Kesian Artis Ni Anjing Tengok Dia Pun Lari


OPTIMUS berundur jauh kerana takut melihat imej aktres jelita berkenaan. Gambar kecil Julia Roberts.

Nasiblah anjing tengok pun lari

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Dia merupakan wanita idaman lelaki sejak 20 tahun dahulu, malah hingga sekarang, masih ramai lelaki yang mengimpikan untuk mendampingi aktres Julia Roberts, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Namun, lain pula ceritanya dengan seekor anjing bernama Optimus. Hanya kerana melihat kelibat Roberts, 43, dalam majalah sudah cukup untuk membuatkan anjing jantan itu lari seperti tidak cukup tanah.

Aksi melucukan itu yang disiarkan di laman perkongsian video YouTube telah ditonton lebih 400,000 kali.

Klip video tersebut menunjukkan seorang lelaki di sebuah kediaman memanggil Optimus dan menunjukkan gambar bintang filem Pretty Woman itu kepada anjingnya.

Namun, sebaik sahaja melihat imej Roberts, telinga Optimus terus menegak. Ia kemudian berundur tetapi matanya tetap terpaku pada gambar aktres berkenaan.

Apabila aksi serupa diulang, Optimus pantas melarikan diri ke bilik lain di kediaman itu.

Dalam komennya, lelaki tersebut menyatakan dia sendiri tidak tahu mengapa Optimus begitu takut dengan aktres popular Hollywood itu.

Agensi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • otaklunyai  On October 14, 2011 at 9:07 am

    bukan taku tu… dia stim, tak bole tahannnnnn…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: