Apa Hal…Polis Pun Pakai Pistol Tiruan


Kantoi anggota Polis guna pistol tiruan

Seorang anggota polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad ditahan kerana menyimpan sepucuk pistol tiruan dan satu kelopak palsu dalam operasi di sebuah pusat hiburan, di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, pistol dan kelopak palsu itu ditemui di dalam kereta lelaki tersebut selepas polis curiga dengan tindak-tanduknya yang cuba melarikan diri ketika pusat hiburan tersebut diserbu.

Mengulas kes itu kepada pemberita, di sini hari ini, Zakaria berkata, ketika lelaki itu cuba melarikan diri, sebutir peluru terjatuh dari poketnya menyebabkan dia ditahan oleh pasukan polis yang melakukan serbuan.

Dia yang berusia lingkungan 20-an kemudian mengaku anggota polis bantuan yang tidak bertugas, dan selepas diperiksa polis menemui sepucuk revolver .38 dan 10 butir peluru.

“Selepas itu, polis telah memeriksa keretanya dan menemui pula sepucuk pistol tiruan jenis auto bersama satu magazine palsu,” katanya.

Bernama

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: