Adoii…’Nurse Terlampau’ Pulak dah


4 jururawat  dan pasangan kena cekup

Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.
“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.

HM

Nota: Apalah nasib mak bapak mengharapkan anak supaya menjadi jururawat terbaik untuk negara.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • nasik kandaq  On October 13, 2011 at 5:20 pm

    buang saja dari kolej dan tamatkan kursus kesemua depa tu…….
    buat malu anak negeri saja…….

    kah kah kah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: