Perbicaraan melibatkan jutaan RM dari keluarga bangsawan Sarawak..
Apa reaksi dari ketua menteri Sarawak selepas ini? adakah beliau akan turun ke mahkamah.
Kes ini akan menjadi ‘Grand’ selepas perbicaraan saiful dan anwar..Peguam Shahnaz iaitu Rafiee Shafiee bukanlah calang calang peguam syarei di Malaysia.liputan kes ini sudah ‘menggamit’ wartawan dari seluruh dunia..
Kita nantikan episod kes tuntutan termahal di Malaysia ini.
Taib dipanggil sebagai saksi dalam kes cerai anak menantu
Ketua Menteri Sarawk Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan dipanggil sebagai saksi dalam prosiding penceraian anaknya, Datuk Abu Bekir Mahmud, apabila kes bersambung pada 16 Januari nanti.
Ini kerana Abdul Taib tinggal bersama dengan anaknya dan isterinya ketika itu, Shahnaz A Majid dan adalah saksi berhubung pertikaian antara mereka, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur diberitahu hari ini.
“Beliau boleh buktikan sama ada benar atau tidak (Bekir) membelasah (Shahnaz) kerana mereka tinggal di rumah yang sama,” kata peguam Shahnaz, – Rafiee Shafiee.Turut akan dipanggil sebagai saksi adalah tujuh yang lain termasuk dua anak perempuan Taib, Jamilah Hamidah dan Hanifah Hajar, dan adiknya Onn Taib.
Rafiee memberitahu hakim Muhammad Abdullah, saksi-saksi berkenaan akan dipanggil memberi keterangan berhubung kontark yang membabitkan syarikat Pengurusan Titanium dan Cahya Mata Sarawak, yang mana Bekir adalah timbalan pengerusi kumpulannya.
Saksi-saksi juga akan disoal mengenai hubungan syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Taib, Sakto International di Kanada dan Sakti International Corporation idi Amerika Syarikat, serta “aset yang dimiliki di England, Australia dan Indonesia”.
mKini