Bongkar: Skandal GULA Padang Terap


Umno yang kentut cuba nak malukan orang lain pulak

PAS Kedah bersikap terbuka terhadap segala kritikan dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat, namun tidak adil apabila segala beban yang ditinggalkan Kerajaan BN terdahulu terpaksa ditanggung mereka.

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata demikian merujuk kepada kes tanah penduduk di Padang Sanai, yang diterokai sejak 70-an diceroboh oleh syarikat perladangan yang disenaraikan di Bursa Malaysia berkata.

Menurutnya, pihaknya sedang berusaha membantu penduduk walaupun sebenarnya ia berpunca daripada kerakusan BN suatu masa dahulu.

Namun katanya, Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrul Hisham Hashim secara tiba-tiba menuduh Kerajaan Negeri termasuk beliau tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah penduduk sehingga mengetuai sekumpulan penduduk mengadakan demonstrasi akhir September lalu.

“Apa yang cuba diperjuangkan oleh Pemuda Umno Kedah itu ibarat “dia yang kentut, tetapi tuduh orang lain kerana ingin menyembunyikan malu”.

“Tidak tepat membuat tuduhan rambang tiada tindakan pihak saya. Pihak saya telah mengambil daya usaha, untuk bertemu dengan banyak pihak termasuklah pejabat tanah, kerajaan negeri serta agensi terbabit. Malah, saya berbahas di Parlimen mengenai masalah tanah ini,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Jumaat lalu, penduduk terbabit yang menubuhkan Gabungan Generasi Hilang Tanah (Gagah) mahu Kerajaan Negeri Kedah mengambil tanggungjawab menyelesaikan dilema mereka.

Mereka bercadang mengadakan perhimpunan aman di Wisma Darul Aman, di Alor Setar pada 30 Oktober ini bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Nasir berkata, pemimpin PAS menentang keras apabila Kerajaan Negeri yang diketuai Menteri Besar daripada Umno, Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin pada 1973 memberi kebenaran kepada Syarikat Gula Padang Terap Sdn Bhd (GPT) beroperasi dengan tanaman tebu.

Pimpinan PAS ketika itu mengingatkan penduduk kampung agar tidak terpedaya dengan janji manis kerajaan iaitu mereka akan diberikan pampasan yang besar dan projek tersebut akan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka.

Namun ada penduduk yang terpedaya dan merelakan tanah mereka diambil dan menerima pampasan.

Tanah yang didakwa dimiliki Syarikat Gula Padang Terap yang sekarang dikuasai oleh Tradewind, didapati tiada peta yang jelas dan ianya menimbulkan kekeliruan sempadan tanah sebenar.

Hal ini berlaku kerana Kerajaan negeri di bawah Umno ketika itu menyerahkan tanah tersebut kepada anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Akhirnya berlaku pajakan kecil yang bermula sejak 1995 dan akan berakhir 2055.

“Sudah tentu keputusan ini dibuat oleh pemimpin Umno. Peliknya orang lain yang dituduh. Kenapa tidak dipersoalkan pengkhiatan yang  jelas itu?” soalnya yang telah beberapa kali mengadakan sesi dialog dengan penduduk bagi menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sejak lima tahun lalu.

Hd

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: