inilah Sebab Utama Muhyiddin Yassin “Semak Perut”


Setiap kali menjelang PRU inilah masalah BN sejak dulu kini dan selamanya.Bukan sahaja dikalangan parti perkauman Umno,malahan turut membusung dalam komponen Bn yang lain.

Beberapa kawasan hangat seperti Parlimen Kepala Batas,Parlimen Kubang Pasu, Sungai Petani,Langkawi ,Jerlun,Jerai dan lain lain lagi semakin menggusarkan dan semak perut TPM tak dapat disimpan lagi.

Bak kata pepatah semak perut Pak Lah pada PRU12 kini betul betul dirasai oleh Muhyiddin.Konvensyen demi konvensyen Bn hanya menjadi ‘wayang cina’.Hakikatnya perebutan untuk menjadi calon pilihanraya dikalangan pemimpin Bn berterusan hingga ke hari penamaan calon.Kem kem pemimpin ini semakin giat berkempen untuk kepala juak juak masing masing.

Beberapa penganalisis politik berpendapat Pakatan Rakyat akan mendapat sokongan pertambahan sekitar 15 ke 20 peratus sokongan pada PRU13 berdasarkan rekod cemerlang pentadbiran .Bolehkah fitnah dan adu domba Umno/Bn mengatasi ‘track record’ PR ?

Masalah dalaman Bn perlu diselesai segera: Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan parti komponen Barisan Nasional (BN) segera menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing dan tidak menunggu sehingga tiba Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Bimbang dengan pergeseran dalaman parti, Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau telah mengadakan proses pertemuan dengan pemimpin parti komponen bagi membincangkan soal persiapan parti masing-masing menghadapi PRU nanti.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata beliau telah memanggil beberapa pemimpin bahagian dan memaklumkan kedudukan bahagian mereka seterusnya langkah yang perlu diambil untuk memperbaiki hubungan dan masalah sesama mereka.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selepas menghadiri majlis ‘Penerangan Perdana Nurani Rakyat Sayangi Selangor bersama Timbalan Perdana Menteri’ di sini hari ini.

Mengenai laporan penyelidikan oleh OSK Research yang meramal BN mempunyai peluang cerah memenangi PRU ke-13, Muhyiddin berkata walaupun berita itu menggembirakan namun mengingatkan ahli komponennya supaya tidak selesa dengan laporan itu.

“Maklumat yang diterima itu mungkin disampaikan oleh ahli-ahli kita berdasarkan kerja yang dibuat di bawah. Tetapi betul kita harus ada satu pihak lain yang boleh menilai kenyataan itu. Saya tidak mahu pertikai mungkin mereka ada asas-asas. Tetapi kami juga dalam parti tidak boleh hanya mengharapkan itu saja tanpa ada usaha kerja,” katanya.

Katanya masih banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk memastikan rakyat benar-benar memahami kesungguhan dan keikhlasan BN untuk membantu mereka.
“Jangan kita rasa yakin atau rasa selesa, kita punya tugas yang masih mencabar…banyak tanggungjawab yang perlu kita perlu laksanakan tetapi yang paling utama ialah perpaduan dalam parti,” katanya.

Muhyiddin berkata untuk mencapai kejayaan pada PRU ke-13 nanti, semua ahli parti komponen BN di semua peringkat perlu bersatu.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata lawatan sehari di Selangor jelas menampakkan kepercayaan rakyat negeri itu terhadap BN yang ternyata terpedaya dengan janji-janji manis Pakatan pada pilihan raya umum lalu.

Bernama

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: