pengikutnya turut terbunuh.

Dalam kejadian itu, konvoi Gaddafi diserang oleh jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyebabkan dia melarikan diri ke dalam saluran pembentungan tersebut.

“Gaddafi pada mulanya ditangkap oleh para pejuang dari timur,” kata satu sumber.

“Kemudian, kumpulan pejuang Misrata muncul untuk membawanya.

“Kumpulan pejuang dari timur tidak suka dengan (tindakan itu) menyebabkan seorang pejuang menarik pistol Gaddafi dan menembaknya. Kumpulan itu memberitahu kumpulan dari Misrata bahawa anda boleh mengambilnya sekarang,” tambah sumber tersebut.

Sumber itu memuji pemuda yang membunuh Gaddafi sebagai wira Libya.

“Kami tahu siapa yang membunuhnya. Dia merupakan seorang rakyat Libya. Justeru, kami akan melindunginya. Dia di bawah umur, justeru, dia tidak boleh dihadapkan ke mahkamah,” kata sumber tersebut.

Akhbar Mail Online melaporkan bahawa pemuda yang menembak Gaddafi itu berumur 17 tahun.

Agensi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: