Putera Mahkota Arab Saudi Meninggal Dunia


Putera Sultan Abdul Aziz meninggal dunia

DUBAI: Putera Mahkota Arab Saudi Putera Sultan Abdul-Aziz yang menerima rawatan di luar negara meninggal dunia pada Sabtu, demikian menurut satu kenyataan rasmi dibawa agensi berita kebangsaan SPA.

Putera Sultan merupakan adik kepada Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz.

“Putera Sultan telah meninggal dunia di luar negara subuh ini kerana sakit,” kata kenyataan itu.

Sultan, yang dipercayai berusia 86 tahun, berada di Amerika Syarikat kerana sakit dan menjalani rawatan sejak Jun lalu.

Selain selaku putera mahkota negara pengeskport minyak terbesar dunia itu, Putera Sultan juga merupakan menteri pertahanan dan menteri penerbangan sejak empat dekad lalu.

Saluran televisyen Saudi menghentikan program siaran sejak awal pagi ini dan hanya menyiarkan bacaan ayat-ayat al-Quran dengan imej Kaaba.

Upacara pengebumian akan berlangsung di ibu negara Saudi Riyadh Selasa ini, kata SPA lagi.

Raja Abdullah yang berusia lewat 80-an menjalani semula pembedahan awal bulan ini di luar negara dan kelihatan sihat sejak itu.

Menteri Dalam Negeri Putera Nayef, yang dinamakan sebagai timbalan perdana menteri kedua pada 2009, dijangka akan menggantikan tempat Putera Sultan sebagai Putera Mahkota.

Putera Nayef, berusia dalam lewat 70-an, dianggap sebagai lebih konservatif berbanding Putera Sultan dan Raja Abdullah.

Berbanding negara-negara Eropah dan negara lain, takhta Arab Saudi akan diwarisi oleh adik-beradik pengasas kerajaan Saudi, Ibn Saud yang meninggal dunia pada 1953.

reuters

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: