Jue Aziz Menikah dengan Orang Kelantan ?


Benarkah Jue Aziz sudah berkahwin dengan jejaka dari Kelantan

MASIH solo! Status itu yang digenggam erat Zuliana Abdul Aziz atau nama komersialnya Jue Aziz, 28. Biar beberapa kali diusik sama ada kini sudah bergelar isteri orang, Jue setegas-tegasnya menafikan dakwaan itu.

Katanya: “Sudah lama saya single dan sampai ke saat ini saya masih lagi single, tiada apa yang perlu dihurai lanjut.”

Bertebar tawa Jue menerobos ruang atmosfera lokasi temu bual di Kellie’s Castle, Batu Gajah, Ipoh Perak itu tat- kala ditebak soalan itu. Malah ujarnya lagi, segala cerita itu nyata sekali direka-reka.

“Sudah tentu tidak betul sama sekali, saya tak faham macam mana orang dapat cerita itu, memang benar tiada sesiapa lagi di hati saya,” tutur Jue ketika ditemui di lokasi penggambaran Nilapura, drama terbaharu lakonannya itu.

Menjawab lagi asakan yang diberikan tentang kebenaran akan gosip yang bertebar baru-baru ini ditambah pula secara tiba-tiba menghilangkan diri, Jue akui sering berulang-alik ke sebuah negeri di Pantai Timur sepanjang tempoh kehilangan itu.

“Saya ada rapat dengan sebuah keluarga dari Kelantan yang kini sedang menetap di Terengganu, itu keluarga angkat saya yang saya baru kenal awal tahun ini. Tujuan ke sana untuk merasai suasana kampung memandangkan kampung saya cuma di Kuala Lumpur.

“Mungkin jiran-jiran di sana yang tidak tahu akan kebenaran hal ini yang bercerita, mungkin ini cuma desas-desus, tidak betul sama sekali.

“Kalau benar saya sudah kahwin boleh semak sendiri di Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), sebab kalau saya tipu mesti sudah ada rekod saya ini isteri orang,” hurai pelakon dramaJanji Kekasih itu.

Berkahwin dan mempunyai anak-anak menjadi impian Jue paling agung. Tambahnya, detik bahagia bergelar seorang isteri bukan untuk disembunyikan daripada pengetahuan umum.

“Buat apa ada kebahagiaan kalau tidak diceritakan dengan semua orang, kalau bercinta patut dikongsi-kongsi bersama.

“Lagipun, itu impian Jue, berumah tangga dan mempunyai anak-anak, dan saya sudah bersedia sekarang” ungkap si manis bersuara besar itu.

Sengaja mendiamkan diri, katanya, sepanjang kehilangannya sebelum ini tiada apa yang perlu dikhabarkan. Hanya melalui hari-hari biasa bersama keluarga tercinta.

“Memang hampir setahun saya memang mendiamkan diri, sebab dirasakan tidak ada benda yang penting untuk dikongsi dengan peminat, lagipun tidak adil pula saya asyik bercerita hal yang sama,” katanya.

Tutup buku lama, selak lembaran baru. Keinginan itu yang kini disemat dalam kalbu seorang Jue Aziz. Biarkan segala kisah silam berlalu pergi dan segala cerita tidak enak didengar itu bersemadi.

“Cukup pasal perkara-perkara lama, peminat pun sudah tahu siapa saya dan itu perubahan paling besar saya,” luahnya mengutus senyum.

ksm

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: