Meniaga Apa Bang? Meniaga Awek,Untung Banyak


Pasangan kekasih kena hukum

Seorang wanita warga Vietnam yang mengandung lima bulan bersama kekasihnya dihukum penjara 10 tahun (bermula semalam) dan denda RM2,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas kesalahan memperdagangkan dua wanita yang juga warga Vietnam bagi aktiviti pelacuran di sebuah pusat karaoke di Sitiawan pada tahun 2008.

Hakim Noor Hayati Mat menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh Kong Kok Kyt, 32 dan pasangannya, Lee Vo Tu, 25 dituduh melakukan pemerdagangan ke atas dua orang wanita warga Vietnam, Pham Ngoc Hoa, 31, dan Nguyen Thi My Tuyen, 34, di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Kedua-dua tertuduh melakukan perbuatan itu antara 19 Julai hingga 23 September 2008 bertempat di No. 13A, Taman Sri Koh, Kampung Koh, Sitiawan.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta denda.

Mengikut laporan polis yang dibuat pada 25 September 2008, mangsa terbabit dibawa masuk ke Malaysia selepas dijanjikan pekerjaan sebagai tukang jahit namun diperdaya dan dipaksa melacur diri dengan alasan untuk membayar hutang tertuduh iaitu sebanyak RM3,500 setiap seorang.

Akibat tidak tahan dipaksa melakukan kerja pelacuran, kedua-dua mangsa bertindak untuk berhenti kerja selepas 10 hari menjalankan kegiatan itu.

Kedua-dua wanita terbabit kemudiannya ditahan dan dipenjarakan namun diselamatkan tertuduh apabila membayar wang jaminan mereka sebanyak RM3,000 setiap seorang.

Mereka kemudian sekali lagi dipaksa untuk kerja yang sama oleh tertuduh sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa itu takut dan tertekan.

Akhirnya, kedua-dua wanita terbabit bertindak melarikan diri daripada tertuduh dan diselamatkan orang awam yang membawa mereka untuk membuat laporan polis berhubung kes ini.

Rakaman percakapan mangsa dilakukan di Mahkamah Majistret Manjung pada 12 Januari 2009 dan kemudiannya perbicaraannya dijalankan di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 1 Julai tahun yang sama.

Sementara itu, peguam Ricky Hong Chong Hang dalam rayuannya memohon mahkamah supaya mengurangkan hukuman ke atas kedua-dua anak guamnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Laila Mohamed Nazil meminta mahkamah supaya mengenakan hukuman setimpal ke atas kedua-dua tertuduh.

Noor Hayati kemudiannya membenarkan penangguhan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh sehingga proses rayuan selesai dan mengenakan syarat supaya wang denda dibayar dan wang jaminan kedua-dua tertuduh ditingkatkan kepada RM2,000 setiap seorang.

Sebelum ini, mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 kepada Kok Kyt dengan seorang penjamin manakala Vo Tu sebanyak RM18,000 dengan dua orang penjamin.

Sh

*gambar diatas sekadar hiasan

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: