Kontroversi ‘Tudung’ Hajjah Siti Nurhaliza


Beberapa laman web dan forum hangat dan menjadi panas mendebatkan cara ‘bertudung’ Hajjah Siti Nurhaliza.

Penyanyi ternama Malaysia yang sudah pun bergelar seorang Hajjah menimbulkan topik hangat tentang cara beliau ‘bertudung’.Ada pihak mempertikaikan itu bukan cara bertudung menurut islam dari mazhab as syafie’ yang majoriti di Malaysia.

Pun begitu , jika menurut mafhum dari :

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Sabda Baginda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya“ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Blog ini tidak bermaksud untuk memanjangkan sebarang kontroversi, hanya sekadar untuk melihat praktik islami dari beberapa artis yang sudah pun menutup aurat selengkapnya.

Apakah boleh dikatakan itu hanya cara Hajjah Siti Nurhaliza ‘bertudung’ tetapi bukan ‘menutup aurat’ menurut kacamata islam.

wallahu aa’lam.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • HAJARADAN  On October 17, 2011 at 8:43 pm

    wHAT THE HELL IS HAPPENIG?

    • Anonymous  On October 19, 2011 at 12:21 pm

      ish…ish…bahagian dada terdedah

  • lady8ugs  On October 18, 2011 at 11:13 am

    Salam…
    sebagai teguran ikhlas buat Dato’ Ct…
    kalo nak pakai tudung pakai and tutup lah aurat tu elok2..
    kalo setakat nak tutup rambut ciput camtu, bagus xpayah pakai langsung…
    ingat lah, peminat2 awak sume nak ikut care awak…ikut yg elok xpe, kalo ikut care pakai tudung camtu….issshhhh, awak gak yg bertambah dosenye…jage lah adab and respect la gelaran yang awak pegang…HAJJAH….
    salam, renung2kan dan selamat beramal….

  • Anonymous  On October 19, 2011 at 12:20 pm

    bertudung tapi di bahagian dada terdedah….

  • SihatSelalu  On October 22, 2011 at 6:55 pm

    lagi info tentang tudung di SIHAT SELALUBagaimana Memudahkan Memilih Tudung Untuk Dipakai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: