Kalaulah Kavita Kaur…


Manusia ego boleh jadi berada di mana-mana sahaja, boleh jadi di tempat kerja, rumah atau boleh jadi juga berada di dalam diri kita sendiri.

Dalam menjalani kehidupan, tentunya kita tidak terlepas daripada terpaksa berhadapan dengan manusia yang jenisnya ego teramat sangat.

Mereka ini boleh jadi berada di mana-mana sahaja, boleh jadi di tempat kerja, rumah atau boleh jadi juga berada di dalam diri kita sendiri.

Berhadapan dengan manusia ego ini, memanglah banyak menguji kesabaran dan sedikit-sebanyak boleh menyakitkan hati.

Apatah lagi apabila terpaksa menyaksikan si ego tadi tampak beriya-iya benar mempertahankan kejahilannya.

Mungkin disebabkan si manusia ego ini merasakan kedudukan atau tarafnya yang lebih tinggi maka tidak mudah bagi mereka untuk menerima pendapat yang datangnya dari bawah.

Bagaimanapun setiap keegoan manusia-manusia ego ini tetap mempunyai titik kelemahan sekaligus boleh dilenturkan dalam banyak cara.

Suami hadapi isteri ego

Bagi seorang suami yang menghadapi masalah berhadapan dengan isteri yang tidak boleh ditegur, mungkin dengan menyogok si isteri dengan kegemarannya mungkin sedikit sebanyak dapat memberi sedikit ruang untuk si suami bersuara.

Sekiranya si isteri suka menjadi tumpuan, maka berikanlah ia kedudukan istimewa bagi membolehkan beliau mendapat tumpuan.

Sekiranya si isteri gemar dengan barangan berjenama dan jika dalam kemampuan mungkin dengan sedozen tas tangan jenama Birkin dapat melembutkan lagi hati si isteri yang tak reti bahasa bak kata orang kampung itu.

Bagaimanapun, mungkin ianya tidaklah mudah sekiranya si suami mempunyai kesilapan lalu yang bukan sekali dua seperti mempunyai kegemaran bermain-main di luar contohnya.

Secara otomatik kelincahan di luar si suami tadi akan menjadikan si isteri yang ego tadi memiliki kuasa veto dan kelincahan lalu si suami tadi akan sentiasa diungkit-ungkit dari semasa ke semasa.

Maka untuk situasi ini, sedozen tas tangan jenama Birkin tidak lagi mencukupi tetapi ada baiknya belikan sahaja barangan kemas yang mustahil mampu dimiliki oleh rakan-rakan si isteri tadi.

Mungkin dengan cara ini, si isteri dapat mendiamkan sedikit si isteri dan si suami tadi pula tidaklah lagi perlu melalui sesi soal-siasat si isteri setiap kali sebelum masuk beradu.

Sekiranya contoh yang disebutkan di atas tadi berlaku kepada orang kebanyakan mungkin tidak berapa memberi kesan kepada masyarakat sekeliling.

Paling kuat pun, mungkin hanya menjadi bahan gosip kerana dianggap takutkan isteri oleh ahli mesyuarat tingkap di kawasan kejiranan yang mereka diami itu.

Bagaimana pula sekiranya ia berlaku kepada seorang pemimpin yang dipandang tinggi dan turut berperanan dalam menentukan dasar dalam sesuatu kelompok masyarakat, tentu parahkan?

Sedikit sebanyak situasi tersebut menjadi bebanan apatah lagi apabila ada yang mula menuduh isterinya itu adalah ‘mastermind’ sebenar di sebalik keputusan yang dibuatnya bagi kelompok masyarakat itu.

Menundukkan lelaki ego

Pendekatan yang sama juga boleh digunakan bagi menundukkan kerenah ego bagi lelaki, lebih-lebih lagi bagi yang berkedudukan tinggi.

Bagi sesetengah lelaki yang memiliki kedudukan seperti ini, kadang-kala dianggap memiliki sikap ego yang begitu tebal di dalam diri mereka.

Bagi mereka ini, kata-kata yang mereka lafazkan adalah sahih dan lebih afdal walaupun dibandingkan dengan fatwa sekalipun.

Lazimnya tiadalah sesiapa orang-orang di bawah lelaki seperti ini yang berani untuk menyanggah kata-katanya disebabkan kebimbangan menerima akibat yang maha dahsyat sekali.

Bagaimanapun mereka ini juga adalah manusia biasa, mempunyai titik kelemahan masing-masing yang boleh menyebabkan perasaan ego, meninggi diri dan riak dilenturkan. Sama seperti di atas lelaki seperti ini boleh sahaja disogokkan dengan apa-apa perkara yang digemari atau diminatinya.

Dalam kes seperti ini, kalaulah si lelaki ego tadi adalah teman saya yang merupakan peminat Kavita Kaur dan gemar melepak di Hard Rock Cafe, tentulah egonya cepat cair sekiranya jelitawan tersebut mendatangi beliau untuk memujuk!

fmt

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: