Kisah Ular Lidi dah Telan Naga


Syarikat kerdil bolot projek mega ?

Ahli Parlimen Machang mempersoal pemberian kontrak bagi membina hospital baru kepada sebuah syarikat kerdil Najcom Sdn Bhd dan UEM Group Berhad.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal melaksanakan tadbir urus yang baik tetapi sebaliknya mendedahkan projek-projek mewah kepada rasuah dan salah guna kuasa.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, terkini ialah pemberian kontrak bagi membina hospital baru untuk wanita dan kanak-kanak kepada sebuah syarikat kerdil Najcom Sdn Bhd dan rakan usahasama UEM Group Berhad.

Beliau merujuk kepada laporan www.theedgemalaysia.com 19 Oktober lalu berhubung pemberian kontrak yang dianggarkan bernilai di antara RM700 juta hingga RM900 juta yang dimuatkan dalam Belanjawan 2012 dan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober.

Menurut Saifuddin dalam satu kenyataan media, Najcom ialah sebuah syarikat pembinaan yang tidak dikenali berpengkalan di Pulau Pinang yang dimiliki oleh individu-individu yang rapat dengan Barisan Nasional.

“Projeknya yang terbesar setakat ini ialah projek pembinaan Institut Nutraseutikal dan Pharmaseutikal di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang bernilai RM80 juta yang ditawarkan pada 2008.

“Selain itu, projek-projek Najcom yang lain kesemuanya kecil-kecil belaka yang bernilai kurang dari RM10 juta maka sukar untuk kita mempercayai syarikat itu mampu melaksanakan projek yang bernilai hampir RM1 bilion,” kata beliau yang juga setiausaha agung PKR.

Katanya, UEM Group Berhad sejak sekian lama mempunyai hubungan rapat dengan golongan elit Umno dan bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan parti perkauman itu.

“Oleh itu, kita memandang berat di mana sebuah lagi projek mewah diberi kepada syarikat-syarikat kroni secara rahsia dan berselindung disebalik inisiatif kewangan swasta (PFI – private finance initiative),” katanya.

Ujar beliau, “tidak dapat disangkal lagi bahawa kerajaan akan terlibat dalam pembiayaan projek ini, secara langsung atau tidak langsung, sama ada melalui jaminan kerajaan terhadap pinjaman-pinjaman yang akan dibuat oleh syarikat kerdil ini atau melalui pemberian aset-aset kerajaan.

‘Pintu belakang’

Saifuddin menegaskan selama ini BN telah menggunakan kaedah pembiayaan dengan menggunakan ‘pintu belakang’ dalam banyak projek rakyat sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009.

“Ini termasuk pembiayaan kos projek insfrastruktur terbesar MRT sebanyak RM55 bilion dan pembangunan semula tanah-tanah kerajaan di Sungai Buloh dan Sungai Besi oleh syarikat-syarikat swasta.

“Rakyat berhak untuk mengetahui maklumat secara terperinci berhubung penyerahan tugas membina hospital itu kepada Najcom dan UEM Group Berhad.

“Ini termasuk kaedah pembiayaan yang dicadangkan, perbandingan nilai yang bakal diperolehi oleh kerajaan dengan kertas-kertas cadangan yang berbeza oleh pembida-pembida yang lain,” ujarnya.

Menurut beliau, perhatian utama harus diberi kepada cara bagaimana Najcom dapat mengatasi masalah kurang pengalaman dan kemampuan dari sudut kewangan untuk melaksanakan projek mega ini.

Negara ini katanya, tidak mampu untuk melihat sebuah lagi projek awam yang gagal di masa depan yang dibebani dengan hutang yang banyak terutama apabila kerajaan BN hampir melepasi had maksimum hutang negara yang ditetapkan oleh Parlimen.

Pada 19 Oktober, The Edge Financil Daily melaporkan syarikat kerdil Najcom, bersama UEM Group Berhad berjaya membolot projek mega pembinaan hospital bernilai di antara RM700 juta hingga RM900 juta.

Setelah diselidik dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah didapati saham Najcom di miliki oleh Zainabbi Abubacker sebanyak 52.5% dan Datuk Haja Najmudeen Kader (47.5%).

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: