Seorang Lagi Pegawai imigresen Maut Jatuh Bangunan


Pegawai imigresen maut jatuh tingkat 12 kondominium

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat sini semalam.

Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.

“Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja,” katanya dipetik Bernama Online.

Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

“Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah,” kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan pegawai penguat kuasa imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lepas.

Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: